Back to Top

16 June 2011

JANGKA HAYAT PRODUK KOSMETIK

Hola,

Kecantikan dan sifat kelembutan pada wanita yang inginkan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu. Chewah! Tapi itulah hakikat yang mesti diakui kan...

Walaubagaimana pun untuk menjadi cantik, sudah semestinya bahan komestik menjadi bahan utama dalam mencipta kecantikan di wajah seorang wanita

Namun, dalam pada ralit menggunakan produk kosmetik... Adakah kita pernah memikirkan berapa lama produk kosmetik tersebut boleh digunakan. Ini penting kerana produk yang jangka hayatnya sudah berakhir boleh mendatangkan kesan buruk kepada kulit. Bahaya tu!

Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada produk kosmetik yang kita simpan masih selamat digunakan?



Orait... berdasarkan info yang saya baca dari majalah rapi... Caranya senang saja iaitu pertama... Untuk bedak asas. Terdapat dua jenis bedak asas right iaitu yang berasaskan air dan minyak. So, jangan risau... kedua-duanya mampu bertahan selama 12 hingga 18 bulan. Hurmmm... Maknnya lama lagilah boleh guna kan...

Manakala untuk penyamar noda pula biasanya boleh digunakan sehingga 12 bulan, tetapi kita perlu membuangnya jika teksturnya mulai padat dan menempel apabila disapukan di kawasan bawah mata.

Lastly, untuk bedak debu pulak, ia lazimnya bertahan sehingga dua tahun. Lama tu... Tetapi untuk bedak padat pulak hanya tahan sehingga lebih kurang setahun jer kerana minyak yang terserap pada span akan merosakkannya...

Haaa... Itulah antara jangka hayat untuk beberapa jenis produk kosmetik. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada rakan yang lain kerana jangan hanya inginkan kecantikan tetapi kita mengabaikan tentang jangka hayat kosmetik... Nanti buruk akibatnya...

" Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri saya"

Selamat membaca dan terima kasih kepada yang sudi singgah di blog saya.

Have a nice day.



1 comment:

  1. woo begitu..tp klu bab bedak nie tak smp setahun dh habis pakai.alat kosmetik lain tu jer mls nk pkai,tgok2 dh dua tahun.rugilah beli mahal2..hehe..ssh betul nk dpt bukak blog fiza,selalu stuck kt header jer.

    ReplyDelete