14 April 2011

:: LeLaKi CEkiK IsTeRi ::

Hola,

Selamat pagi semua... Korang dah baca akhbar tak hari ni... Hurmmm, bagi yang belum baca... Ada cerita menarik tau di harian Metro hari ni di mana lelaki cekik isteri tegur jumpa kekasih... Main kayu tiga punya pasal... Isteri dan anak jadi mangsa... Apa kes?



korang rasa... Patut tak perkara sebegini berlaku??


Bagi Saya lah kan... Perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi... Kenapa dulu menabur janji... Kalau dah kawin, janji pergi... Kenapa?

Berani Fiza katakan lelaki seperti ini... Penipu dan Penakut! Tak sedar dek untung...

Hurmmm, bercakap pasal main kayu tiga... Fiza ingin berkongsi sedikit tip bagaimana lagaknya lelaki yang bermain kayu tiga... Ni tip baik punya... Mak Fiza bagi tau. Heee.

Biasa nyer lah kan, mak Fiza kata... Kalau lelaki yang dulunya tak selalu keluar rumah, sekarang suka keluar rumah tak kira siang, malam, pagi dan petang... Adalah tu... Pasti! tu mak Fiza kata lah... Pendapat korang lak macam mana?

Kemudian, dulunya mesra panggil sayang... Sekarang selalu marah-marah dan tiada lagi panggilan sayang... Hati-hati lah, mak Fiza kata ni ciri-ciri orang lelaki yang dah mula menyayangi perempuan lain... Ya Allah! Jauhkanlah hubby Fiza daripada perkara sebegini...

Kemudian, mak Fiza kata... Kalau dia bergayut berjam-jam tu, dulu ditanya tak marah... Tapi sekarang kalau bergayut berjam-jam marah dan maki hamun... Huh! Ni sah memang ada...

Tu antara 3 ciri-ciri lelaki yang mulai curang daripada Mak Fiza...

Korang lak ada tak pendapat lain? Boyfriend curang ker... Actually, same thing with this topic... Kalau Boyfriend ada kekasih gelap... Hehehe.. Tetiba yer kuar cakap omputeh...

Namun, kita sebagai perempuan juga tidak patut menyalahkan pasangan kita 100% kerana kita pun kena cerminkan diri kita jugak... Jangan mudah mencari keburukan orang lain... Tetapi pandanglah dalam diri sendiri... Mungkin juga, perbuatan kita tanpa disedari ada yang menyebabkan pasangan kita iaitu lelaki... Bukan makyah atau hubungan sejenis yer beralih arah...

Selain itu, perbincangan dari hati ke hati juga wajib dalam hubungan... Kenapa perlu bergaduh? Kita bukan budak kecik... Kita ada akal untuk berfikir...

Bohongla kalau takde gaduhkan... Fiza bercakap bukan nak kata Fiza pandai... Tapi itu menurut pandangan Fiza... Yang bercinta 6 bulan, bertunang 4 tahun lebih dan kawin baru jer 8 bulan lebih.... Heee... Wah! Siap bagitau lagi... 

Ahakksss... Pasti ada yang kata " Mak aii... Lamanyer bertunang... 4 tahun tu..." Hehehe.

Tak nak citer lebih-lebih... Fiza nak ciou dulu... Ada kerja sikit nak buat.... Nanti ek Fiza blogwalking kat blog korang... Tungguuuu...



25 comments:

  1. hubby sy keluar pagi keluar malam sbb keje..hope dia x buat bukan² belakang sy..tp rasanya x lah kut psl yg sorang nih pun pening pala dia nak jaga haha..mintak dijauh kan Tuhan lah dia berbuat yg x elok..

    ReplyDelete
  2. huhuhu...mintak dijauhkan...
    nak dapat suami yang soleh..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. bagus juga tips ni, sediakan payung sebelum hujan katakan...

    ReplyDelete
  4. betul tu..sblm nk salahkan org..kena tgk diri sendiri.mungkin ada kekurangan dlm diri kita yg membuatkn dia cari yg lain..tp kalo kita da buat yg terbaik..dia still cari yang lain..hurm..tak tau nak kata ape...

    hurm..tanda2 curang eh...salah sikit pun..tp maranya mengalahkan da buat kete dia ilang je..

    pastu kalo henpon sentiasa di sisi..kita nk pinjam pun,dia x kasi..kononya takut tercalar la..ape la..grr..alasan yg x logik

    ReplyDelete
  5. Cik Betty : Sama2 lah dear kita doakan moga2 suami kita tidak bersikap sebegini. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  6. SenyumSOYA : Sama2lah kita berdoa dear, moga tidak dipasangkan dgn lelaki sebegini..

    ReplyDelete
  7. Yatie Awang : Sediakan payung sebelum hujan tu penting dear. Kalau tak basah nanti. Heee, mcm tu jugak dalam kehidupan kita. Harap2 pasangan kita tidak berperangai sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  8. Chii : Betul kata awak dear. Kalau kita dah buat yang terbsik, namun dia masih berbuat sesuatu yang tidak elok. Apakan daya... Biarlah, dia akan jawab nanti di Akhirat sana... Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. Sarah Mohamad : Hai dear, Selamat berkenalan. Thanks yer kerana sudi singgah dan follow. Heee, pasti ada yang akan tanya. Ha'ah. 4 thn dear. Cinta jarak jauh dan jarang jumpa. Masing2 masih ada urusan utk dilunasi, that why sampai 4 thn.. Heee, pelik kan.

    ReplyDelete
  10. laki curang dah slalu kena T__T tp xpala,sbb dulu anis pun pena curang.karma la kot.tp pasal pukul2 nih kwn anis slalu kena ngn bf dia.smpai lebam2.nanges anis tgk dia.tp dia still bela laki tu.geram betol

    ReplyDelete
  11. Aniswany : Ya Allah! kenapa kawan anis mcm 2. Dulu kan akak ada kawan budak kelantan dia da bertunang then, selalu pukul dia. Naik lebam jugak lah. Kalau cuti sem, mesti balik tu ada tanda lebam. Sekarang, Alhamdulillah dek kerana tak tahan dia dah putus tunang dgn bf. Baik putus. Kita hidup bukan utk dipukul. Ye tak?

    ReplyDelete
  12. hem sekarang macam2 berlaku..ade lagi teruk fiza siap sembelih makwe lagi..

    ReplyDelete
  13. Atiey : Tu lah mummy, penyakit masyarakat kita nampaknya semakin hari semakin bertambah. Risau gak dgr.

    ReplyDelete
  14. kalau sebelum ni dia boleh tolong tanpa diminta, apabila curang atau ada sesuatu yg mengganggu perhatiannya, dia mula memberikan 1000001 alasan.... (pastikan anda mengira alasannya)

    er..lamanya, he takpe asalkan sudah pun hidup bahagia sekarang :)

    ReplyDelete
  15. Semoga kehidupan Tira tidak seperti ini. Apa pun sebagai isteri kita lakukan sebaik mungkin demi menjaga keutuhan hubungan suami isteri ini. Lelaki komitmen tapi isteri tak komitmen tak boleh juga begitu juga sebaliknya. Saling berkomunikasi dan berbincang dimana kelemahan yang ada. Jangan sampai kelemahan yang kecil tu jadi makin besar. (Dah macam pakar motivasi laa pulak).

    ReplyDelete
  16. Tengkorakemas : Hehehe... Tok bok lelaki, berani datang memberi jawapan. kmk setuju dgn apa yg ktk padah. Melalui pembacaan kmk juak didapati rata2 org yang curang mulai memberi 1001 alasan apabila mereka mulai berpaling arah.

    ReplyDelete
  17. Miss Tira : Yup! Dear, harap2 kita tidak seperti apa yang berlaku itu. Sebenarnya konsep perbincangan dari hati ke hati itu perlu, kalau tidak sebab itu berlaku kepincangan dalam keluarga. Masing2 ingin menegakkan pendapat masing2 tanpa memikirkan kesannya dan tanpa sebarang perbincangan ataupun penjelasan.

    ReplyDelete
  18. salam..

    moga berbahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  19. eh sama tajuk macam sekamar rindu.hehe..tp fiza lebih kpd tips..ala pmpuan ada instinct yg kuat,msti tau klu laki curang.lg satu lelaki sebenarnya tak pandai menipu,nie fakta tau..klu kita kenal suami kita,sedikit perubahan jer kita dah boleh tangkap apa yg berlaku.eceh macam bomoh plak muni nie.hehe..

    ReplyDelete
  20. Sekamar Rindu : Thanks SR kerana mendoakan kebahagian saya. Semoga SR juga bahagia hendaknya. Amin =)

    ReplyDelete
  21. Puan Kutu : Hehee. Fiza dapat idea buat entri ni daripada Sekamar Rindu. Ahakkksss. Yup! betul kata Muni tu, sikit jer perubahan pada suami kita.. Pasti tahu.

    ReplyDelete
  22. minta dijauhkan lah dari pasangan kita semua kan..takut..

    ReplyDelete