Hola, Selamat pagi dunia... Hari Isnin muncul lagi... Begitu cepat masa berlalu melewati usia kita ... Adakah kita menyedarinya? Ahakss......

:: AsHRaF MusLiM ::

/
16 Comments
Hola,

Selamat pagi dunia... Hari Isnin muncul lagi... Begitu cepat masa berlalu melewati usia kita... Adakah kita menyedarinya? Ahakss... Ayat poyo seawal pagi... Apa kaitannya dengan tajuk... Hehe...

Agak-agaknya kan... Korang tahu tak Siapa Ashraf Muslim? 

Ahakss... Soalan tak masuk dek akal... Siapa tak tahu tu... bukan anak Malaysia lah namanya... Siapa tak kenal Encik Ashraf Muslim, pelakon kacak lagi hebat kan... 


Pelakon ini merupakan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka dan anak sulung daripada tujuh adik beradik... Lahir pada 19 September 1981 ( Sumber : MelayuKini )... Yang kininya telah bertunang dengan Noor Dayana Lokman, Gadis berusia 24 tahun.... Bukan single lagi tau...  Hehe... Alhamdulillah... Akhirnya menjadi tunangan orang...

Fiza suka dengan pelakon ni... Suka bukan bermaksud tergila-gila... Hehe... Tapi suka dengan perwatakannya dan lakonannya... Yang berpegang kepada prinsip tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon... Satu penghijrahan sikap yang menarik bagi saya... Dan sepatutnya itulah yang berlaku... Lebih-lebih lagi Encik Asyraf Muslim ini merupakan anak sulung dalam adik-beradik... Sudah pasti peranan yang cukup besar perlu dimainkan untuk menjadi role model kepada adik-adik mahupun peminat...

Cakap pasal peminat... Biasalah peminat sekarang ni... Ramai yang fanatik dalam meminati artis sehingga terikut-ikut dengan cara artis terutamanya dari segi berpakaian... Kalau artis tu seksi, seksi jugaklah peminat... Kalau artis itu cantik bertudung, cantik bertudung jugaklah peminat... Ahaksss... Biasalah, ramai yang jadi Minah turut dan Mat turut... Heehe... ada ker Mat turut... Apa-apa jelah... Yang penting peminat fanatik lah katakan... Semua nak ikut...

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Ashraf Muslim dan semoga bahagia hingga akhir hayat... Amin.

Jom! Breakfast... Atau korang nak baca citer lain di sini... Hehee...

Fiza Breakfast dulu... Ok!

Have a nice day!




ARTIKEL LAIN DI SINI

16 comments:

  1. tula..ashraf muslim ni patut dicontohi...berhijrah kearah kebaikan..

    ReplyDelete
  2. Faiz : Betul kata awak Faiz. Sikap seperti Ashraf Muslim lah sepatutnya dicontohi oleh artis lain. Kerana mereka adalah role model kepada setiap lapisan masyarakat. Bukannya bersikap tak tentu hala...

    ReplyDelete
  3. suke sgt2 ashraf muslim...tp cdey ar die dh brtunang...kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Nabilah : Awak pun minat jugak. hehehe. Nak buat macam mana org dah tunang... Melepas lah yer. Kihkih..

    ReplyDelete
  5. memang dia tekankan konsep dakwah melalui lakonan, ilmu rawatan tradisional pun dia tau juga ni, memang sesuai dia ambil watak ustaz dalam puaka niyang rapik dolok..

    ReplyDelete
  6. Tengkorakemas : Bena kata ktk ya.. Yalah advantages yang ada pada Ashraf Muslim. Moga2 sikap nya ya dapat dicontohi dan berpanjangan hendaknya. Amin..

    ReplyDelete
  7. Semalam seharian tak jemu ulang baca artikel pasal jejaka ni, sejak akhir2 ni naik mendadak nama dia disebut2..sejuk mata memandang dia tersenyum ..

    kunjung di sini nak jemput baca

    Entri Terkini :

    Rahsia Secret Recipe Terbongkar!!!
    Join Segmen Ben Ashaari

    ReplyDelete
  8. leyzajamil : Hehe, menarik kan.. Thanks dear kerana sudi singgah di blog saya. Akan saya singgah di blog awak. InsyaAllah!

    ReplyDelete
  9. sy minat juga dgn pelakon ni..ms dia berlakon drama pendek impian illiyana dulu tu..bertuahla gadis yg dpt dia..sbb dia mcm soleh jer..

    ReplyDelete
  10. minat juga lihat dia berlakon.....
    ustaz amirul ustaz amirul.....haha

    ReplyDelete
  11. RiNa AVAIL : Hurmmm... Memang bertuahkan gadis yang mampu mencuri hati dia. Hehe

    ReplyDelete
  12. Yatie Awang : Ustaz yer. Hehe. Best kan dia berlakon.

    ReplyDelete
  13. Yang bestnya, mereka akan menikah pada 1 Syawal di Mekah tau.

    ReplyDelete
  14. minat jugak si ashraf nie..dgr cerita beliau nk berehat dr berlakon taun nie,sbb nk bg tumpuan kt klinik perubatan islam beliau..

    ReplyDelete
  15. Awan Biru : Best kan... Siap kawin kat Mekah lagi. Hehe.

    ReplyDelete
  16. Puan Kutu : Oh! ya Muni... Wah! best jugak tu kan.. Ilmu perubatan
    Islam pun beliau tahu.

    ReplyDelete