Hola, Lama dah tak join segmen Abg Ben... Malam ni terasa lak nak join... Segmen malam ini berkisar tentang Ibu...  Kalau Aku panggilan b...

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

/
12 Comments

Hola,

Lama dah tak join segmen Abg Ben... Malam ni terasa lak nak join... Segmen malam ini berkisar tentang Ibu... 

Kalau Aku panggilan bagi ibu adalah emak... Emak dan ayah adalah segala-galanya buat aku... Kisah atau kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah tanggal 9 Feb 2011, nak tahu ceritanya klik di sini... Emak mana tak sayangkan anak... Kami sekeluarga menerima satu berita yang amat mengejutkan... Angah sakit tenat di Pahang...Sebaik jer dengar berita angah sakit... Emak hampir-hampir pengsan... Aku pun terus menelefon ayah yang bekerja di Bintulu agar segera balik... Petang 1 Feb jugak ayah balik...

Tanggal 2 Feb, emak dan ayah segera ke Pahang... Entah ketika menghantar mereka di airport Kuching, aku terasa sayu dan hiba melihat kedua orang tuaku yang sanggup pergi jauh semata-mata kerana anak... Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan semata-mata untuk kepentingan anak-anak... 

Genap 7 hari berada di hospital Pahang... Aku dan adik-beradik lain dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan... Angah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya... 

Emak bagaikan tidak dapat menerima kehilangan Angah... Kami terlalu rapat, setiap masalah akan kami ceritakan kepada emak dan ayah... Mereka adalah segala-galanya buat kami... Merekalah cahaya, merekalah buahhati kami, merekalah pengikat kasih di antara kami adik-beradik... Aku terlalu menyayangi mereka... Kasih sayang yang mereka berikan tidak ternilai oleh wang ringgit...

Aku amat rapat dengan kedua-duanya... Namun aku lebih banyak berkongsi cerita dengan emak, lebih-lebih lagi pasal perempuan... Kalau ada kemusykilan pasal lelaki lak... Aku rujuklah pada yang pakar... Sapa lagi kalau bukan ayah...

Ya Allah! Aku terlalu menyayangi mereka berdua... Aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan usia supaya dapat menjaga kedua orang tuaku sehingga ke akhir hayat mereka... Simpang malaikat 44, aku tak nak hantar mereka ke rumah orang tua... Kenapa seorang Ibu boleh menjaga 10 orang anak? dan kenapa 10 orang anak takleh jaga sorang ibu? Hurmmm... Fikir-fikirkan lah... 

Wahai sahabatku sekalian, bersama-samalah kita beringat... Jangan dek kerana harta orang tua, kita bercakaran... Harta tak ke mana, hanya kasih sayang saja adalah anugerah terhebat yang kedua org tua kita berikan... Jagalah dan bajailah sehingga subur ke anak cucu....




ARTIKEL LAIN DI SINI

12 comments:

  1. m!3yr4h_LolLy : Thanks kerana singgah dan baca entri saya dear.. Thanks also sebab follow blog saya. Slmt berkenalan :)

    ReplyDelete
  2. Semoga kamo dpt bahagiakan emak dan ayah..Amin..

    ReplyDelete
  3. Puan Kutu : Thanks yer puan di atas kata2 semangat yang puan berikan :)

    ReplyDelete
  4. Thanks naqiah singgah di blog saya :)

    ReplyDelete
  5. syurga dibawah telapak kaki ibu..hargailah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada... =D

    ReplyDelete
  6. Cik Sue : Thanks cik Sue di atas kata2 dan ingtan yang cik su hulurkan :)

    ReplyDelete
  7. salam singgah!
    saya pun sayang mak
    tapi Allah lebih menyayangi mak
    mak dah pergi tinggalkan saya..

    ReplyDelete
  8. selamat berkenalan.
    singgah dari segmen BA n terus follow kamu ^^

    seorang ibu sanggup menggantikan tempat anak kalau itu bukan mustahil..
    sayang tak sempat nak join segmen ibu

    jemputlah singgah
    http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/love-sweetheart-ben-ashaari-vs-arnold.html

    ReplyDelete
  9. Mas saari : Thanks awak. Berbanyaklah bersabar dan sedekahkan al-fatihah buat mereka agar ditempatkan di kalangan org beriman.

    ReplyDelete
  10. Diari_Selebriti-Mama: Thanks Kerana singgah dan follow blog saya. Slamat berkenalan... Hehehe, tungguu.... Saya akan terjah blog awak :)

    ReplyDelete