Hola, Alhamdulillah, suasana pagi yang menenangkan… Mesti pepagi ni ramai yang sibuk bersiap-siap nak keluar rumah dengan urusan masing-masi...

GADGET MENARIK

/
0 Comments
Hola,

Alhamdulillah, suasana pagi yang menenangkan… Mesti pepagi ni ramai yang sibuk bersiap-siap nak keluar rumah dengan urusan masing-masingkan… Apa-apa pun mulakan hari anda dengan senyuman…  dan berhati-hatilah ketika memandu… Ingatlah orang yang tersayang…  Pesanan. Penaja dari fiza…  Huahhhhuahhuahh… Tapi sebelum tu, fiza nak berkongsi sedikit tentang gadget… Apa itu gadget? Errrmm… Mesti ramai yang dah tahu kan… Tapi takpe… Bagi yang tak tahu… Biar saya terangkan…

Tapi, Sebelum tu… Korang tahu tak dari mana datang nyer istilah gadget… Hehehe. Banyak gak artikel saya baca dan banyak gak lah penemuannya… Tapi keseluruhan artikel-artikel yang saya baca menyatakan bahawa gadget adalah istilah yang berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud alat elektronik kecil yang mampu membuatkan hidup manusia lebih efektif di alam fana ini… Nahhh… Dah terjawab bukan…

Salah satu gadget menarik bagi saya ialah Fitbit seperti di dalam gambar di sebelah… Alahai! Cute nyer Mr. Fitbit ni kan…Kalau korang nak tahu... Fitbit ni adalah sebuah alat pengukur yang boleh memantau seberapa aktif kehidupan yang kita jalani dan juga kita boleh mengetahui berapa banyak kalori yang terbakar sepanjang hari... Ermm... Bagi yang nak mengurangkan berat badan tu... Bolehlah membeli gadget ni... Harganya pun murah, sekitar RM300+... Berpatutan dengan bentuknya yang kecil-kecil cili padi... yang mana senang untuk di bawak  dan selesa untuk dipakai sepanjang hari samaada dipasang dibahagian seluar ataupun di dalam poket. Hmmm... Kecil dan berguna... Itulah yang dapat diperkatakan mengenai apa yang menarik dengan Mr. Fitbit.... Tapi kalau korang nak tahu cara lain bagaimana nak kurangkan kalori... Bolehlah... klik di sini.


Gadget yang kedua yang membuatkan saya tertarik ialah Berus gigi berdiri... Rasanya, saya ada terbaca gak serba sedikit artiket tentang gadget ni di dalam blog salah seorang ahli blogger kita... Borakkosong.com... Dan saya pun gak ada salin gambar di sebelah... Hehehe, nak kasi korang tengok... Macam mana rupa bentuk gadget yang kedua... yang membuatkan fiza tertarik... Thanks borakkosong.com... Kalau korang nak tahu... Pereka berus gigi berdiri ini adalah Hyun Jin Yoon dan Eun Hak Lee... dari Ryan Hac, Korea Selatan... Tujuan utama mereka menciptakan berus gigi ini adalah untuk membantu menjamin kebersihan berus gigi daripada terkena kotoran yang melekat di singki bilik air... Nahh... Sungguh bijak mereka bukan... 



Kemudian, fiza tertarik gak dengan satu gadget ni... Hehehe. Nanti ada baby nak belilah... Huahhhuahhuaahhh... Apa-apa pun, gadget yang saya maksudkan ialah Mesin pengesan punca bayi menangis. Nah! Sekarang tangisan bayi pun kita boleh kesan...


Sepertimana yang kita ketahui menangis adalah 'bahasa' bagi seseorang bayi... Namun apa yang menjadi masalah ibu bapa ialah tidak berupaya untuk memahaminya... Betul tak ibu  bapa sekalian... Hehehe... Ada ker ibu bapa yang nak baca blog saya... KuikuiKui... Takpelah...  Seperti yang kita ketahui... nak jaga seorang bayi ini... Susah gak mak saya cakap... Hehehe, bukan saya cakap ek... Yelah! bayi... Kalau lapar... nangis... nak menyusu... nangis... Nak tido pun menangis... Mahunya kita stress... Lebih-lebih lagi bagi yang baru bergelar ibu... Wah! macammana lah perasaan bergelar ibu eh... 

Mesti seronok dan lebih seronok lagi kalau ada gadget ini... Yelah! dengan gadget Why Cry Baby Analyzer dalam bahasa omputehnyer... Kita boleh mengesan punca tangisan bayi... Hanya 20 saat sebelum keputusan menunjukkan sama ada tangisan berpunca daripada stres, mengantuk, lapar, bosan ataupun marah... dan ia juga hanya menggunakan empat biji bateri AAA. Gadget ini hendaklah diletakkan pada jarak satu hingga enam kaki daripada bayi bagi mendapatkan keputusan yang tepat... Wah! Hebat kan... Apalagi... Ibu bapa sekalian... Trylah cari di pasaran... Hehehe. Untuk orang dewasa takde ker?... Wallahualam... Akan ada nanti kot... Almaklumlah sekarang teknologi semakin pesat membangun... 

Baiklah... Seterusnya... Saya jugak tertarik dengan satu gadget ni... Iaitu Helmet Teknologi GPS... Wah! helmet pun ada gadget gak ek sekarang.... Kalau korang nak tahu... Ia dilengkapi dengan teknologi GPS, kamera video dan bluetooth. Malah ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan khas iaitu lapisan air dan nitrik di mana berfungsi memberi kesan penyejukan apabila berlaku kejutan mahupun pelanggaran secara tiba-tiba... dan mampu bertahan selama 45 minit... Pencipta helmet ini adalah Therma Helm... Wah! kalau gitu... Nanti ramailah mat rempit dan minah rempit membeli helmet ni...Yelah! dah helmet ni ada alat keselamatan yang begitu canggih... Tak ker parah nanti tu... Hehehe... Just joking... Tapi betullah kan... Apa-apa pun... Bak kata Nabil... Lu pikirlah sendiri.. Bukan saya kata ek... Huahhhuahhuaahhh...

Orait... Itulah antara gadget yang menarik perhatian saya. Banyak gak lah kebaikan gadget-gadget yang ada di pasaran sekarang ni, sekiranya kita menggunakannya dengan etika yang betul... Semuanya about Choice... Kita semua ada pilihan... Pilihan terletak ditangan kita... Bukan orang lain yang menentukan pilihan untuk kita... Cis! terselit gak kata-kata semangat saya kat sini yer... Apa-apa pun berfikirlah sebelum bertindak... 

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam :)




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: