Hola, Melihat berita di dada-dada akbar, sana sini... kita melihat kes pelacuran semakin meningkat... Kekadang aku sebagai seorang perempu...

Kerana Duit Aku sanggup buat apa saja !!!

/
16 Comments

Hola,

Melihat berita di dada-dada akbar, sana sini... kita melihat kes pelacuran semakin meningkat... Kekadang aku sebagai seorang perempuan terasa malu untuk membacanya... Tapi apa kan daya, itulah lumrah kehidupan manusia sekarang yang kian maju... 

Dulu... Masa kecik-kecik, aku ingat lagi... Aku sering berangan-angan " Bestnya kalau ada duit yang banyak... Dapat beli rumah besar, dapat beli kereta besar... Dapat bagi Mak ngan ayah pergi mekah... "... Pendek kata, semuanya kita boleh dapat dengan duit... Yes! That true...

Namun, bukan mudah bagai dikata... Bukan senang untuk senang... Untuk menjadi senang, kita perlu banyak berusaha dan berdoa kepada Allah... Berusaha tanpa doa, pasti kenikmatan dirasai tidak gah di hati kita... Berdoa kepada Allah itulah intipati kejayaan kita... InsyaAllah...

Adakah kerana duit, aku sanggup buat apa sahaja... 

Penjelasannya, duit bukanlah segala-galanya bagi aku... Bagi aku perkara paling penting adalah kasih sayang... 

Dek kerana ketandusan kasih sayang dan megejar duit semata-matalah ramai manusia alpa dan jauh terpesong... 

Dek kerana ketandusan kasih sayang, ibubapa disisih seperti kain buruk... Dek kerana ketandusan kasih sayang, remaja-remaja sanggup berpeleseran... Kerana merasakan " rumahku nerakaku "... Dek kerana ketandusan kasih sayang manusia sanggup membunuh sesama insan... Subhanallah... Kenapalah semua ini terjadi? Adakah kerana manusia itu tidak ada lagi sifat kasih dan sayang?

Malah.........

Dek kerana duit, manusia sanggup menipu, 
dek kerana duit manusia sanggup bersenggeta... 
Dek kerana duit, manusia sanggup mencuri... 
Dek kerana duit, manusia sanggup merompak... 
Sudahnya... Hidup tidak menentu...

Hidup ini amat singkat untuk kita lalui... kata-kata yang sentiasa tersemat di kotak fikiranku... Kata-kata yang senantiasa menjadi panduan agar aku tidak lalai... InsyaAllah... 

Dunia semakin tua, adakah kita sedar akan itu... Sama-samalah kita fikirkan... 

Tanya sama hati, 
adakah kita inginkan terus hidup tanpa arah tuju?
 atau 
adakah kita inginkan syurga, janji Allah yang pasti? 
atau
Neraka jahanam yang sentiasa menanti manusia-manusia yang alpa?
Subhanallah

Pesanan : Sama-samalah kita beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata




ARTIKEL LAIN DI SINI

16 comments:

  1. kalau ikutkan manusia takkan puas jika hanya mengejar duit, sentiasa nak lagi,

    dalam hadith qudsi, Allah ada menyebut, Dia tidak menuntut amal hari esok, tapi manusia sentiasa mengeluh apa yg diberi-Nya hari ini

    ReplyDelete
  2. TengkorakEmas : Yup! bena kata kitak. Manusia sik pernah puas...

    ReplyDelete
  3. Carilah duit dari sumber yang halal. InsyaAllah berkat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. Mis Tira : Yup! Betul tu adik... Tak kaya pun tak apa, asalkan kita kaya dgn kebahagian...

    ReplyDelete
  5. BETUL.SOKONG.DUIT BUKAN SEGALANYA.tpi kan,orang skrg ni demi duit semua boleh.ECECEY.LEBIH2 PULAK KOMEN :D

    ReplyDelete
  6. x smua bnde bleyh dbeli dgn duit..huhu..bwt ap duit byk hati x tenang

    ReplyDelete
  7. Izyan Masri : Thanks dear, singgah dan follow blog akak. Yup! akak setuju. Itulah fenomena sekarang ni. Ramai yang terkejar-kejar dgn duit melalui pelbagai cara tanpa mengenal halal dan haram...

    ReplyDelete
  8. Kiwi : Thanks yer singgah. Yup! betul tu... Apa guna duit banyak kalau hati tak senang. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. Sal Saari : Thanks dear kerana sudi singgah dan follow blog saya =)

    ReplyDelete
  10. ooh thanks 4 ur support too..kte hargai..huhu

    ReplyDelete
  11. Kempetai sed : Welcome... No problemo. Kita kan kawan. Hehehe.

    ReplyDelete
  12. so so true!! :)

    meh ke rumah..
    ~damia same nenek~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  13. kaye mcm mane pun lau mkn duit haram kompem tak tenang hidup. kesimpulannye, cari duit dengan cara yg halal. sy nak duit banyak, tapi tak tahu bile nak dpt durian runtuh kak. hihi

    ReplyDelete
  14. Harta semakin dikumpul semakin tidak puas.

    ReplyDelete
  15. duit akan tetap habes bagi mereka yang tak tahu puas untuk mendapatkan duit

    ReplyDelete