BULUKUMBA  - Seekor kucing di Bulukumba, Sulawesi Selatan, lahir dengan keadaan fizikal yang aneh di mana mempunyai alat kelamin jantan dan...


BULUKUMBA - Seekor kucing di Bulukumba, Sulawesi Selatan, lahir dengan keadaan fizikal yang aneh di mana mempunyai alat kelamin jantan dan betina... Malah mempunyai enam kaki. Sungguh aneh! 


Dua kaki lainnya terdapat berdekatan dengan kaki belakang atau berdekatan dengan ekornya. Cara berjalannya pun juga aneh, kucing harus sedikit mengangkat bahagian belakangnya. Kedua kaki tambahan tersebut pula tak dapat digunakan.


Dadang, pemilik kucing itu hanya mengetahui keanehan pada kucingnya 2 bulan pasca-kelahiran. Dia terkejut di saat melihat kucingnya tidak seperti empat saudaranya yang normal.

Awalnya dia mengetahui kucing ini suka menyendiri dari saudaranya. Saat saudaranya keluar rumah, kucing aneh malah mundar-mandir di sekitar rumah.

Selain itu... Setiap kali makan, kucing digorengkan ikan dan disediakan layaknya seperti manusia. Anehnya, si kucing tidak akan mahu makan jika tidak disajikan dengan ikan yang dimasak.

Kucing ini kini menjadi buah bibir warga Kota Bulukumba. 


Sumber : Kompas


P/s : Sesungguhnya keanehan itu datangnya dari Allah... Itulah kekuasaan Allah yang maha berkuasa yang harus kita sedari dan fikir-fikirkan... Wallahualam!



Ernestine Shepherd , perempuan 74 tahun berasal dari Baltimore ... Amerika Syarikat  yang baru sahaja dinobatkan sebagai binaragawati tert...


Ernestine Shepherd, perempuan 74 tahun berasal dari Baltimore... Amerika Syarikat yang baru sahaja dinobatkan sebagai binaragawati tertua dunia oleh Guinness Book of World records.



Penampilan nenek perkasa ini memang luar biasa. Tubuhnya yang ramping dengan kaki dan lengan berotot membuatkan ramai orang di sekelilingnya berasa iri hati terhadap beliau.

Setiap hari, Ernestine Shepherd akan bangun pada pukul 3:00 pagi untuk bersenam dan berlari sejauh 16 kilometer... Fuhhh!!! hebat tu... 

Malah... Sejak 18 tahun kebelakangan ini, beliau sudah mengikuti 9 perlumbaan maraton dan memenangi dua perlawanan binagara... Hebatkan.

Ernestine Shepherd - 74 Tahun
Sumber : Kompas

Hola, Tahniah diucapkan kepada  Salma dan Erra Fazira yang telah merangkul gelaran Juara Mentor 5 . Jumlah markah 85 yang diperolehi oleh...

Hola,


Tahniah diucapkan kepada Salma dan Erra Fazira yang telah merangkul gelaran Juara Mentor 5. Jumlah markah 85 yang diperolehi oleh Salma ternyata jauh meninggalkan Iqa dan Shiha. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Salma dan Erra Fazira...



Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Mentor : Erra Fazira
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani

Sumber: di http://zonfiniti.blogspot.com

Hola, Selamat pagi dunia... Huhu... Awal-awal pagi lagi dah panas di Sarawak ... Hurmmm, awal-awal pagi jugak terasa nak minum milo ais ......

Hola,

Selamat pagi dunia... Huhu... Awal-awal pagi lagi dah panas di Sarawak... Hurmmm, awal-awal pagi jugak terasa nak minum milo ais... Fuhhh!!! Sedap haihhh...

Tadi sedang dok online internet... terlintas di fikiran apabila sedang minum milo ais .... Teringat dengan bentuk-bentuk kiub ais yang menarik dan tertarik yang pernah saya tengok kat satu blog bulan lepas... Tapi tak ingat pulak blog siapa... Takpe, google images kan ada... Haaa.... Ni antara kiub ais yang saya rasa cukup menarik...



Kiub ais berbentuk otak... Fuhhh! macam geli nak makan pun ada... Ahakkss... Ada ke yang suka kiub ni? Hehe...

Haaa... Satu lagi bentuk kiub ais yang saya rasa menarik jugak ialah kiub ais berbentuk permaisuri... Cantik! Sayang nak makan. Hehehe... Itu antara bentuk kiub ais yang ingin saya kongsikan... Tapi kalau nak tahu bentuk-bentuk lain yang ada... ada banyak lagi kat google images...


Hakikatnya, kali ini saya ingin kongsikan bagaimana nak sihat dengan ais... Satu artikel yang pernah saya baca suatu ketika dulu kalau tak silap dalam majalah RAPi... Mesti ingat weiii... Sebab suka sangat dengan ais... Ahaksss! tak best minum kalau tak ada ais... Betul tak?

Hurmmm... Sepertimana yang kita ketahui ais memanglah menghilangkan rasa dahagakan... Namun, ais juga dikatakan untuk mengatasi rasa sakit yang menyerang tubuh seperti berikut :-

Pertama : Letakkan ais pada bahagian punggung yang sakit. Rasa sakit akan beransur hilang seiring dengan cairnya ais tersebut.

Kedua : Yang ni saya pernah cuba... So far, oklah... Hehe. Iaitu untuk kulit yang digigit serangga sapukan sahaja dengan ais selama 5-10 minit. InsyaAllah, bengkaknya akan surut...

Ketiga : Untuk mengatasi sakit kepala dan migrain... Ais juga dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit yang datang.... Haaa... Caranya ialah dengan meletakkan ais di dalam plastik dan sapukan di belakang leher serta di pelipis...

Orait... Itu antara info menarik tentang ais yang ingin saya kongsikan... Diharap berguna kepada kita. InsyaAllah.

Selamat mencuba!



Hola, Huhhh! Lamanya tak updated blog... Rindu rasanya. Ahaksss. Hurmmm... Seperti yang aku janjikan di sini ... Entri kali ini aku ingin ...

Hola,

Huhhh! Lamanya tak updated blog... Rindu rasanya. Ahaksss. Hurmmm... Seperti yang aku janjikan di sini... Entri kali ini aku ingin kongsikan panorama menuju ke perkampungan orang ulu... 






Haaa... Inilah jalan yang dilalui menuju ke perkampungan orang ulu... Sangat-sangat menakutkan. Pasai apa, sepanjang perjalanan kami asyik terserempak dengan lori kayu balak... Ya Allah! Besar-besar kayunya mak aiii... Sampaikan aku takut untuk berkata apa. Bukan tu jer, kami juga turut terserempak dengan transformer... Ahaksss... Apa tak nya, jumpa lori yang boleh dilipat tayarnya seperti transformer.

Bukan tu jer, kami juga turut melalui kawasan di mana pondok panjang yang usang tempat menjual sayur dan buah-buahan tempatan ataupun hutan...



Haaa... Bukan tu jer... cuba korang teka ini rumah ke apa?


Teka ek! jangan tak teka... hehee... Orait, tu antara yang ingin aku kongsikan... Nanti akan aku kongsikan lagi... InsyaAllah... Di saat entri ini dipaparkan... Aku dan hubby... tengah bersiap-siap kat hotel... Semalam kami memulakan perjalanan balik kampung... Cuti Gawai katakan... orait... Bye!

Wassalam... Thanks yer kepada yang sudi baca ^____^.


Hola, Wah! Tengok tajuk macam blog doktor . Ahakss... Siap ada tip elak asma lagi... Namun, hakikatnya... Saya ada seorang mak saudara yang...

Hola,

Wah! Tengok tajuk macam blog doktor. Ahakss... Siap ada tip elak asma lagi... Namun, hakikatnya... Saya ada seorang mak saudara yang menghidapi asma. So, sedikit sebanyak tahu lah jugak pasal asma ini. InsyaAllah, kerana dulu pernah menemaninya berulang-alik ke hospital... Gitu...

Hehe, kali ini saya ingin kongsikan tip untuk mencegah asma. Tak mau panjang-panjang, jom kita baca tipnya di bawah :-



Pertama : Hindari makanan penyebab asma. Misalnya seafood dan minuman ringan. Ais memang dielak sama sekali. 

Kedua : Jangan makan ubat sembarangan, memandangkan setiap orang mempunyai ubat yang berbeza terutamanya pada penderita asma. Yang ni memang amaran keras dari doktor. So, jalan terbaik berjumpalah dengan doktor pakar untuk mendapat rawatan.

Ketiga : Hindari haiwan peliharaan yang boleh menjadi penyebab asma like kucing.

Keempat : Jaga kebersihan di rumah terutamanya tempat tidur. Bantal, selimut dan cadar kena cuci selalu... Jangan sampai berbulan-bulan tak bercuci... Mahu semput. Ahaksss...

Hurmmm... Apalagi ek! rasa itu yang terlintas dan yang paling saya ingat mengenai asma. Hurmmm... Nantilah ek saya kongsikan lagi cara cegah asma. Banyak sebenarnya kalau kita search kat google. Tapi saya tak nak guna info itu, pasai apa... Saya nak kongsikan sendiri tip yang segar dari ladang yang dipraktikkan oleh sendiri mahupun ahli keluarga. InsyaAllah!

Tunggu saya tanya dengan mak saudara saya dulu ek... Pasai apa... Dia cukup berdisiplin menjaga diri... Tak mahu sakit katanya... Sakit wooo semput... Alhamdulillah! Jarang lah dia semput dan diserang asma. Bukan nak riak, tapi ingin kongsikan perkara yang baik untuk kepentingan bersama. InsyaAllah! 

Apa-apa pun have a nice day.. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri demi orang yang tersayang.

Hola, Selamat malam semua... Pasti dah makan kan... Hehe. Tadi lepas makan saya online dan terbaca ruangan berita myMetro ... Dan berita me...

Hola,

Selamat malam semua... Pasti dah makan kan... Hehe. Tadi lepas makan saya online dan terbaca ruangan berita myMetro... Dan berita menarik yang sempat saya baca ialah dua guru mati lemas sehari selepas sambutan hari guru. Kejadian ini berlaku ketika mereka mandi di Pantai Kijal, Kemaman... Mohd. Anuar Harun, 28 tahun dan Md. Iskandar Arif, 26 tahun ditemui lemas oleh orang awam di tempat kejadian... 






Al-Fatihah buat mereka... Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mereka ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin....

Siapa sangka kan... Usia bukan ukuran andainya Allah lebih menyayangi kita. Bila-bila masa jer Allah boleh ambik nyawa kita. Subhanallah...

Bila difikir-fikirkan, gerun jugak apabila memikirkan tentang kematian di mana kita tidak mengetahui bilakan turn kita untuk dijemput... Adakah bekalan yang kita kumpul di dunia ini cukup untuk datang menemui Allah?...

Sumber : myMetro dan Google Images



Hola, Selamat pagi dunia... Kalau sebelum ini saya telah bercerita tentang Asraf Muslim dan Irma Hasmi Ibrahim ... Kali ini pulak saya te...


Hola,

Selamat pagi dunia... Kalau sebelum ini saya telah bercerita tentang Asraf Muslim dan Irma Hasmi Ibrahim... Kali ini pulak saya tertarik dengan seorang artis dan tentangnya di Utusan Malaysia pada pagi ini di mana dia merupakan orang pertama yang mempunyai lebih 10 juta pengikut di Twitter. Huhu.... Ramai eh!!!... Kalau saya bilalah nak ada pengikut seramai itu. Hehehe. Siapa orang yang saya maksudkan... Hurmmm... Orang itu ialah Lady Gaga.

Sebenarnya saya bukanlah peminat Lady Gaga... Disebabkan terkasima apabila terbaca tentang jumlah pengikut Twitter beliau yang begitu ramai... Apalagi jejari ini mulalah nak cari maklumat tentang lady Gaga... Hahaha... Kolot betul tak tau siapa Lady Gaga... Hehe. 

Hurmmm... Kepada yang tak tahu gak seperti saya... Hehe. Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta adalah penyanyi pop Amerika. Merupakan anak perempuan Sulung Joseph Germanotta. Dia mendapat nama 'Lady Gaga' daripada pengurusnya, yang diambil dari lagu Queen berjudul Radio Ga Ga. Pernah menimba ilmu di Tisch School of Arts di New York University. Dia salah seorang daripada dua puluh orang yang mendapatkan pengiktirafan awal dari sekolah tersebut.

Apa yang menarik lagi tentang Lady Gaga. Beliau mula belajar bermain piano seawal usia 4 tahun dan menulis lagu piano pertamanya pada usia 13 tahun... Hurmmm... Hebatkan. Tak hairanlah kalau dia bergelar penyanyi pop Amerika kerana seawal usia 4 tahun lagi dah terdedah dengan dunia muzik. Hehe. Pada awal kariernya, Lady Gaga bernaung di bawah syarikat rakaman sebagai komposer untuk artis lain seperti Britney Spears, Pussycat Dolls, Fergie dan New Kids On The Block. Sekarang, dia lebih banyak menulis dan menghasilkan banyak lagu sendiri.

Menurut sebuah wawancara dengan Rolling Stone, Lady Gaga selalu berpakaian tak cukup kain... Biasalah kan...Huhu, dan sedikit aneh agar neneknya yang hampir buta boleh melihatnya di televisyen. Katanya: "Saya tetap dengan pendirian untuk tidak memakai seluar sehingga nenek saya boleh melihat saya di televisyen."...

Hurmm... Itulah serba sedikit tentang Lady Gaga... Apa-apa pun have a nice day dan Selamat Hari Wesak kepada yang menyambutnya.

Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Lady_Gaga 

Hola, Huhhh! Lamanya tak updated blog... Rindu rasanya. Ahaksss. Hurmmm... Banyak yang ingin aku coretkan. Antaranya, kini aku berada di p...

Hola,

Huhhh! Lamanya tak updated blog... Rindu rasanya. Ahaksss. Hurmmm... Banyak yang ingin aku coretkan. Antaranya, kini aku berada di perkampungan orang ulu... Iaitu tempat suamiku mengajar. Fuhh! Ambik masa 2 hari nak sampai tempat ni tau... Aku sungguh teruja berada di perkampungan orang ulu, walaupun ia suatu yang asing bagi aku. Dua minggu berada di sini sepatah haram percakapan mereka aku tidak fahami. Sungguh menyedihkan. Tapi takpe... Hehe. Nanti aku nak gak belajar bahasa orang ulu andainya berkesempatan. Namun, kali ini aku bukan ingin bercerita tentang bahasa orang ulu.

Namun, ingin berkongsi serba sedikit panorama sepanjang perjalanan aku menuju perkampungan orang ulu...

Haaa... Perjalanan yang dilalui menuju ke perkampungan orang ulu... Sangat-sangat menakutkan. Pasai apa, sepanjang perjalanan kami asyik terserempak dengan lori kayu balak... Ya Allah! Besar-besar kayunya mak aiii... Sampaikan aku takut untuk berkata apa. Bukan tu jer, kami juga turut terserempak dengan transformer... Ahaksss... Apa tak nya, jumpa lori yang boleh dilipat tayarnya seperti transformer.

Sepanjang jalan mana ada jumpa kereta kecik. Boleh dikira dengan jari. Yang banyaknya... Lori balak. Rasa nak balik jer rasa. Huhu! Tapi suami punya pasal, ikut jer lah... Walaupun ketakutan. Kihkihkih...

Hampir dua jam jugaklah dari bandar Bintulu, baru sampai ke sekolah... Ya Allah! Lenguh rasanya duduk dalam kereta... Lepas tu pulak, sesi mengemas rumah. Al-maklum jelah, hubby kita baru pindah rumah baru... Hurmm, berselerak jugaklah rumah...

Tu yang baru berkesempatan updated blog... Lepas tu pulak broadband buat pasal. Resah dan gelisah dibuatnya... Ahaksss. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak updated blog.

Hehe, nanti aku updated lagi dengan gambar-gambar yang menarik tentang perkampungan orang ulu... Tak edit lagi... Heehe. Lama haihhh tak updated blog... 

Rindunya nak jenjalan di alam maya terjah blog kengkawan. Hehe.

Hola, Selamat petang dunia. Huhu, 2 hari tak updated blog... Apa kes? Hurmmmm... lama dah tak balik kampung sekali balik kampung... Huh! B...

Hola,

Selamat petang dunia. Huhu, 2 hari tak updated blog... Apa kes? Hurmmmm... lama dah tak balik kampung sekali balik kampung... Huh! Banyak cerita aku ketinggalan... Hehe, sampai jer rumah semalam... Kami sekeluarga lepak di ruang tamu rumah... Hikhikkk... Bertukar-tukar cerita.

Hurmm... sedang asyik bercerita adalah dua ekor kucing peliharaan adikku... Tetiba, naik atas meja. sempat pulak adik ambik gambar... tapi sekali tengok macam patung pulak... Hehehe...


Kucing betul-betul ke patung? Hehe...

Hurmmm... banyak lagi nak cerita sebenarnya... Tapi akan saya ceritakan... nak pergi jalan-jalan kat kampung jap... Ahaksss... Cuma updated pandek ajak bah.... Iboh manas!