Hola, Selamat pagi semua... Kali ini saya tertarik dengan satu tajuk di MyMetro iaitu "Mahasiswa mudah dipengaruhi kawan" oleh  ...

:: MAHASISWA MUDAH DIPENGARUHI KAWAN ::

/
14 Comments
Hola,

Selamat pagi semua... Kali ini saya tertarik dengan satu tajuk di MyMetro iaitu "Mahasiswa mudah dipengaruhi kawan" oleh Ruhaiza Rusmin.

Hurmmm... Satu tajuk yang amat menarik saya kira... Di mana mengupas mengenai kenapa mahasiswa melalaikan pelajaran mereka di Universiti, sebaliknya mudah dipengaruhi oleh kawan dan leka dengan kesoronokan di luar yang entah sampai bila pun tak kan habis... 

Sebenarnya... Kalau dilihat, perkara ini tiada siapa yang salah... Bukan kawan yang mempengaruhi... Tapi sebaliknya diri sendiri yang mempengaruhi diri sendiri... Sebagai seorang insan yang berilmu kita sudah cukup dewasa untuk membuat pilihan... Pilihan terletak di tangan kita samaada nak menjadi seorang yang berjaya atau tidak... 

Alah! Ingat senang ke belajar kat universiti... Yes! that true, saya akui memang belajar di universiti sesuatu yang susah... Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita tidak berjaya... Kenapa kita harus jadikan kegagalan itu sebagai pemusnah masa depan kita... Gagal sekali bukan beerti gagal untuk selama-lamanya... Saya pun pernah gagal... Orang yang takut akan kegagalan adalah orang yang pengecut...

Saya bagi satu contoh, pilihan seorang yang berfikiran sempit...

Alah! Malas lah nak belajar, baik aku lepak ngan kawan kat kelab atau berpeleseran di bandar... Right! Good Idea...

Lepas itu... Mulalah pelajaran terabai, mulalah... tak ade duit... Mulalah nak mencuri, mulalah mengenali sek bebas, mulalah nak jual dadah... Sebab apa, duit menjadi raja dalam diri, nafsu menjadi tuan...

Seterusnya... Kalau pregnant pulak, mulalah kes buang anak... Mulalah, kena tangkap... 

Hurmmm... Lepas itu, lagi dasyat... ada yang sanggup bunuh diri, dan ada mak ayah yang malu kerana perbuatan anak-anak... Mati terkejut...

Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya?

Jangan nak salahkan orang lain di atas kegagalan diri kita, sebaliknya kegagalan itu datang daripada pilihan yang kita buat... 

Tepuk dada... Tanya diri... Jadilah cermin kepada diri, bukan cermin kepada orang lain... Bukan senang nak senang... Tapi untuk susah mudah sekali...

Pilihlah... Pilihan terletak di tangan masing-masing... "PILIHAN MENDATANGKAN IMPAK MAKSIMA DALAM KEHIDUPAN"... Simple thing, tapi ramai yang tidak mampu melakukannya... Why?

Setiap daripada kita ada jawapannya!


Fikir-fikirkan lah... Have a nice day =)




ARTIKEL LAIN DI SINI

14 comments:

  1. kena pandai pilih kawan..org kata nk tgk kita ni jenis org mcm mana tgklah pd kawan² kita..

    ReplyDelete
  2. Rina AVAIL : Hehe, yakan... Kekadang kawan2 kita pun memberi gambaran siapa kita sebenarnya. Namun, pokok pangkal semuanya terletak kepada kita sendiri untuk menilai yang baik atau buruk.

    ReplyDelete
  3. Yang sebenarnya, itu semua terpulang kepada diri memasing sebab ada juga yang berkawan dengan budak nakal tetapi dia mampu untuk berjaya dengan cemerlang tanpa terpengaruh dengan kawan-kawannya. Sebab itulah, para remaja digalakkan mencari identiti dan jati diri masing-masing agar kuat untuk menempuhi cabaran psikologi.

    ReplyDelete
  4. Awan Biru : Yup! Akak setuju dengan apa yang Awan perkatakan. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Pokok pangkal hati sendiri maa... Hee.

    ReplyDelete
  5. pd chii.yg penting diri sendiri kuat di samping faktor kawan2..dan juga persekitaran memainkan peranan yg penting..:)

    ReplyDelete
  6. Chii : Hai dear. Lamanya tak dgr khabar. Mcm mana masalah dah settle? Internet ok?. Betul kata Chii... Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sebenarnya. Kita seharusnya kuat utk menempuhi kehidupan tanpa dipengaruhi gejala2 negatif.

    ReplyDelete
  7. memang takdpt dinafikan kawan2 menjadi faktor utama mempengaruhi. tp dh besar boleh pk mana elok mana buruk.Kena la padai menilai. Nama pun mahasiswa,jgn la jadik bodoh fiza kan..

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Sebenarnya tiada alasan orang lain mempengaruhi kita dan kita menyalahkan orang lain. Itu semua bergantung pada diri kita sendiri. Dimana iktizam kita.

    P/s: Maaf lama tak menyinggah. Bercuti sementara dari blog. Hehe ^^

    ReplyDelete
  9. Puan Kutu : Betul kata Muni tu... Dah besar pandailah menilai. Jgn pulak nanti dicop sebagai Mahasiswa bodoh. nama jer belajar tinggi2 kan.

    ReplyDelete
  10. Miss Tira : Yup! Kenapa harus kita persalahkan org lain padahal kita ada hak untuk memilih ya atau tidak kan.

    ReplyDelete
  11. that's why..macam yg TE pernah cakap..

    people dont choose to fail, but they fail to choose

    ReplyDelete
  12. kene pandai pilih kawan la mcm ni. salah pilih, musnah la hidup kite

    ReplyDelete