07 March 2011

TIDUR YANG LENA

Hola,

Hurmmm, pepagi lagi dah update blog... Huahhuahhuah... Pasti ramai yang masih tidur ketika ini kan... kan...

Bukan apa saja jer nak kongsi ilmu dengan korang terutamanya pasal tidur... Hehehe. Nak dijadikan cerita... Tidur memang suatu kewajipan, betul tak? Tapi tidur gak membawa keburukan... Lebih-lebih lagi bagi yang suka tidur terus selepas makan... Ada tak yang terus tidur selepas makan? Seelok-eloknyer... Ubahlah yer perangai tu... Wah! macam paksa jer bunyi... Tak! bukan paksa tetapi demi kebaikan kita bersama... Bukannye ape... Sepanjang pembacaan saya mengenai tidur dalam pelbagai artikel, buku, majalah dan sebagainya... Saya garapkan menjadi satu... Nah! hasilnya... Menurut kajian di Jepun, kita seharusnyer menunggu sekurang-kurangnya 4 jam selepas makan sebelum tidur... Kenapa?

Kalau korang nak tahu, tidur sejurus selepas makan atau kurang daripada 4 jam mungkin meningkatkan sakit ulu hati sehingga 7.5 kali. Berbaring dengan perut yang penuh boleh merangsang kesakitan ini dan penyebab utama kepada penyakit insomnia... Maknanya kita kenalah makan sebelum jam 8 malam untuk memastikan makanan benar-benar hadam, sebelum kita tidur. Hurmmm... Tidur salah... tak tidur lagilah salah... Macam-macam gak cerita di sebalik tidur ni... Hehehe, ingat kan makanan jer ada macam-macam cerita... Hurmmm... Kalau nak tahu lagi pasal tidur... terutamanya yang suka tidur siang... korang bacalah entri ini ...

So, sama-samalah kita beringat... dan menjaga kesihatan diri kita demi orang yang tersayang.



1 comment:

  1. tapi kalo dah kena insomnia teruk xmkn byk pon xbley tido

    ReplyDelete