Hola, Selamat pagi semua, pasti ramai yang sibuk berkemas untuk keluar mencari rezeki, betul tak? Hurmmm... Tapi lain pulak dengan saya, se...

ADAKAH ANDA TAHU?

/
0 Comments
Hola,

Selamat pagi semua, pasti ramai yang sibuk berkemas untuk keluar mencari rezeki, betul tak? Hurmmm... Tapi lain pulak dengan saya, sempat lagi nak update blog... Kwuang... Kwuang... Kwuang.

Yer ker?Bukan autopublish ker entri ni... Hehehe. Korang tahu tak macam mana nak autopublish entri... Hurmmm... Semalam saya try wat autopublish untuk entri ni dan saya nak kongsikan ilmu ini dengan korang. 

Baiklah, sebelum tu... Autopublish ialah entri yang kita dah siap taip tapi tak nak publish terus... Tapi, nak publish bila-bila masa terutamanya time kita sibuk dan tak sempat nak buat entri... Maknanya kita leh simpan entri tu sebelum dipublish. Hehehe, ia akan secara automatik publish kat blog kita dengan cara setkan masa untuk entri tersebut. Macam mana nak buat?

Ok, pertama sekali korang taip dulu entri siap-siap. Pastu, setelah double checking ur entry... Cheewah! pegi kat Post Option macam dalam gambar ( 1 ), Taraa... Keluar gini haa...


Kemudian, Langkah yang kedua, setkan masa yang korang suka... agar entri yang kita buat publish secara automatik mengikut masa yang telah kita setkan di bahagian Scheduled at seperti dalam gambar di bawah ... Tukar je bila korang nak publish... 



Hehehe, Senang jer kan nak buat... Selamat mencuba dan kepada yang nak keluar rumah tu... Berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: