21 June 2011

:: RAHSiA SEPOHON POKOK MAKAN BASIKAL, UNIK DAN PELIK ::

Hola,

Kali ini Fiza ingin kongsikan cerita unik dan pelik mengenai sebuah pokok memakan basikal... Hurmmm... Macam tak logik kan!

Hakikatnya... Inilah berlaku terhadap sepohon pokok di Amerika.


Di mana sepohon pokok telah memakan sebuah basikal dan telah pun berusia 30 tahunMenurut sumber yang diperolehi mengatakan bahawa batang-batang pohon tersebut lambat laun akan memakan apa sahaja yang berhampiran dengannya yang menganggu pertumbuhannya.

Mungkin kita sama sekali tidak pernah menduga apa yang akan terjadi dengan benda-benda yang setiap hari dan telah lama berada berdekatan dengan pohon tersebut. Namun, itulah yang berlaku dengan pohon tersebut di mana kekuatan pertumbuhan dari batang pohon tersebut akan terus merembat semua benda yang berdekatan dengannya sehingga dilihat seperti pohon tersebut diklasifikasikan sebagai memakan.

Unik dan pelik kan... Bagaimanalah perkara ini boleh terjadi?... Apa-apapun, itulah antara perkara menarik yang ingin saya kongsikan.

"Hakikatnya, segala persoalan yang berlaku di dunia ini... Semuanya berlaku dengan kehendak Allah S.W.T... Sungguh agung ciptaan-NYA sehingga tidak mampu dicapai dek akal fikiran manusia." Wallahualam.


Sumber info : okezone.com



6 comments:

  1. mak ai .. ganas ye pokok tuh ..

    ReplyDelete
  2. Perkara ini berlaku dalam jangka masa yang lama ni.. Maybe 10 tahun ke 15 tahun basikal tu tersadai dekat pokok tu lambat laun kena telan dengan pokok tu.. Huhu..

    ReplyDelete
  3. mmg pelik kak..mesti ade sebab tertentukan..manusia takkan tahu..

    ReplyDelete
  4. Nanti pokok tu makan lelaki di sebelah tu.
    Kuasa Allah tiada siapa dapat fikir.

    ReplyDelete