Hola, Salam dunia maya seawal pagi untuk kitak orang  ( korang )   *** Bahasa Sarawak bah. Nak gak selitkan bahasa sarawak dia yer. Bajet a...

Hola,

Salam dunia maya seawal pagi untuk kitak orang ( korang ) *** Bahasa Sarawak bah. Nak gak selitkan bahasa sarawak dia yer. Bajet ada ke orang nak belajar bahasa sarawak. Hehe...  Orait, kali ni Fiza ingin kongsikan satu cerita yang menarik Fiza rasa kerana ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang tak mandi selama 37 tahun.... Hurmmm... Macam manalah yer, selesa ke?


Apa-apa pun, perkara ini berlaku di varanasi di mana seorang lelaki yang dikenali sebagai Kailash Singh, 65 tahun dikatakan yang paling berbau di dunia kerana tidak mandi selama 37 tahun. Kenapa perkara ini berlaku? Tak ada air ke?

Hakikatnya, menurut sumber yang diperolehi, lelaki ini mempunyai sebabnya yang tersendiri untuk tidak mandi selama 37 tahun iaitu kerana inginkan anak lelaki, Lelaki ini mengikuti saranan daripada seorang pendeta untuk tidak mandi

Lantas...   Sejak tahun 1974, Kailash pun memutuskan untuk tidak mandi. Bahkan lelaki yang tinggal di Desa Chatav, Varanashi, India ini lebih memilih mati daripada mandi. Walaupun pekerjaan Kailash sehari-hari adalah bertani, dimana pekerjaan ini mengeluarkan banyak keringat. Dia 'membersihkan' dirinya dari keringat dengan cara berjemur di petang hari sambil mengisap ganja. Fuhh! Dasyat gak yer kisah lelaki ni...

Macam-macam kan perangai manusia. Hurmmm... kalau takde macam-macam perangai, dunia pun sunyi tanpa cerita... Ye tak?

Apa-apa pun selamat berhujung minggu!


Sumber Info : okezone.com



Hola, Kali ini Fiza ingin kongsikan cerita unik dan pelik mengenai sebuah pokok memakan basikal ... Hurmmm... Macam tak logik kan! Hakikat...

Hola,

Kali ini Fiza ingin kongsikan cerita unik dan pelik mengenai sebuah pokok memakan basikal... Hurmmm... Macam tak logik kan!

Hakikatnya... Inilah berlaku terhadap sepohon pokok di Amerika.


Di mana sepohon pokok telah memakan sebuah basikal dan telah pun berusia 30 tahunMenurut sumber yang diperolehi mengatakan bahawa batang-batang pohon tersebut lambat laun akan memakan apa sahaja yang berhampiran dengannya yang menganggu pertumbuhannya.

Mungkin kita sama sekali tidak pernah menduga apa yang akan terjadi dengan benda-benda yang setiap hari dan telah lama berada berdekatan dengan pohon tersebut. Namun, itulah yang berlaku dengan pohon tersebut di mana kekuatan pertumbuhan dari batang pohon tersebut akan terus merembat semua benda yang berdekatan dengannya sehingga dilihat seperti pohon tersebut diklasifikasikan sebagai memakan.

Unik dan pelik kan... Bagaimanalah perkara ini boleh terjadi?... Apa-apapun, itulah antara perkara menarik yang ingin saya kongsikan.

"Hakikatnya, segala persoalan yang berlaku di dunia ini... Semuanya berlaku dengan kehendak Allah S.W.T... Sungguh agung ciptaan-NYA sehingga tidak mampu dicapai dek akal fikiran manusia." Wallahualam.


Sumber info : okezone.com



Hola, Selamat berhujung minggu semua, hari ini Fiza ingin kongsikan sebuah artikel yang menarik saya rasa ... Rasa hairan pun ada, yelah ke...

Hola,

Selamat berhujung minggu semua, hari ini Fiza ingin kongsikan sebuah artikel yang menarik saya rasa... Rasa hairan pun ada, yelah kerana inginkan aura sek yang membara, seorang warga emas sanggup hilang deria pendengaran. Bukan bermaksud hilang telinga yer. Tetapi dalam bahasa kasarnya sanggup menjadi pekak akibat mengambil viagra dalam kuantiti yang berlebihan.

Perkara ini berlaku di Hollywood di mana seorang pengasas Playboy... Hugh Hefner, 85 tahun dipercayai menjadi pekak akibat terlalu banyak mengambil pil viagra. Kenyataan ini diakui oleh bekas kekasihnya sendiri iaitu kembar Karissa dan Kristina Shannon yang berusia 21 tahun.


Menurut mereka juga... Kasanova yang bergelar warga emas itu tidak akan berubah dan dia lebih rela menikmati seks daripada memiliki deria pendengarannya. Malah, dia turut mengenakan alat bantuan pendengaran dan hanya boleh mendengar melalui sebelah telinga saja.



Selain itu yang paling melucukan... Menurut kembar Karissa dan Kristina Shannon juga... Walaupun mereka duduk bersebelahan dengan warga emas itu sambil berbual... Warga emas itu pasti tidak tahu apa yang mereka bualkan.

Hurmm... Dasyat juga yer. Walaupun telah berusia di mana rumah kata pergi, kubur kata mari... Tetapi, still punyai nafsu yang kuat. Sanggup hilang fungsi deria pendengaran gara-gara inginkan penangan nafsu yang kuat.

Itulah antara keburukan pengambilan pil viagra secara berlebihan. Jadikan ia sebagai pengajaran kita semua.


Sumber artikel dan gambar : Harian Metro.



Hola, Selamat pagi semua. hari ini pasti ramai yang duduk kat rumah kan berehat sambil tengok tv. Bercakap pasal tv, semalam tengok tak Mah...

Hola,

Selamat pagi semua. hari ini pasti ramai yang duduk kat rumah kan berehat sambil tengok tv. Bercakap pasal tv, semalam tengok tak Maharajalawak minggu ke-12 yang disiarkan secara live di Johor Bahru?. Hurmmm... Jangkaan saya memang tepat iaitu di mana kumpulan R2 dan Jambu disingkirkan. Namun, dengan kuasa imuniti yang ada pada pengadil, kumpulan Jambu akan bersaing semula ke Final. 



Fuhhh!  persembahan para peserta semalam memang hebat-hebat belaka terutamanya kumpulan Sepah, Jozan dan Nabil. Paling lawak dan best semalam adalah kumpulan Sepah... Sudah semestinya, mereka mempunyai lawak yang ada branding bak kata Ahmad Khalid... Best giler, terutamanya persempahan yang kedua mereka yang meniru rancangan Semanis kurma... Lawak habis.

Tak kurang juga kumpulan Jozan yang senantiasa mempunyai kelainan dan tidak menghampakan para penonton. Tahniah! buat kumpulan Jozan kerana telah berjaya dinobatkan untuk ke final.

Manakala, Nabil pula... Semalam mempersembahkan lawaknya yang berbadan besar dan menjual VCD haram. Mungkin disebabkan persembahan secara keseorangan menyebabkan Nabil kurang menyerlah. Namun, Nabil tetap mampu mempersembahkan lawaknya yang tersendiri.

Sedikit hampa terhadap kumpulan Jambu... Di mana sejak akhir-akhir ini persembahan mereka semakin menurun dan sepertinya lawak yang mereka persembahkan tidak berhasil dan begitu juga kumpulan R2... Namun, kumpulan R2 telah membuat yang terbaik dan tahniah diucapkan kerana mampu bertahan hingga minggu yang ke-12. Hebat tu.... Ingat senang ke nak suruh orang gelak kan...

Apa-apapun, minggu hadapan merupakan minggu final untuk maharajalawak. Sama-sama kita saksikan nanti siapakan yang akan dinobatkan sebagai maharajalawak... Hurmm... Pada pendapat sayalah sepertinya kedudukan maharajalawak boleh dijangka... Betul tak? Hehehe...


Sama-samalah yer kita saksikan nanti dan selamat berehat di hujung minggu!


Hola, Tengah buat apa tu? Jom kita cuci mata kejap... Cuci mata bukan bermaksud cuci mata dengan air ... Hehe. Tapi cuci mata melihat keun...

Hola,

Tengah buat apa tu? Jom kita cuci mata kejap... Cuci mata bukan bermaksud cuci mata dengan air... Hehe. Tapi cuci mata melihat keunikan rumah ciptaan manusia yang begitu kreatif menggunakan otak sehingga mampu mencipta rumah kediaman yang unik lagi menarik

Rumah kediaman yang saya maksudkan ialah earth house (rumah bumi). Malah, dikenali juga sebagai Earth Sheltered Home (rumah perlindungan bumi) yang terdapat di Switzerland.

Cantik tak?


Untuk makluman, rumah ini direka oleh Peter Vetsch dengan tujuan untuk mengekalkan alam sekitar. Rumah seperti ini boleh didapati di Switzerland. Menarik dan sungguh unik kan...



Meskipun dindingnya dibuat daripada tanah dengan menggunakan rekaan organik, ia mampu melindungi penghuninya daripada suhu rendah, angin dan ribut. Seni bina rumah ini menggunakan dapur kontemporari, bilik mandi dan sistem kawalan rumah.




Fuhh!! Memang hebatlah rekaan rumah bumi ni... Pasti sejuk. Macam manalah kalau rumah seperti ini dibuat di Malaysia? Ahaksss.... Pasti rumah tersebut menjadi tempat yang akan menarik perhatian orang ramai untuk melihatnya. Sungguh cantik! itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan keunikan rekaan rumah bumi hasil rekaan  Peter Vetsch. 




Sumber Info : Majalah Milenia




Hola, Semalam merupakan episod terakhir untuk slot akasia Nora Elena . Sebuah cerita romantis yang pastinya menarik perhatian ramai penont...


Hola,

Semalam merupakan episod terakhir untuk slot akasia Nora Elena. Sebuah cerita romantis yang pastinya menarik perhatian ramai penonton termasuklah saya. Hehe. Namun, pasti ramai yang tak sabarkan nak tengok drama terbaru pengganti Nora Elena.

Drama Dewa cintaku itulah drama terbaru pengganti Nora Elena yang akan disiarkan starting minggu depan tau di tv3, 7.00 sehingga 8.00 malam setiap hari Isnin sehingga Khamis. 

Drama ini mengisahkan tentang Iqbal (Iqram Dinzly) dan June (Fasha Sandha). June pernah dikecewakan oleh kekasihnya sehingga menyebabkan June berubah dan sukar menerima cinta lelaki lagi dalam hidupnya. Siapakah kekasihnya?, sama-samalah kita saksikan nanti... Tungguuuuu...

Manakala Iqbal pula kehilangan kasih sayang apabila terpisah dengan ibu dan kakak kandungnya... Ini semua disebabkan berlakunya pepecahan keluarga dalam kehidupan Iqbal. Sehinggalah dewasa Iqbal masih lagi berusaha mencari ibu dan kakak kandungnya. Namun, dalam masa yang sama Iqbal telah dijodohkan dengan Selena dan Iqbal tidak berminat untuk dijodohkan selagi dia tidak menemui ibu dan kakak kandungnya.

Dalam masa yang sama, Iqbal telah berjumpa dengan seorang wanita bernama June. June jauh lebih tua daripada Iqbal dan boleh dikatakan sebaya dengan kakak Iqbal. Pertemuan mereka mewujudkan bibit-bibit percintaan yang pada awalnya, June menafikan perasaannya terhadap Iqbal. Pelbagai dugaan yang terpaksa mereka tempuhi sehingga sampai suatu saat mereka berjaya mengikat tali pertunangan. Sebulan lagi nak melansungkan perkahwinan mereka, Iqbal dan June akhirnya mendapat tahu yang mereka sebenarnya adik beradik!

Hurmm... Bagaimanalah agaknya ya pengakhiran cerita Dewa Cintaku ini? Adakah episod akhir Dewa Cintaku akan berakhir dengan happy ending seperti kisah Nora Elena? Hehehe... dan tak mungkin perkahwinan di antara Iqbal dan June akan diteruskan seandainya mereka merupakan adik-beradik. Ataupun mereka adik beradik berlainan ibu bapa? Sama-sama kita nantikan episod pertama Dewa Cintaku yang akan bersiaran nanti di tv3. Adakah Drama ini setanding dengan Nora Elena yang kita download setiap hari... 

Huhuhu... Pelbagai persoalan bermain di benak yer. Namun, sama-sama kita nantikan dan tonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis dalam slot akasia, 7.00 sehingga 8.00 malam. 

Selamat menonton!





Hola, Kecantikan dan sifat kelembutan pada wanita yang inginkan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu . Ch...

Hola,

Kecantikan dan sifat kelembutan pada wanita yang inginkan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu. Chewah! Tapi itulah hakikat yang mesti diakui kan...

Walaubagaimana pun untuk menjadi cantik, sudah semestinya bahan komestik menjadi bahan utama dalam mencipta kecantikan di wajah seorang wanita

Namun, dalam pada ralit menggunakan produk kosmetik... Adakah kita pernah memikirkan berapa lama produk kosmetik tersebut boleh digunakan. Ini penting kerana produk yang jangka hayatnya sudah berakhir boleh mendatangkan kesan buruk kepada kulit. Bahaya tu!

Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada produk kosmetik yang kita simpan masih selamat digunakan?



Orait... berdasarkan info yang saya baca dari majalah rapi... Caranya senang saja iaitu pertama... Untuk bedak asas. Terdapat dua jenis bedak asas right iaitu yang berasaskan air dan minyak. So, jangan risau... kedua-duanya mampu bertahan selama 12 hingga 18 bulan. Hurmmm... Maknnya lama lagilah boleh guna kan...

Manakala untuk penyamar noda pula biasanya boleh digunakan sehingga 12 bulan, tetapi kita perlu membuangnya jika teksturnya mulai padat dan menempel apabila disapukan di kawasan bawah mata.

Lastly, untuk bedak debu pulak, ia lazimnya bertahan sehingga dua tahun. Lama tu... Tetapi untuk bedak padat pulak hanya tahan sehingga lebih kurang setahun jer kerana minyak yang terserap pada span akan merosakkannya...

Haaa... Itulah antara jangka hayat untuk beberapa jenis produk kosmetik. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada rakan yang lain kerana jangan hanya inginkan kecantikan tetapi kita mengabaikan tentang jangka hayat kosmetik... Nanti buruk akibatnya...

" Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri saya"

Selamat membaca dan terima kasih kepada yang sudi singgah di blog saya.

Have a nice day.



Hola, Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum cukup sinonim dalam masakan kerana ia adalah antara bahan asas untuk menjadi per...

Hola,

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum cukup sinonim dalam masakan kerana ia adalah antara bahan asas untuk menjadi perisa dalam makanan.



Tahukah Anda?

Kini, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa Bawang putih mampu menurunkan kolestrol dalam badan. Malah, salah satu kajian dari terbitan The Journal of The Royal College of Physicians oleh Silagy CS dan Neil HAW, 1994 membuktikan bahawa Allium sativum merupakan agen untuk mengurangkan lemak. Menurut Kajian tersebut juga, secara keseluruhan sebanyak 12 peratus penurunan kolestrol dapat dikurangkan dalam tubuh manusia.

So, jangan tak suka pulak makan bawang putih. Banyak khasiatnya.

Ada ke orang yang tak suka makan bawang putih?

Ada, dulu saya ada seorang kawan yang cukup tidak menyukai bawang putih. Menurutnya, bawang putih boleh menyebabkan badan berbau hangit. Betul ke?
Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.

Apa pula pendapat Anda?


Sumber : Majalah iSIHAT



Hola, Kekadang apabila melihat orang kurang upaya , pasti kita memikirkan tentang kekurangan mereka dan tak kurang juga yang beranggapan ...

Hola,

Kekadang apabila melihat orang kurang upaya, pasti kita memikirkan tentang kekurangan mereka dan tak kurang juga yang beranggapan " His! mereka bukan boleh buat apapun... Tetapi itu hanyalah anggapan insan yang hanya memandang insan lain dengan sebelah mata. Hakikatnya, setiap kejadian Tuhan itu adalah ciptaan terindah di dunia ini dan setiap kejadian itu pasti mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Lihat sajalah gadis ini...


Seorang gadis di Zhenjiang yang lahir tanpa tangan. Namun, Wang Qianjin tetap bertekad dan tidak menjadikan kekurangan yang ada padanya untuk menghasilkan sebuah novel.

Untuk pengetahuan semua, Wang Qianjin hanya mengunakan bibirnya untuk menaip novel tersebut dan kini beliau menunggu saat untuk novelnya diterbit dan diedarkan.

Selain itu, apa yang menarik juga tentang gadis ini ialah... Dia tidak pernah menghadir sebarang pendidikan formal tetapi sebaliknya duduk di rumah. Namun, gadis ini mampu berbahasa China, Jepun dan Korea dengan hanya mempelajari bahasa tersebut melalui kegemarannya menonton tv. Hurmmm... Hebat sungguh gadis ini kan... Benarlah kata pepatah " kalau hendak, seribu daya... Kalau tak nak, seribu dalih"... Betul ke pepatah ni? ahakss... Tapi yang penting apa yang ingin saya kongsikan adalah... Jangan jadikan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai alasan untuk kita tidak mengecapi kejayaan

Sebaliknya, jadikan gadis ini sebagai contoh untuk kita. 



Sumber info : okezone.com




Hola, Petang yang mendamaikan... Sungguh sesuai untuk membaca bahan bacaan ringan sambil minum petang bersama keluarga . Fuhh! bahasa... be...

Hola,

Petang yang mendamaikan... Sungguh sesuai untuk membaca bahan bacaan ringan sambil minum petang bersama keluarga. Fuhh! bahasa... berbunga-bunga. Hehe. Perasan lebih... Tapi betul apa, pasti ramai yang suka membaca untuk merehatkan otak. betul tak?

Kalau Fiza, petang-petang Fiza suka baca majalah dan salah satu majalah kesukaan Fiza adalah majalah iSIHAT. Hurmmm... Topik yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan kali ini ialah tip bagaimana untuk kempiskan perut... Penting tu.

Baiklah, berdasarkan kenyataan di dalam majalah tersebut... Tip yang pertama ialah jauhi pemanis buatan. Apa tu? Pemanis buatan adalah seperti kek, cupcake dan sebagainya... Pendek kata, makanan yang diproses yang mengandungi pemanis yang tinggi disebut pemanis buatan. Hurmmm... Nampak gaya, kalau nak kempiskan perut kenalah kurangkan makan pemanis buatan kerana menurut kajian Universiti Purdue membuktikan pemanis buatan berisiko menyebabkan kegemukan

Kemudian, tip yang kedua pula kenalah wajib mengambil serat setiap hari... tip ketiga pula ialah apabila terasa ingin mengunyah sesuatu, jangan membeli biskut atau kerepek. Tetapi... sebaliknya, cuba ambil kacang-kacangan kerana menurut kajian terbaru dari Universiti california, Los Angeles... Wanita mengunyah kekacang boleh mengurangkan ukur lilit pinggang 50 peratus lebih banyak daripada mereka yang tidak mengamalkan tip ini. 

Manakala tip yang terakhir pula ialah buang tabiat suka mengambil makanan yang tinggi kalorinya kerana semakin kurang kita mengambil makanan yang berkalori tinggi... Maka secara automatik jumlah pengambilan kalori menjadi berkurangan. Sekurang-kurangnya, cara ini juga menjadi penyumbang kepada cara untuk kempiskan perut kan. Hehe.


Hurmmm... senangkan. 


Apa-apapun thanks yer kepada yang sudi singgah.



Hola, Indahnya hidup andainya kita senantiasa mencari sesuatu ilmu untuk dijadikan santapan minda. Namun, kesihatan tubuh badan juga seharu...

Hola,

Indahnya hidup andainya kita senantiasa mencari sesuatu ilmu untuk dijadikan santapan minda. Namun, kesihatan tubuh badan juga seharusnya jangan kita lupai. Oleh itu, kali ini Fiza ingin kongsikan info berguna untuk kita semua terutamanya apabila bercerita tentang kesihatan. Info ini adalah hasil daripada pembacaan Fiza. Alhamdulillah.

Apakah itu Buah Aprikot?

Hehe... Bagi yang tak kenal buah Aprikot, inilah rupanya.


Buah Aprikot merupakan buah yang berwarna oren dan kaya dengan kandungan asid folik. Ia juga mengandungi klorofil, vitamin E, vitamin B kompleks dan Beta karotin. Hurmmm... Jangan tak tahu. Tapi Fiza pun baru tahu jugak sebenarnya. Kekadang kita bila makan buah, bukan tahu sangat pun setiap buah yang kita makan. Betul tak?... Main makan jer janji sedap. Ada aku kisah. Hehe.

Berbalik kepada tajuk entri ini. Salah satu kebaikan buah aprikot adalah mampu meningkatkan energi tubuh apabila kita memakannya. Malah ia juga mampu melancarkan metabolisme protein dalam badan. Hebat kan!

Selain itu, kandungan lemak yang tinggi di dalam buah aprikot juga mampu menurunkan risiko serangan strok dan serangan jantung.

Hurmmm... banyakkan kebaikan buah aprikot terutamanya kepada individu yang mementingkan penjagaan kesihatan.

Selamat mencuba!


Sumber info : Majalah harmoni


Hola, Kali ini saya ingin kongsikan cerita menarik dari Karnataka di mana seorang lelaki berusia 55 tahun telah terbunuh . Malah, dua ekor...

Hola,

Kali ini saya ingin kongsikan cerita menarik dari Karnataka di mana seorang lelaki berusia 55 tahun telah terbunuh. Malah, dua ekor lembu juga turut terbunuh oleh amukan dua ekor gajah liar.


Amukan gajah liar itu telah menyebabkan penghuni sekitar bandar tersebut menjadi panik dan berlakunya kekacauan. Rentetan kejadian itu, sekolah dan universiti terpaksa ditutup buat sementara.

Kenapa gajah liar tersebut mengamuk? Haha... Pasti ada sebabkan. Seperti manusia jugak, kalau mengamuk mesti ada sebabnya kan... Kalau tidak, buat apa hendak mengamuk tak tentu pasal. Ye tak?

Hurmm... Menurut salah seorang pegawai, berkemungkinan gajah liar tersebut mengamuk adalah disebabkan terdapatnya perluasan kawasan pertanian dan juga terdapatnya masyarakat yang membina kawasan perumahan di kawasan perhutanan yang merupakan habitat gajah tersebut. Mungkin gajah liar tersebut merasakan terancam lalu mengamuk.

Jangan tak tahu dan buat-buat tak tahu... Binatang pun tahu hendak mengamuk andai haknya diganggugugat.

Macam-macamkan...




Sumber : okezone.com




Hola, Selamat malam semua... Dah lama rasanya tak buat entri pasal bahasa Melayu Sarawak . So ,  hari ini saya selitan 5 perkataan lagi un...

Hola,

Selamat malam semua... Dah lama rasanya tak buat entri pasal bahasa Melayu Sarawak. So,  hari ini saya selitan 5 perkataan lagi untuk dikongsikan. Berdasarkan analisis nuffnang blog saya terdapat beberapa perkataan Bahasa Melayu Sarawak yang ingin para pengunjung ketahui... Untuk tidak menghampakan carian para pengunjung di blog Fiza... So, hari ini Fiza ingin kongsikan perkataan tersebut iaitu...




Pening kepala dalam bahasa Melayu Sarawak disebut Penin Palak
Mana pula disebut  Ne
Ketuk disebut Tukuk
 Baling pula disebutkan sebagai Tikam
dan Geli disebut sebagai Gelik

Macam mana? Ok tak... Hehe, cukup ek 5 perkataan sahaja. nanti pening pulak kan...



Jom Join ramai-ramai di sini


Jom Join ramai-ramai di sini

Hola, Selamat pagi dunia ... Hurmmm, awal-awal pagi lagi bercerita pasal aksi terlarang ek. Haha.... Nak buat macam mana itulah antara c...

Hola,



Selamat pagi dunia... Hurmmm, awal-awal pagi lagi bercerita pasal aksi terlarang ek. Haha.... Nak buat macam mana itulah antara cerita yang paling popular di akhir zaman ini... Sepertinya... Manusia semakin rakus dan buas... Inilah antara berita yang terpampang di harian metro hari ini di mana ia berlaku di parkir sebuah pasar raya, Kota Bharu ketika waktu makan tengah hari waktu pejabat... Fuhhh! Sempat juga untuk melampiaskan nafsu ek.

Malah, perkara ini rata-rata dilakukan oleh suami dan isteri yang curang... Astagfirullah! Apa nak jadi manusia sekarang ek.

Hurmmm.... Yang paling tak best perkara ini membuatkan orang lain juga turut menyaksikannya... Yelah! terdapat kakitangan pasar raya berkenaan turut menyaksikan aksi terlarang itu melalui CCTV... Tak malu ke?


Sumber Info : Harian Metro



Hola, Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada penyanyi Tomok , 27 tahun yang akan melansungkan perkahwinannya dengan Siti Rahayu Abas ...

Hola,



Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada penyanyi Tomok, 27 tahun yang akan melansungkan perkahwinannya dengan Siti Rahayu Abas, 31 tahun ( pramugari ) pada 1 Julai 2011 di sebuah dewan di Keramat, Kuala Lumpur. Malah, beliau juga sudah mulai mengedar kad perkahwinan mereka kepada para jemputan.

Manakala majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada 6 Julai 2011 di sebuah dewan di Kuala Lumpur dan juga sekali lagi kenduri kahwin akan diadakan pada 9 Julai 2011 di rumah keluarga Tomok di Cheras, Kuala Lumpur.


" Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat... Amin... "


Sumber Info : Manggaonline


Hola, Fuhhh! cakap pasal video lucah, pasti ramai ingat suami Fiza yang suka tengok video lucah ... Ahaksss... Jangan salah sangka yer... N...

Hola,

Fuhhh! cakap pasal video lucah, pasti ramai ingat suami Fiza yang suka tengok video lucah... Ahaksss... Jangan salah sangka yer... Nauzubillah! Simpang malaikat 44, hubby Fiza bukan sebegitu orang nyer. InsyaAllah...

Sebenarnya, Fiza tertarik satu tajuk di ruangan soal jawab Agama di harian Metro iaitu pasal seorang isteri mengadu dan ingin mendapat pendapat ustaz mengenai hukum melihat video lucah dan apakah hukum meminta cerai disebabkan benci akan sikap suaminya yang tidak pernah berubah dan berterusan menonton video lucah...

Haaa...

Apakah hukum melihat video lucah?

Persoalan menonton video lucah adalah jelas ia haram dan berdosa. Ini kerana menonton video lucah melanggar batasan agama, iaitu dengan (1) melihat perbuatan zina yang diharamkan Allah, (2) melihat aurat yang diharamkan terutama bahagian sulit

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain,” (3) terbayang wajah dan aksi pelakon video berkenaan dalam hubungan suami isteri (4) menimbul prasangka buruk antara suami isteri (5) merangsang untuk melakukan perbuatan maksiat dan dosa sama ada pada keluarga atau orang lain

Haaa... Jangan tak tahu dan buat-buat tak tahu... Haram dan Berdosa hukum menonton video lucah tau...

Pasal nak bercerai pulak....

Secara umum ia boleh dijadikan alasan untuk bercerai. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa perceraian adalah penyelesaian terakhir konflik rumah tangga. Hakikatnya, selesaikanlah secara berhemah...


Kesimpulannya, sebagai seorang Islam... Kita dilarang sama sekali melakukan perkara yang haram lagi berdosa. Jangan hanya pada nama bergelar Islam, tetapi hakikatnya perjalanan hidup jauh bertentangan... Sama-samalah kita beringat dan memikirkannya. Wallahualam!


Sumber info : Harian Metro




" Haram dan berdosa hukumnya menonton Video Lucah "




Hola, Jom Join lagi... Ramai-ramai kita gegarkan dunia blog...   Di sini

Hola,


Jom Join lagi... Ramai-ramai kita gegarkan dunia blog... Di sini


Jom Join ramai-ramai... Di sini



Jom Join ramai-ramai... Di sini

Hola, Selamat petang dunia... Seperti biasa, waktu terluang pasti akan aku isikan dengan melayari internet . Malah, antara perkara yang aka...

Hola,

Selamat petang dunia... Seperti biasa, waktu terluang pasti akan aku isikan dengan melayari internet. Malah, antara perkara yang akan aku lakukan ialah sudah semestinya log in Facebook. Kodek-kodek Facebook dan terbaca satu artikel yang menarik aku rasa dan seharusnya dijadikan ikhtibar... Betapa hebatnya kekuasaan Allah mencipta makluk di muka bumi ini termasuklah manusia... Namun, adakah kita menyedarinya?

Hari demi hari kita mendengar tangisan bayi dilahirkan... Ada yang dilahirkan dalam keadaan normal dan juga sebaliknya. Andai berlaku sebaliknya. Adakah kita redha untuk menerimanya...?

Hayatilah gambar-gambar ini untuk kita sama-sama memikirkannya... Lahirnya mereka ke dunia membawa hikmah dan rezeki. Subhanallah!


Amillia Taylor dicatat untuk menjadi bayi terkecil di dunia




Anak kecil ini dilahirkan di Cina pada tanggal 5 November 2008
 Anak ini memiliki 8 jari pada setiap kaki dan tidak ada ibu jari pada kedua tangan.


Gadis bayi (Lakshmi Tatma) lahir di India yang mempunyai
4 kaki dan 4 lengan... Bagaimanakah dia bergerak? Ya Allah! 



Bayi yang dilahirkan di India pada tahun 2001 dan mempunyai ekor... Subhanallah!


Kesimpulannya, Allah itu maha berkuasa untuk mencipta sesuatu... Apabila Allah menyatakan jadi maka jadilah... Subhanallah! Namun, kekadang ada manusia yang jahil... Apabila dikurniakan anak sebegini, mereka beranggapan bahawa anak itu membawa kesusahan dan malapetaka kepada mereka. Tidakkah mereka memikirkan bahawa ciptaan Allah itu adalah secantik-cantik ciptaan. Setiap ciptaan yang Allah turunkan dan kurniakan pasti ada mesej yang tersendiri untuk manusia fikirkan... Hakikatnya, pernah kita memikirkannya?... Tepuk dada, tanya sama hati... Hehe...


Sumber Info : http://unik.supericsun.com/





Hola, NANJING   - Para arkeologi di provinsi Jiangsu, China, telah menemukan sekitar 200 ribu syiling kuno di sebuah perigi di kawasan pem...

Hola,

NANJING - Para arkeologi di provinsi Jiangsu, China, telah menemukan sekitar 200 ribu syiling kuno di sebuah perigi di kawasan pembinaan bangunan.


Syiling-syiling tersebut dipercayai memiliki berat sejumlah sekitar empat tan, ditemukan di kota Suzhou, provinsi Jiangsu. Para ilmuwan menyatakan bahawa Syiling tersebut berasal dari Nothern Song Dynasty, sekitar tahun 960 sehingga 1126. 

Penemuan ini langsung membuat para arkeologi untuk terus menuju ke lokasi dan menggali kawasan tersebut, atas alasan keselamatan syiling yang dijumpai.


Para arkeologi menjangkakan bahawa syiling tersebut berkemungkinan disembunyikan oleh beberapa keluarga kaya. Namun penemuan tersebut masih harus diteliti dengan lebih lanjut.



Sumber Berita : Okezone.com