Back to Top

12 April 2011

:: HELIKOPTER TERHEMPAS ::

Hola,

Selamat pagi semua, pasti hari ini seperti hari-hari sebelumnya bukan. Mungkin ramai yang sibuk berkemas nak pergi menunaikan tugas harian, namun jangan dilupakan... Berhati-hati di jalan raya ok...

Hurmmm, pepagi pasti korang akan baca akbar bercetak ataupun online bukan... Untuk mengetahui berita terkini... Tadi around 1 pagi... Saya terbangun dari tidur dan seperti biasa... Kalau dah takleh tidur, pasti laptop menjadi peneman.

A satu lagi berita kiranya tergemparlah juga di mana sebuah helikopter terhempas di Sibu dan berita penuh mengenainya adalah seperti berikut :-



Sumber : MyMetro

Kejadian yang berlaku tanpa diduga... Ngeri bukan?

Apabila baca berita ini apa korang rasa?

Hurmmm... Tetiba Fiza fikirkan tentang kehidupan dan kematian... Bila-bila masa jer ajal kita boleh dijemput dengan kuasa Allah... Pernahkah kita berfikir? 

Mesti pernah kan... Adakah kita benar-benar telah bersedia untuk melaluinya... Sesungguhnya hidup di dunia ini pinjaman semata-mata...

Hurmmm... Fiza berkata demikian bukan untuk menakutkan... Namun sebagai ingatan diri Fiza juga sebenarnya setelah persoalan itu tetiba jer muncul di kotak fikiran Fiza...

Sama-samalah kita fikirkan... Dan bermuhasabah dirilah selalu... Lihatlah kelemahan diri kita dan jangan asyik melihat kelemahan orang lain...

Wosehhh! Membebel pepagi buta yer... Heeeeee.

Apa-apapun, have a nice day...

Thanks kepada yang sudi membaca entri Fiza ini.


20 comments:

  1. Baru dapat berita terkini pagi tadi. Juruterbang helikopter tu meninggal dunia pagi tadi. Kire keadaan dia agak parah gak la masa eksiden smalam. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. salam..

    setiap yg hidup pasti akan mati..

    baru tahu berita ini bila baca di sini..takziah pd keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  3. Faizal n Fashitah : Siankan.. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Cik Betty : Yup! takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  5. Apa agak nye yang terlintas kat fikiran TPM kite saat mengetahui berita kemalangan ni yer?

    Takziah untuk Allahyarham..

    ReplyDelete
  6. Pakcoh : Ya Kan... Apalah yang beliau fikirkan di saat mendengar berita ini.

    ReplyDelete
  7. em takut jugak nak naik kopter...sedekahkan alfatihah............bismillahirrahmanirrahim............................................................
    nasib mahyudin dah turun kalau tak entahler..ade tersurat disebalik kejadian..insafkan diri...........
    pada keluarga ucpan takziah....

    ReplyDelete
  8. mmg kita kena selau ingat akan mati..:)

    ReplyDelete
  9. Atiey : Tu lah Mummy... Nasib baik TPM dah turun.

    ReplyDelete
  10. Bunga :Yup! Betul kata bunga tu. Saya setuju 100%.

    ReplyDelete
  11. ada tgk berita kt tv semalam pasal nih.ajal kalu dh nak dtg,kat mana2 pun bule kan...takotnya.dah la amal pun xcukup lg nih..haehh =.=

    ReplyDelete
  12. al-Fatihah buat mangsa dan takzih buat keluarga mangsa..

    pengaruh filem membuatkan TE terfikir..mcm dalam filem..dikhuatiri ada sabotaj..

    ReplyDelete
  13. Anis : Tu lah kan. Akak pun sama, sentiasa memikirkan... Adakah amalan akak di dunia ni cukup untuk dibawa ke akhirat. Subhanallah...

    ReplyDelete
  14. Tengkorakemas : Ya lah hooo... Kita panjatkan doa ajaklah kepada yg dah pergi. Kita nak buat andaian buat sik dapat nak, perkara dah berlaku. Wallahualam.

    ReplyDelete
  15. Miecyber : Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah buat yang terkorban =(

    ReplyDelete
  16. Ajal itu pasti dan ia datang dengan pelbagai cara.

    ReplyDelete
  17. Awan : Yup! Betul kata Awan. Kita tak tau bila dan bagaimana kita dijemput. Hanya Doa saja yang mampu kita lakukan agar menghebuskan nafas terakhir dgn cara yang baik.

    ReplyDelete
  18. malang tak berbau fiza.ajal maut ditangan tuhan

    ReplyDelete
  19. Puan Kutu : Betul tu Muni. Semuanya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete