Hola, Selamat pagi semua. hari ini pasti ramai yang duduk kat rumah kan berehat sambil tengok tv. Bercakap pasal tv, semalam tengok tak Mah...

Review MaharajaLawak Minggu 12

/
1 Comments
Hola,

Selamat pagi semua. hari ini pasti ramai yang duduk kat rumah kan berehat sambil tengok tv. Bercakap pasal tv, semalam tengok tak Maharajalawak minggu ke-12 yang disiarkan secara live di Johor Bahru?. Hurmmm... Jangkaan saya memang tepat iaitu di mana kumpulan R2 dan Jambu disingkirkan. Namun, dengan kuasa imuniti yang ada pada pengadil, kumpulan Jambu akan bersaing semula ke Final. 



Fuhhh!  persembahan para peserta semalam memang hebat-hebat belaka terutamanya kumpulan Sepah, Jozan dan Nabil. Paling lawak dan best semalam adalah kumpulan Sepah... Sudah semestinya, mereka mempunyai lawak yang ada branding bak kata Ahmad Khalid... Best giler, terutamanya persempahan yang kedua mereka yang meniru rancangan Semanis kurma... Lawak habis.

Tak kurang juga kumpulan Jozan yang senantiasa mempunyai kelainan dan tidak menghampakan para penonton. Tahniah! buat kumpulan Jozan kerana telah berjaya dinobatkan untuk ke final.

Manakala, Nabil pula... Semalam mempersembahkan lawaknya yang berbadan besar dan menjual VCD haram. Mungkin disebabkan persembahan secara keseorangan menyebabkan Nabil kurang menyerlah. Namun, Nabil tetap mampu mempersembahkan lawaknya yang tersendiri.

Sedikit hampa terhadap kumpulan Jambu... Di mana sejak akhir-akhir ini persembahan mereka semakin menurun dan sepertinya lawak yang mereka persembahkan tidak berhasil dan begitu juga kumpulan R2... Namun, kumpulan R2 telah membuat yang terbaik dan tahniah diucapkan kerana mampu bertahan hingga minggu yang ke-12. Hebat tu.... Ingat senang ke nak suruh orang gelak kan...

Apa-apapun, minggu hadapan merupakan minggu final untuk maharajalawak. Sama-sama kita saksikan nanti siapakan yang akan dinobatkan sebagai maharajalawak... Hurmm... Pada pendapat sayalah sepertinya kedudukan maharajalawak boleh dijangka... Betul tak? Hehehe...


Sama-samalah yer kita saksikan nanti dan selamat berehat di hujung minggu!




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. sepah ngan jozan mmg terbaik..mmg dorang 2 ni disebut2 bakal jd juara...persaingan yg sgt sengit ni..eheh

    ReplyDelete