Hola, Hurmmm... Petang yang dingin mendamaikan... Membuatkan insan seperti daku mengelamun dan jiwang... mengingatkan insan tersayang ... A...

:: DISANGKA PENCURI ::

/
18 Comments
Hola,

Hurmmm... Petang yang dingin mendamaikan... Membuatkan insan seperti daku mengelamun dan jiwang... mengingatkan insan tersayang... Ahakkkssss... Ayat merapu kepenatan. Ngeeee.

Korang masa sekolah dulu pakai tak beg galas? 

Heee... Mestilah ada kan... Tadi time lunch hour, tengok budak sekolah pakai beg sekolah... Mestilah pakaikan... Hurmmm, Fiza suka sangat perhatikan gelagat orang sebenarnya... 

Nak dijadikan cerita teringatlah daku time study dulu... Kalau pergi ke Bandar kuching, pasti bawak beg galas... Ahaksss.... Fiza tak suka sangat bawak handbag... Sampai sekarang pun... kalau pergi shopping pun sekarang ini Fiza lebih suka bawak purse sahaja jadi peneman. Sempoikan.... Kalau ada event baru bawak handbag...

Lepas tu... suatu hari Fiza dan kawan Fiza pergi ke Satok, Salah satu pusat membeli-belah yang agak terkenal jugaklah kiranya di Kuching. Kawan Fiza plan nak beli baju kebaya sebab dia ada majlis makan malam yang bertemakan ala-ala zaman dulu-dulu lah kononnya...

Cari punya cari akhirnya jumpa jugak. Lepas tu, kami singgah sekejap ke kedai aksesori kerana nak cari eksesori yang boleh dipadankan dengan baju yang dibeli. Fiza perasan jugak jurujual dia asyik pandang kami dan gaya macam mencurigai sesuatu. Ahakkss... Fiza ni mudah sangat terperasan... Kalau tak macam mana leh jadi macam cerita di sini... Disebabkan tak ada satu pun yang berkenan, kami pun terus beredar dari situ.

Tiba-tiba jurujual tu panggil kami dengan nada yang kuat. Kami pun terkejut dan terus berhenti. Dia mengarahkan kami membuka beg dan waktu itu kawan Fiza dah mula bengang...

Akhirnya, jurujual tu pun meminta maaf sebab tersalah faham. Ada ke patut kami disangka mencuri barangnya... Hampehh betul...

Sampai sekarang dah Fiza tak pegi kedai tu... Hambik kau... Hilang customer... Hehehe. Kalau pergi Satok pasti ingat kejadian itu...

Moral of the story... Kalau nak pergi shopping jangan bawak beg besar-besar terutamanya siapa-siapa yang masih bergelar student... Karang, tak pasal-pasal disangka pencuri...

Heehe... Itu cerita Fiza...

Korang ada tak kejadian semasa shopping yang korang masih ingat sampai sekarang?



ARTIKEL LAIN DI SINI

18 comments:

  1. suka2 jek nak tuduh orang. tak ada sivik betul. -.-'

    ReplyDelete
  2. Ahakksss... Tulah manusia adik yang sentiasa berperasangka buruk terhadap orang lain. Nasib baik akak ngan kawan tak marah dia. Kalau tak malu besar dia. Heee, buat apa nak buat mcmtu kan. hehehe, tapi dek kerana serik sampai skrg dah tak pergi kedai itu.

    ReplyDelete
  3. chii pun x suka bawa handbag...rimas..pastu bahya lgik..krg kalo kena ragut..kan ke payah..

    ishk...tu la bahana bawa beg galas kan..mmg org akan syak.agaknya dorng pernah ada kes kot..tu yg dorng wat mcm tu

    pengalaman? xde..biasa2 je..tp kalo nk g beli baju..chii suka g ngan kwn..pastu time nk cuba..chii akan ajak dorang masuk skali..ahaha..org yg jaga kadang2 pelik..tp nasib baik dorang x wat spotcheck :p

    ReplyDelete
  4. Chii : Kadang tu kan Chii, jurujual ni buat kita rasa mcm xda privasi nak memilih dan tgk barang... Mesti ikut dari belakang. Akak tak suka betul mcm tu. Susah nak pilih barang... Rasa tak selesa =(

    ReplyDelete
  5. haha.. tu la..

    tp ni ok lg..
    sy dlu prnah kne tahan ng pak guard.

    cternye bile sy dh siap beli kasut, nk kuar la dr shopping mall tuh. Kitorg pn lalu la ikut pintu kluar yg ada scanner (ape nmenye ntah..)..

    sesampai kt situ, siren bunyi. mak aii.. gelabah.. haha. muka sy cuak. dlm kepala.. "aku dh bayar..bukan curik"..

    ble di cek2 rupenye dlm kotak kasut tu masih trselit alat yg mmbuatkn siren tu bunyi. spatutnya cashier kne la buang.. tp atas kecuaian die.. aku yg malu..

    huhu~ saham meruduhm jap.. hik2

    ReplyDelete
  6. Hafriz Mohamad : Haha... Lagi dasyat, siap bunyi siren lagitu. Lagi malu... Tapi takpe.. malu kejap jer. Yang penting kita tak mencuri. heee.

    ReplyDelete
  7. Perkara ni belum berlaku pada Tira lagi. Alhamdulillah. Tapi sepatutnya orang tu perlu bartanya dengan sopan dan elakkan diketahui orang lain supaya customer rasa tak malu. Professionalism itu penting dalam sesuatu situasi.

    ReplyDelete
  8. amboi2..sukanya dia nk tuduh2 org....kita bako je kedai dia..haha
    anis xpena lg la kena mcm tuh.sbb muka x mencuriga kan kot..hikhik

    ReplyDelete
  9. kesian..tak pasal2 kena.muni pun tak suka bwk beg tgn. klu kusus n blik kmpg jer kot bwk.selain tu jarang..bwk beg kecik jer,tp muat isi semua kt dlm tuh..:)

    ReplyDelete
  10. Miss Tira : Betul tu... Spatutnya mereka menjaga air muka customer. Ni tak. Sebab tu ada kedai org tak nak masuk sbb benda2 seperti inilah. Macam akak dek kerana serik sampai sekarang dah tak masuk kedai tu..

    ReplyDelete
  11. Aniswany : Amboi, muka tak mencurigakan.. Hehehe.

    ReplyDelete
  12. Puan Kutu : Tu lah pasal Muni. Serik Fiza nak pergi kedai tu dah. betul tu, jarangla sekarang nak bawak handbag pergi jenjalan... Just simple jerk. Heee

    ReplyDelete
  13. Faiz: Apa boleh buat Faiz, kalau org dah buruk sangka begitulah gayanyer. Heee.

    ReplyDelete
  14. hm..sik suka masuk kedai macam ya..bukan kamek maok curi..nangga kamek mcmla kamek maok curi..

    dua kedai jak kamek suka pergi sik ada yg maok perhati..

    kedai buku dan dvd :)

    ReplyDelete
  15. Tengkorakemas : Bena kata ktk. Lalu malas mok masuk kedai kedak ya ko. Heee, confirm sikda orang merati mun masuk kedai buku n dvd. Hee

    ReplyDelete
  16. Awan selalu guna beg sandang tepi. Jenis kain. Mesti bawa kalau kemana-mana. Suatu hari tu, Awan nak simpan kat kaunter simpan barang tapi mak cik guard tu suruh bawa saja. Sekali Awan nak masuk satu butik, disuruh plak simpan beg tu. Ada plak, satu hari tu guard lain yang menjaga, dia suruh plak Awan simpan beg walhal dalam beg Awan laptop. Sejak hari tu, Awan dah tak kunjung dah shopping mall tu.

    ReplyDelete
  17. Awan : Samalah kita, sampai sekarang dah tak pergi kedai tu.

    ReplyDelete