Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Ahakksss... Kita gelak dulu... Kenapa? Mesti korang hairankan... Apalah jadahnya buat entri pasal " Menariknya tentang Al-Quran"... Padahal Al-Quran sememangnya sangat-sangat menarik... Bait-bait ayatnya mampu memberi ketenangan kepada insan yang membacanya... Heeee. Apa kes?


Tadi... baca harian metro online... Fiza tertarik dengan satu ruangan iaitu iaitu soal jawab agama Fikrah Dr. Salam mengenai Al-quran jugak lah kiranya... Hehehe, korang pun mesti pernah terjah ke ruangan ini bukan... 

Persoalannya, ada satu soalan yang menarik diajukan di ruangan ini... Iaitu apakah cara terbaik untuk membuang buku agama lama dan cebisan ayat al-Quran yang dicetak daripada komputer dan Adakah dengan cara membakar dan bagaimana pula dengan abunya... Wah! menarik kan soalannya... Bagi yang tertariklah kan... Heeee.

Alhamdulillah, jawapannya telah dijawab oleh Dr. Salam iaitu :-



Bersama-samalah yer kita berkongsi ilmu ini... Kekadang kita alpa sehingga lupa akan perkara sebegini... 

Bagi Fiza walaupun benda ini remeh, namun ramai yang tidak tahu mengenainya... Sebab dulu pernah terjadilah jiran Fiza buang Al-Quran lama... Dan Nenek Fiza nampak... Teruslah nenek kata... Tak baik buang Al-Quran dan orang itu pun cakap kat nenek... Kalau mahu ambiklah... Sampai sekarang Al-quran tu masih ada kat rumah walaupun buruk... Hehehe... Sebab tu jugak Fiza tertarik dengan bahagian soal jawab agama ini tadi... Hehehe.

Untuk menjadi insan terbaik... Kita harus mencari jalan untuk memperbaiki diri...   Kita perlu seimbang dengan amalan duniawi dan amalan akhirat...

Manusia ramai yang bijak... Namun, tak ramai yang berakal... Sama-samalah kita beringat yer sesungguhnya proses belajar itu tidak akan habis selagi nyawa di kandung badan...

Yeah!!! Have a nice day.