Hola, Selamat pagi dunia... Huhu... Awal-awal pagi lagi dah panas di Sarawak ... Hurmmm, awal-awal pagi jugak terasa nak minum milo ais ......

BAGAIMANA SiHAT DENGAN AIS?

/
3 Comments
Hola,

Selamat pagi dunia... Huhu... Awal-awal pagi lagi dah panas di Sarawak... Hurmmm, awal-awal pagi jugak terasa nak minum milo ais... Fuhhh!!! Sedap haihhh...

Tadi sedang dok online internet... terlintas di fikiran apabila sedang minum milo ais .... Teringat dengan bentuk-bentuk kiub ais yang menarik dan tertarik yang pernah saya tengok kat satu blog bulan lepas... Tapi tak ingat pulak blog siapa... Takpe, google images kan ada... Haaa.... Ni antara kiub ais yang saya rasa cukup menarik...



Kiub ais berbentuk otak... Fuhhh! macam geli nak makan pun ada... Ahakkss... Ada ke yang suka kiub ni? Hehe...

Haaa... Satu lagi bentuk kiub ais yang saya rasa menarik jugak ialah kiub ais berbentuk permaisuri... Cantik! Sayang nak makan. Hehehe... Itu antara bentuk kiub ais yang ingin saya kongsikan... Tapi kalau nak tahu bentuk-bentuk lain yang ada... ada banyak lagi kat google images...


Hakikatnya, kali ini saya ingin kongsikan bagaimana nak sihat dengan ais... Satu artikel yang pernah saya baca suatu ketika dulu kalau tak silap dalam majalah RAPi... Mesti ingat weiii... Sebab suka sangat dengan ais... Ahaksss! tak best minum kalau tak ada ais... Betul tak?

Hurmmm... Sepertimana yang kita ketahui ais memanglah menghilangkan rasa dahagakan... Namun, ais juga dikatakan untuk mengatasi rasa sakit yang menyerang tubuh seperti berikut :-

Pertama : Letakkan ais pada bahagian punggung yang sakit. Rasa sakit akan beransur hilang seiring dengan cairnya ais tersebut.

Kedua : Yang ni saya pernah cuba... So far, oklah... Hehe. Iaitu untuk kulit yang digigit serangga sapukan sahaja dengan ais selama 5-10 minit. InsyaAllah, bengkaknya akan surut...

Ketiga : Untuk mengatasi sakit kepala dan migrain... Ais juga dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit yang datang.... Haaa... Caranya ialah dengan meletakkan ais di dalam plastik dan sapukan di belakang leher serta di pelipis...

Orait... Itu antara info menarik tentang ais yang ingin saya kongsikan... Diharap berguna kepada kita. InsyaAllah.

Selamat mencuba!





ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. pasal yg kena gigit serangga tu xtau pulak..

    ReplyDelete
  2. baru lepas kena gigit semut ni..bisa ada lagi..boleh cubalah dgn ais he

    ReplyDelete
  3. Akan dicuba nanti. Selalu dapat migrain.

    ReplyDelete