Hola,

Semalam merupakan episod terakhir untuk slot akasia Nora Elena. Sebuah cerita romantis yang pastinya menarik perhatian ramai penonton termasuklah saya. Hehe. Namun, pasti ramai yang tak sabarkan nak tengok drama terbaru pengganti Nora Elena.

Drama Dewa cintaku itulah drama terbaru pengganti Nora Elena yang akan disiarkan starting minggu depan tau di tv3, 7.00 sehingga 8.00 malam setiap hari Isnin sehingga Khamis. 

Drama ini mengisahkan tentang Iqbal (Iqram Dinzly) dan June (Fasha Sandha). June pernah dikecewakan oleh kekasihnya sehingga menyebabkan June berubah dan sukar menerima cinta lelaki lagi dalam hidupnya. Siapakah kekasihnya?, sama-samalah kita saksikan nanti... Tungguuuuu...

Manakala Iqbal pula kehilangan kasih sayang apabila terpisah dengan ibu dan kakak kandungnya... Ini semua disebabkan berlakunya pepecahan keluarga dalam kehidupan Iqbal. Sehinggalah dewasa Iqbal masih lagi berusaha mencari ibu dan kakak kandungnya. Namun, dalam masa yang sama Iqbal telah dijodohkan dengan Selena dan Iqbal tidak berminat untuk dijodohkan selagi dia tidak menemui ibu dan kakak kandungnya.

Dalam masa yang sama, Iqbal telah berjumpa dengan seorang wanita bernama June. June jauh lebih tua daripada Iqbal dan boleh dikatakan sebaya dengan kakak Iqbal. Pertemuan mereka mewujudkan bibit-bibit percintaan yang pada awalnya, June menafikan perasaannya terhadap Iqbal. Pelbagai dugaan yang terpaksa mereka tempuhi sehingga sampai suatu saat mereka berjaya mengikat tali pertunangan. Sebulan lagi nak melansungkan perkahwinan mereka, Iqbal dan June akhirnya mendapat tahu yang mereka sebenarnya adik beradik!

Hurmm... Bagaimanalah agaknya ya pengakhiran cerita Dewa Cintaku ini? Adakah episod akhir Dewa Cintaku akan berakhir dengan happy ending seperti kisah Nora Elena? Hehehe... dan tak mungkin perkahwinan di antara Iqbal dan June akan diteruskan seandainya mereka merupakan adik-beradik. Ataupun mereka adik beradik berlainan ibu bapa? Sama-sama kita nantikan episod pertama Dewa Cintaku yang akan bersiaran nanti di tv3. Adakah Drama ini setanding dengan Nora Elena yang kita download setiap hari... 

Huhuhu... Pelbagai persoalan bermain di benak yer. Namun, sama-sama kita nantikan dan tonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis dalam slot akasia, 7.00 sehingga 8.00 malam. 

Selamat menonton!