Hola, Hari ini 1 Jun 2011 ... Hurmmm, di Sarawak sungguh meriah dengan perayaan Gawai . Ramai gak sahabat mak yang call jemput untuk ke rum...

Makan ubat pun susah... Hish!!!

/
7 Comments
Hola,

Hari ini 1 Jun 2011... Hurmmm, di Sarawak sungguh meriah dengan perayaan Gawai. Ramai gak sahabat mak yang call jemput untuk ke rumah terbuka mereka. Namun, malangnya hari ini awal-awal pagi lagi kepala dah pening... apa kes? So, cancel jelah hasrat nak pergi.

Tapi... Alhamdulillah, lepas makan ubat oklah jugak. Boleh gak updated blog... Sejak kebelakangan ni, blog saya asyik terbengkalai jer tak ber'updated. Huhu... nak buat macam mana kan. Kekadang masa sungguh tidak mengizinkan.


Sumber : Google


Hurmmm, kali ini pulak memandangkan saya dah telan ubat... Baik saya berkongsi cerita sedikit mengenai ubat. Ahakss... Kalau cakap pasal ubat, saya susah sikit nak makan ubat... Pasai tu mak selalu marah. Tapi kan... Kadang-kadang tu kalau dah telan ubat bukannya makan dengan betul pun... Minum air pun tak habis segelas...

Beberapa hari yang lepas saya terbaca sebuah artikel menarik dalam majalah iSIHAT mengenai tip pengambilan ubat yang betul.

Antara tip pengambilan ubat dengan betul yang turut diperkatakan di dalam artikel tersebut adalah seperti berikut :-

Pertama : Kita hendaklah memastikan ubat yang hendak dimakan adalah ubat yang betul. Yang ni pasti ramai yang dah tahu. Tak kan kita nak ambik ubat yang salahkan... Karang lain pulak jadinya... Ye tak?

kedua : Jika kita mengambil ubat dengan meminum air, kita hendaklah pastikan bahawa kita akan minum segelas air penuh jangan setengah-setengah macam saya.... Kerana, menurut dalam artikel tersebut... Kuantiti air yang kurang akan menyebabkan ubat kurang berkesan. Fuhhh! Baru tahu ni... 

Ketiga : Bagi mengekalkan keberkesanan ubat yang kita ambil. Kita hendaklah memastikan ubat-ubatan tersebut diletakkan atau disimpan di tempat yang terdedah kepada pancaran matahari dan haba yang melampau...

Haaa... Tu 3 antara tip yang paling penting dalam pengambilan ubat yang betul. Diharap ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.

" Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri kita untuk insan yang tersayang "


ARTIKEL LAIN DI SINI

7 comments:

  1. selalunya makan ubat lepas makan..

    ReplyDelete
  2. Nadh ni pagi2 ja minum susu. tu pn bila tak smpat sarapan. hehe

    ReplyDelete
  3. salam .

    akak , qlah teringat memori lama , kalau dulu , qlah atk reti makan pil , sekarang ni , nak boleh . hehe .
    XD

    ReplyDelete
  4. oh kenapa kena letak tempat haba tu?jadi ubat batuk dalam peti sejuk tak berkesanla ye?

    ReplyDelete
  5. kadang2 nak muntah dah banyak maka ubat..:)

    ReplyDelete
  6. samalah sy pun ssh nk mkn ubat.nsib baik jarang sakit.oh air sikit akan mengurangkan keberkesanan ubat ekk..

    ReplyDelete