12 April 2011

:: GeLaGat Di KeDai MaKAN ::

Hola,

Kedai makan pasti sinonim bagi kita... kalau tak makan, macam manalah nak hidupkan... Bercakap pasal makan... Pasti terasa laparkan... Betul tak?


Korang lapat tak tengok hidangan KFC di atas? Heeee. Saja jer kan nak menyeksa mata. Heeee.

Tapi kan... Disebabkan lapar dan ditambah perangai kedekut tak habis-habis... Ada macam-macam gelagat di kedai makan yang pasti kita jumpa... 

Di sini Fiza ingin kongsikan satu gelagat manusia di kedai makan yang Fiza rasa amat-amat memalukan... Adalah baru-baru ni Fiza pergi makan kat Unimas... Tertengok seorang pelajar ni sambil queue ambik makanan... Mula-mula dia ambik ayam tau... Pastu dia tutup ayam tersebut dengan nasi. Selepas itu, baru dia ambik telur dan sayur diletakkannya di atas nasi itu tadi... Jadi... Bila tuan punya cafe kira... mesti murahlah kan... Sebab dia nampak sayur dan telur jer kat atas... 

Hurmmm, adakah makanan yang dimakan itu halal? Pasti tidak bukan... Kerana makanan itu dibeli dengan cara menipu... Itu satu hal...

Dulu time Fiza ambik diploma... Juga menyaksikan perkara yang sama di warung warisan namanya... Cafe yang selalu Fiza kunjungi... Sebab makanan dia sedap... Lagipun makcik empunya kedai tu pun dah kenal Fiza... Kadang2 tu... Fiza dapat discount lagi makanan... Heeee, pelanggan tetaplah katakan... Nak dijadikan cerita, disebabkan selalu sangat pekerjanya melihat kejadian pelajar menipu time ambik makanan... Ditambah pulak Fiza kaki report time tu... Adalah beberapa orang pelajar kena cekup... Kan Malu... Haaa... Tu lah akibat menipu... Nak makan pun menipu... Apa kes... Heeee.

Korang pulak macam mana, ada tak berpengalaman di kedai makan ?

Ahakksss... Tapi kan... Kalau kat KFC, ada manusia buat macam tu apalah akan jadi ek! Heee... Tapi tak mungkin berlaku... Sebabnya kita kena order dulu...

Orait! Jap lagi nak pergi makan... Lapar sudah....

23 comments:

  1. xpernah ada ape2 insiden kt kedai mkn rasanya..hehehe. tp tgk kfc tu perut lapa lerrr..haih

    ReplyDelete
  2. Amira Hilton : Hehehe, Pesti!!! Memang lapar kalau tengok KFC kan. Hee.

    ReplyDelete
  3. Laparnya tengok hidangan tu.
    Moral of the story, kalau tak cukup duit nak bayar, baik bawa bekal dari rumah saja. Lagi jimatkan daripada terpaksa menipu.

    ReplyDelete
  4. Ahakkkssss. Heee, Betul kata Awan tu. Baik tak yah makan kalau menipu kan...

    ReplyDelete
  5. dengan harga semurah rm 4.95, anda kini boleh mendapatkan set hidangan tengahari kami di kfc, bermula 12.30-3.00 petang, ayuh ke KFC!!

    ReplyDelete
  6. Tengkorakemas : Wah! murah juak tek. Heeeeeee.

    ReplyDelete
  7. kat cafe matrik iz selalu dorang buad macam tuh ..

    sebab terlalu mahal .

    kat kfc mane boley buad kak ..

    tukang order tuh yg siapkan :)

    ReplyDelete
  8. Iz : Tu lah jugak kenapa pelajar sanggup buat tanpa memikirkan halal atau haram benda yang di makn. Heee.

    ReplyDelete
  9. sabar je lah...
    ade jugak dengar2 pelajar mmng suka buat mcm tue...ish2..x baik btol..makanan haram jd drah daging kite...dosa..

    ReplyDelete
  10. Kalau McD/KFC yang ada drive thru tu boleh je kalau nak menipu. Masa tu Tira ada tengok video orang tu menipu. Haram tetap haram.

    P/s: Sorry lambat BW sebab sibuk sikit :)

    ReplyDelete
  11. Faizal Hashim : Yup! betul kata awak. Bila benda haram yang kita makan ia akan menjadi darah daging kita. Apa2 pun selamat berkenalan =)

    ReplyDelete
  12. Miss Tira : Oh! Ya. Rupanya ada jugak ek. Heeeee, lawak lah Tira ni. Takpe dear.. Jgn Risau akak tak kisah pun yang ptg Tira sudi datang jerk... Jgn risau ek... Hehee, Lucu lah Tira ni =)

    ReplyDelete
  13. salam...

    ishh..takkan makan pun nak menipu..kan jadi darah daging tuu..

    ReplyDelete
  14. Sekamar Rindu : Waalaikumussalam, itu lah yang berlaku. Kekadang kerana sesuatu manusia sanggup mengambil jln pintas tanpa memikirkan halal atau haram.

    ReplyDelete
  15. alaa..chii lapa plak tgk ayam kepci tu,,huhu..

    ishk..ada gak org wat camtu eh..ni soal makanan la..jd darah daging tu..ishk2...

    pengalaman kedai mkn? mcm xde..tp kalo kawan2 ramai la..dok blah dr kedai mkn ..setelah sejam lebih tunggu mknan x sampai2..pastu yg lgik wat terbakar ati..org yg smpai lambat..dpt makanan dulu..grrr..

    ReplyDelete
  16. Chii : Hai dear, mcm mana line tenet kat umah. Ok dah. Hurmmm, situasi mcm tu pun selalu org buat. Tapi betul lakan sepatutnya org yg dtg dulu lah dapat, ni tak org yg kemudian pulak dapat dulu. Kan pelik.

    ReplyDelete
  17. adoi mummy nk kuarlh jp lgi lpar plk tgk ayam...huhu...

    pglmn mcm tu takderla.. tpi org yg wat cmtu teruknyer...jd drh daging tau.itu sebab hati hitam.......mkn benda tak halal...

    ReplyDelete
  18. Atiey : hahaha.. Sian Mummy, lapar tgk ayam kfc. Tu lah mummy.. Time tu rasa nak tegur jer tapi takkan tak fikirkan buat benda macam tu buat dosa. Entahla mummy, biasalah manusia ni pelbagai... kalau tak takkan ada topic utk diperbincangkan kan. Heee, namun harap2 kita jgnlah bersikap demikian. Lebih baik x makan drpd mencuri.

    ReplyDelete
  19. salam..puan,

    terima kasih sudi singgah komen di blog saya yg tak seberapanya tuu..

    ReplyDelete
  20. Sekamar Rindu : Sama-sama, biasa jer SR... Kalau saya sempat singgah saya akan singgah blog kengkawan =)

    ReplyDelete
  21. jgn kata student fiza,staf navy sini pun selalu buat.pernah nmpk depan mata muni.pasal mkn pun nk menipu.isk3..

    ReplyDelete
  22. Puan Kutu : wah! lagi dasyat, Fiza ingatkan student jer buat. Assume diorang nak bajet duit. Ni org dah kerja pun buat benda yang sama. Lagi dasyat =(

    ReplyDelete
  23. mmg kurang ajar sape buat camtu...

    ReplyDelete