09 March 2011

SKIM RUMAH PERTAMAKU

Wah! Mesti ramai yang tersenyum lebar ni...  dengan berita Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan Oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak semalam 8 Mac 2011. Skim ini adalah satu inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berumur 35 tahun ke bawah, berpendapatan bulanan kurang daripada RM 3000 sebulan  dan boleh mendapatkan pinjaman perumahan 100% daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk membeli rumah yang berharga di antara RM 100,000 – RM 220, 000 dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun.

Sumber : Utusan Malaysia

Namun, prosedur untuk memohon Skim Rumah Pertamaku ini masih lagi belum dinyatakan. Mungkin... Kepada rakyat Malaysia berumur 35 tahun ke bawah yang berminat bolehlah melawat ke laman rasmi Cagamas Bhd di http://www.cagamas.com.my/ ataupun mendapatkan informasi mengenainya di bank dan juga insitusi kewangan yang terdapat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment