Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua, Hari ni saya ada kenalan baru... Mr. Fahmie Firas ... Jangan Jeles... Hehehe. Dia merupakan Pemil...

Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua,

Hari ni saya ada kenalan baru... Mr. Fahmie Firas... Jangan Jeles... Hehehe. Dia merupakan Pemilik blog " Bicara hati seorang Lelaki ". Dari blog Fahmie pulak saya mengenali blog hasrolhassan si empunya segman " Berkongsi trafik dari Bangku Kosong ". See, dari satu blog ke satu blog kita boleh berkenalan... Betul tak? Seronok tak?

Pasti!!! Seronok kan...



Dalam segmen ini ada soalan yang perlu dijawap iaitu "mengapa perlunya trafik atau pengunjung ke blog saya?" Kalau korang nak join gak... Klik sini ek...

Ok, pertama sekali... Saya ingin mencari seramai mungkin kenalan... Bukan nak cari lawan... Tapi nak cari kawan... That why kenapa perlunya pengunjung ke blog saya.

Kemudian... Saya berharap dengan adanya pengunjung ( trafik ) ia sikit sebanyak akan menaikkan semangat saya untuk terus berblogging... InsyaAllah...

Seterusnya... Seperti yang kita ketahui... Proses pembelajaran tidak berhenti begitu sahaja selepas habis zaman sekolah... Melalui blog dan trafik, saya boleh mempelajari sesuatu daripada pengunjung saya melalui komen2 yang mereka berikan...

dan yang terakhir, seperti kata Fahmie Firas, kalau ada rezeki... dengan adanya pengunjung ke blog saya... Maka  besarlah peluang untuk dapat BE... Yang itu, biarlah... Kalau ada rezeki kita, tak kan ke mana gak kan... Yang penting kita happy dan santai dengan blog... 

Wah! Lebih daripada 100 perkataan ni... Ok! stop kat sini yer... Jom kita ramai-ramai gegar blog Bangku Kosong...

Orait... Have a nice day... 
Jom.... Sebarkan info ini dengan kengkawan... 

Hola, Hehehe, hari ni happy bangat dapat jumpa adik ... lama dah tak jumpa dia walaupun tinggal kat kuching... Dia kat umah mak mertua dia...

Hola,

Hehehe, hari ni happy bangat dapat jumpa adik... lama dah tak jumpa dia walaupun tinggal kat kuching... Dia kat umah mak mertua dia... Aku lak tinggal kat umah mak mertua aku... Almaklum jelah kerja punya pasal... Walaupun sekejap. Tapi bermakna bagi aku... Hehehe.

Ni dia Gambar adik  ngan anak dia... Cantik tak? Cute tak anak dia? Hehehe.


Jumpa dia... Mesti kitorang gelak... Ingat masa kecik2 kami berdua kuat gaduh... Setiap kali gaduh mesti aku akan kata kat dia " Aku Tumbuk kang... " macam gengster... Pernah sekali tu... Gara-gara berebut keropok... Aku betul-betul tumbuk dia... Naik lebam mata dia... Masa tu mak aii, mak marah sesangat ngan aku... Satu hari aku tak diberi makan... Sian kan...

Tulah, siapa suruh jahat sangat. Sejak hari tu, aku dah tak buat dah... Serik weii... Hehehe... 

Kenangan yang terindah... Pasti tidak akan dapat dilupakan... Korang pun mesti gak ada kenangan kan masa kecik2... Hehehe.

Orait... Short update for today again...

Hola, Hari Khamis datang lagi... Esok dahh... hari Jumaat... Cepatnya masa berlalu tanpa disedari ... Sekarang ni dirasakan masa begitu cep...

Hola,

Hari Khamis datang lagi... Esok dahh... hari Jumaat... Cepatnya masa berlalu tanpa disedari... Sekarang ni dirasakan masa begitu cepat berlalu kan... kan!


Adakah kita pernah merasakannya?

Itu tandanya dunia semakin tua... Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi khiamat yang pasti? Masing-masing ada jawapannya bukan...

Yang Pasti kita akan menemui Allah jua suatu hari nanti... Bagaimana? 

Setiap daripada kita yang bergelar insan pasti akan mati... Namun kita tidak tahu bila dan bagaimana cara kita akan menemuiNya Yang Esa... Adakah mati dalam keadaan sakit? Adakah mati keranaan accident? Adakah mati kerana bunuh diri? atau sebaliknya... Wallahualam...

Bercakap pasal kematian... semalam adik ipar saya bercerita...  Ada seorang budak... Tak tau samaada lelaki atau perempuan, sebab pihak Bomba tengah mencari time adik ipar saya balik dari kelas, so tak taulah ceritanya sangat... telah mati membunuh diri di tasik Unimas

Setahu saya tasik tu tempat aktiviti sukan air... Boleh tahan jugaklah dalamnya... Kenapa bunuh diri? Menurut adik ipar saya... Dengar cerita... budak tu stress sesangat... kenapa stress? jugak tidak diketahui.... Ada yang kata stress kerana study... Ada yang kata stress kerana putus cinta... Wallahualam... Tapi, hari ini mungkin akan diketahui cerita penuhnya kot... Hehehe.

Tragis kan kematiannya... Mati bunuh diri... Ngeri mendengarnya bukan... Berdoalah agar kita tidak  melakukan perkara sebegini... Sesungguhnya Allah tidak menyukai perkara sebegini...

Yelah! memang senang bagai dikata... Sebab kita tidak menghadapinya... Namun, bagi saya... kenapa kita harus berfikiran sempit dan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah...

Hidup tanpa masalah... Bukan hidup namanya beb... Ketahuilah, masalah yang datang adalah cara Allah untuk menguji sejauh mana keimanan umatnya. Orang yang beriman pasti tidak akan mengambil jalan mudah... Fikir-fikirkan lah...

So, sama-samalah kita fikirkan dan beringat... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, yang penting hadapinya dengan tenang, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikannya... Bukan mengambil jalan yang mudah... 

Yeah!!! Give me 5... have a nice day!

Hola, Selamat malam semua... Short update for this night ... Hehehe Tak mau cakap manyak2... Cukup 5 perkataan sahaja untuk sehari yer.....

Hola,

Selamat malam semua... Short update for this night... Hehehe


Tak mau cakap manyak2... Cukup 5 perkataan sahaja untuk sehari yer... Kelak tak pasai2 pening kepala... Tak mau gitu... Mau ilmu tapi santai... Betul tak? 

Yeah!!! Ilmu itu penting... Belajar selagi hayat dikandung badan... Tak gitu... Hehehe.



Hola, Sambil duduk minum susu dan makan sandwich kegemaranku... Aku berjalan-jalan di alam maya, membaca komen dan terjah blog kengkawan.....

Hola,

Sambil duduk minum susu dan makan sandwich kegemaranku... Aku berjalan-jalan di alam maya, membaca komen dan terjah blog kengkawan... Hilang jugak kepenatanku seharian... Semangat weii... Tak sah kalau tak update blog, betul tak?... Hehehe. 

Kempetai Sed !!!

Wah! Biji mataku terpaku seketika... Uniknya nama. Kempetai Sed... Hehehe, kerana terpaku itu, aku telah menjadi followernya yang ke... Biarlah rahsia. Kalau korang nak tahu... Terjahlah sendiri ek...  Hehehe.

Petang yang dingin lagi mendamaikan ini membuatkan aku bersemangat untuk mengemaskinikan blog yang simple mimple ini... Semangatttt... walaupun follower tak ramai mana... Heeeeeee...

Takpe, yang penting semangat dan usaha perlu ada. Betul tak? dalam kehidupan seharian pun kita perlu bersemangat... Jangan dek kerana gagal sekali, kita terus jatuh... 

Jangannn... Itu sifat orang yang lemah namanya... Aku pun pernah gagal... Dulu, masa first year study kat Unimas  Aku pernah gagal.... Why?

Aku terlalu sedih masa tu... tidak dapat menerima pemergian nenekku... Dia pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya pada 17/7 tahun... Biarlah rahsia... bayangkan 9 bulan aku tak bekerja semata-mata menuruti kemahuannya yang meminta aku untuk berhenti kerja dan membantu emak menjaganya... Masa tu aku jadi jurulatih PLKN untuk modul pembinaan karaktor jer...

Siapa tak sedih... 9 bulan weii, siang malam berada di sisinya... Kemudian, kebetulan aku menerima tawaran masuk Unimas pada hari yang sama... Kebetulan... Ya Allah!... Dugaan yang maha besar bagiku... Namun, aku gagahi jua untuk melangkahkan kaki ke universiti... Itulah harapan orang tuaku...

First semester... Aku tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran kerana masih terkenangkan nenek... Walaupun, pada masa itu tunang sentiasa memberi semangat... Aku still lemah untuk menghadapi hari-hariku sebagai seorang pelajar.. Akhirnya result semester yang aku perolehi... Lulus Bersyarat... Nasib baik tak gagal berhenti... Nah! Allah ingin tunjukkan sesuatu untuk aku pelajari... 

Namun, aku tidak berputus asa... Ini semua atas sokongan yang diberikan oleh keluarga dan suamiku... I love my family... Thanks sayang... I love u all so much...

Adus! panjang nyer citer aku... Hehehe.

Itulah dia kegagalan yang pernah aku hadapi... Nasib baik ada orang sokong, kalau tak dah lama daku tersungkur... Heeeee.

Pengajarannya : Kita mesti sentiasa bersemangat. Gagal sekali bukan beerti gagal buat selama-lamanya. Allah tidak zalim dengan hambanya. Terima dugaan yang datang samaada yang positif atau negatif dengan hati terbuka. Mungkin ada sesuatu yang ingin Allah tunjukkan untuk kita pelajari...

So, enjoy ur life... U have a choice untuk menjadi insan yang terbaik...

Hola, Melihat berita di dada-dada akbar, sana sini... kita melihat kes pelacuran semakin meningkat... Kekadang aku sebagai seorang perempu...


Hola,

Melihat berita di dada-dada akbar, sana sini... kita melihat kes pelacuran semakin meningkat... Kekadang aku sebagai seorang perempuan terasa malu untuk membacanya... Tapi apa kan daya, itulah lumrah kehidupan manusia sekarang yang kian maju... 

Dulu... Masa kecik-kecik, aku ingat lagi... Aku sering berangan-angan " Bestnya kalau ada duit yang banyak... Dapat beli rumah besar, dapat beli kereta besar... Dapat bagi Mak ngan ayah pergi mekah... "... Pendek kata, semuanya kita boleh dapat dengan duit... Yes! That true...

Namun, bukan mudah bagai dikata... Bukan senang untuk senang... Untuk menjadi senang, kita perlu banyak berusaha dan berdoa kepada Allah... Berusaha tanpa doa, pasti kenikmatan dirasai tidak gah di hati kita... Berdoa kepada Allah itulah intipati kejayaan kita... InsyaAllah...

Adakah kerana duit, aku sanggup buat apa sahaja... 

Penjelasannya, duit bukanlah segala-galanya bagi aku... Bagi aku perkara paling penting adalah kasih sayang... 

Dek kerana ketandusan kasih sayang dan megejar duit semata-matalah ramai manusia alpa dan jauh terpesong... 

Dek kerana ketandusan kasih sayang, ibubapa disisih seperti kain buruk... Dek kerana ketandusan kasih sayang, remaja-remaja sanggup berpeleseran... Kerana merasakan " rumahku nerakaku "... Dek kerana ketandusan kasih sayang manusia sanggup membunuh sesama insan... Subhanallah... Kenapalah semua ini terjadi? Adakah kerana manusia itu tidak ada lagi sifat kasih dan sayang?

Malah.........

Dek kerana duit, manusia sanggup menipu, 
dek kerana duit manusia sanggup bersenggeta... 
Dek kerana duit, manusia sanggup mencuri... 
Dek kerana duit, manusia sanggup merompak... 
Sudahnya... Hidup tidak menentu...

Hidup ini amat singkat untuk kita lalui... kata-kata yang sentiasa tersemat di kotak fikiranku... Kata-kata yang senantiasa menjadi panduan agar aku tidak lalai... InsyaAllah... 

Dunia semakin tua, adakah kita sedar akan itu... Sama-samalah kita fikirkan... 

Tanya sama hati, 
adakah kita inginkan terus hidup tanpa arah tuju?
 atau 
adakah kita inginkan syurga, janji Allah yang pasti? 
atau
Neraka jahanam yang sentiasa menanti manusia-manusia yang alpa?
Subhanallah

Pesanan : Sama-samalah kita beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata


Hola, Short Update again for today ... Hehehe, tak mau cakap manyak2... Jom ramai-ramai pakat join  Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong!   d...

Hola,

Short Update again for today... Hehehe, tak mau cakap manyak2... Jom ramai-ramai pakat join Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong! di sini 



Jom!! Sama-sama kita gegarkan dunia blog dengan mencari kawan seramai mungkin... Bukan mencari lawan...Hehehe.


Sesungguhnya hidup ini amat singkat untuk kita lalui... Pasti!!! 

So, Enjoy ur life...

Hola, Selamat Pagi semua... Short update again ... tak tahu nak kata apa, ini kes balas balik punya cerita... Hahaha. Semalam Puan Kutu t...

Hola,

Selamat Pagi semua...

Short update again... tak tahu nak kata apa, ini kes balas balik punya cerita... Hahaha. Semalam Puan Kutu tag saya untuk join segmen ini... Apalagi... Jom join sama di sini ! Syarat-syaratnya pun mudah sahaja... 


Penganjurnya pulak seorang isteri yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Marilah berkenalan dengan Puan Yuyu kita... Hehehe

Hurmmm, kali ini saya nak tag si adik manis Cik Nurul dan Hasrol... Si empunya blog TengkorakEmas... Walaupun nama blog TengkorakEmas, tapi orang nyer baik gilak ( sangat )... Siaplah korang wat tugasan dari saya... Hehehe.


Yeah! Tugasan dari Puan Kutu siap sudah...

Pesanan : Jom! Ramai-Ramai kita join segmen Puan Yuyu... Hahaha, Bukan Yuyu Zulaikha yer... 

Hola, Short update again ... Ni Adik EjaLuqman punya pasal... Petang tadi before nak mandi, haipp... Check comment , mak aiii... Saya tel...

Hola,

Short update again... Ni Adik EjaLuqman punya pasal... Petang tadi before nak mandi, haipp... Check comment, mak aiii... Saya telah di tag rupanya... Takpe, adik punya pasal saya sahut cabaran itu... So, Saya pun join ini segmen...


Klik pada banner untuk Join 

Hurmm. apa yang menarik tentang blog ini ialah pertama, warna templatenya yang menarik, sudah semestinya berwarna pink... Menarik dan kemas. Pendek kata, sedap mata memandang gitu...

Pastu lak saya nak tag... Hurmmm.... Chii... dan Puan Kutu.  Minta maaf yer Chii...yer Puan kutu Hehehe.

Pesanan : Pada sapa yang nak join... Jom! kita sama-sama memeriahkan dunia blog...


Hola, Pasti hari ini ramai yang sibuk seperti semalam... Almaklum jelah, hari-hari bekerja... Namun, di sini saya ingin kongsikan kepada se...

Hola,

Pasti hari ini ramai yang sibuk seperti semalam... Almaklum jelah, hari-hari bekerja... Namun, di sini saya ingin kongsikan kepada semua tip untuk dijadikan santapan minda... Hurmmm, apa lagi kalau tidak tip memilih kasut... kasut siapa?... 

Hohoho, kali ini saya ingin kongsikan tip memilih kasut kanak-kanak... Ni pun cadangan yang saya dapat daripada salegirl kat Wisma Satok, Kuching time beli kasut anak saudara hari tu... tapi lupa nak kongsikan... Takpe... tak terlambat pun... Ilmu ni dah save permenantly kat otak dah.. Nanti ada anak tak susahlah nak pikir macam mana kasut yang sesuai untuk dibeli... Hehehe.


Kebiasaannya lah kan... Bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas kaki tetapi juga membantu pembentukkan otot dan tulang kakinya yang masih sangat sensitif... Alah! kita orang dewasa pun sama sebenarnya, betul tak?... 


Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan motivasi anak untuk berjalan... Hurmmm, fakta ini saya rasa ada benarnya... Cuba kita tengok diri kita, takyah tengok pada kanak-kanak pun... Hehehe, kekadang ada kasut yang membuatkan kita tidak selesa apabila kita memakainya... Tapi, tidak mendorong kita untuk tidak berjalan... Sebaliknya... Mendorong kita untuk membeli yang baru... Hahaha... Betul tak?

Berbalik kepada bual bicara kita, untuk memilih kasut anak-anak, pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi... Maksimum 1 sentimeter.

Pasal ukuran pulak, ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak dari tumit hingga ke hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa... Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah... 

Lebih kurang gitulah tip yang dikatakan kepada saya.

Orait... Simple info for u all....

Selamat mencuba dan Have a nice day!

Hola, Short update ... Pasti hari ini yang indah lagi menyibukkan... Kita tercari-cari sesuatu untuk dijadikan santapan minda... Hurmmm, ap...

Hola,

Short update... Pasti hari ini yang indah lagi menyibukkan... Kita tercari-cari sesuatu untuk dijadikan santapan minda... Hurmmm, apa lagi kalau tidak ke blog... 

Hari ini dan kali ini, saya ingin kongsikan perkataan baru Bahasa Melayu Sarawak dengan korang... So lepas ni... Awan Biru, Puan Kutu, Wahida dan Chii bolehlah bercakap dalam Bahasa Sarawak kalau selalu ke sini... Hehehe, mereka-mereka ini adalah orang-orang yang suka mengusik saya di comment dan tidak kurang juga pernah mempelajari Bahasa Sarawak suatu ketika dulu... Tapi dah lupa dek kerana takde teman untuk berbicara dalam Bahasa Sarawak...

Oh! yup, kalau korang nak tambah kawan dari Sarawak... Korang berkenalanlah dengan Tengkorakemas, baik dan ramah orangnya... Tak caya terjahlah blognya... Hehehe.

Ok! perkataan baru yang ingin saya kongsikan untuk hari ini adalah seperti berikut :-

Macam mana? Ok tak ? Hurmmm... Pasti ada yang kata susah kan... Hehehe, jangan risau... Step by step, pasti boleh....


Orait... Have a nica day !

Hola, Hahaha... Tu dia gambar fizalinolie tanpa sebarang make-up di muka... Natural gitu... Tak cantik kan ... Hehehe, Haritu ada yang nak...

Hola,

Hahaha... Tu dia gambar fizalinolie tanpa sebarang make-up di muka... Natural gitu... Tak cantik kan... Hehehe, Haritu ada yang nak berkenalan dengan lebih dekat kan dengan saya... dan ada gak yang tanya kenapa nama saya fizalinolie... Hehehe.

Yang boleh saya bagitau... Nama saya Norfizah actually... Saya berasal dari Sarawak... Tarikh lahir... Rahsia kerajaan... Nanti ramai lak yang bagi hadiah time birthday... Kuikuikui... Ada ker yang nak bagi hadiah... hehehe, Dah! Cukup... 

Kenapa nama saya fizalinolie dalam dunia blog?

Actually, ada kisah disebalik nama tu... Dulu form 5, adalah seorang cikgu yang cukup handsome di mata kawan-kawan saya... Mereka minat giler ngan cikgu tu... Tapi saya tak termasuk ek... 

Suatu hari cikgu ni suh emak saya menjahit baju sulam melayu dia... Entah! dari mana dia tahu mak menjahit pun saya tak tahu... Dek kerana baju tulah dia selalu menelefon ke rumah berbual dengan saya... Mula2 tu tak lah hairan sangat... Sebab baju belum siap, pasti dia menelefon ke rumah bertanyakan dah siap ke belum... Tapi, setelah siap pun... Dia still menelefon ke rumah malam2 bertanyakan khabar, tengah buat apa... Mak aii... Mak pun naik risaulah... hari-hari tu, kekadang boring gak...

Sampailah satu tahap... Perghhh!!! rahsia kerajaan cikgu itu pecah dek kerana seorang cikgu Bahasa Melayu saya... Dia Dok perli jer dalam kelas... " Semalam adalah tu orang bergayut dengan cikgu toootttt "... Selepas tu... Entah! dari mana kawan-kawan tahu, saya pun tak tahu... Malas nak ambik pusing... Sampailah ada kawan ni siap gabung nama saya ngan cikgu tu... Jadilah fizalinolie ( fiza panggilan cikgu2 kat sekolah, li akhiran nama cikgu tersebut... Takyah mention kat sini nama cikgu tu... kang ada tukang report, naya kita... Hehehe, cikgu tu dah kawin dah sekarang, ada 4 orang anak dah... Nolie pulak panggilan nama manja kat rumah )... 

Gara-gara hal tersebutlah ramai yang tak suka ngan saya... Sebab cikgu tu ramai peminat kat sekolah... Al-maklum jelah, cikgu handsome katakan... Tapi bagi saya... Saya menganggap dia tidak lebih daripada seorang guru... Tapi lain pulak tanggapan kengkawan... 

Tulah dia... Bila kita beranggapan buruk terhadap orang lain, maka wujudlah ketidakpuasan hati...

Kenapa saya still menggunakan nama itu... Walaupun masa sudah berlalu?

Mesti korang ingat, saya memang ada hati dengan cikgu tu... Tidak sama sekali ok... 100% tidak... Ikhlas dari hati ini... Masa sekolah menengah dulu mana ada pikir cintan-cinton... Budak baiklah... Kuikui... 

Itu kenangan lalu... Tapi fizalinolie juga adalah gabungan nama saya.... Seperti saya katakan tadi fiza panggilan di sekolah... Norlie panggilan di rumah... Tetapi kekadang tu ada jiran panggil saya li sahaja... So, saya kekalkan lah nama tu... Bukan ada perasaan ok dengan cikgu tu... Yang penting sekarang saya ada buah hati yang amat-amat saya cintai...  Hurmmm, cukup kot takat tu citer saya... Takleh lebih2... Naya nanti... Hehehe.

Apa2 pun kenangan masa sekolah amat menyeronokkan.... Saya pasti... Korang pun ada kisah tersendiri pada zaman sekolah rendah dan menengah... Betul tak?

Orait... Have a nice day!

Hola,  Semenjak berblog ini… ramai kawan baru yang aku kenali dan pelbagai ilmu yang aku pelajari daripada mereka… Alhamdulillah…dan sal...

Hola, 


Semenjak berblog ini… ramai kawan baru yang aku kenali dan pelbagai ilmu yang aku pelajari daripada mereka… Alhamdulillah…dan salah satu aktivitiku malam ini ialah berjalan-jalan di alam maya menziarahi kawan-kawan blogger yang lain… Hehehe. Tetiba aku tertarik dengan satu entri di blog adik blogger kita ni… yang sentiasa mengunjungi blog aku… Siapa lagi kalau bukan Adik Awan Biru



Hurmmm, pasti korang rasa tak nak berkawan dengan dia kan… Yelah, Nampak dari gambar ni pun punyalah hodoh, pendiam dan garang… Tapi, itu semua gambaran semata-mata… 

Hakikatnya, Awan Biru seorang yang cukup bersopan-santun dan pandai bermadah… Bait-bait kata-katanya mampu menyejukkan hati yang gundah-gulana… 

Chewah! Aku pulak bermadah…  Hehehe, Kalau korang tak caya, jadilah kawan dia...

Pastu pulak, Best entri dia hari ini adalah mengenai luahan hati yang menyintai seseorang dalam diam… Pasti ramai yang berperasaan sedemikian… Betul tak?

Alah! Senang bangat kalau nak  luahkan perasaan kepada perempuan ni… tanyalah mana-mana perempuan, pasti mereka akan mengiakan apa yang aku coretkan di sinidi mana Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. 

Bagaimana?
Alah… Kan sekarang teknologi pelbagai… Gunakanlah sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling tidak pun say hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kita. Bagi perempuan, walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga… Kalau tak caya… tanyalah mak korang… Pasti mereka mengiakannya...


Hahahaa… Yang ni paling penting… Jangan kedekut memberi pujian kepada perempuan kerana mereka berhak mendapat pujian. Perempuan memang pantang dipuji… Betul tak? 


kalau nak tahu, tulah antara cara suamiku dulu meluahkan perasaan... Hehehe...
Adus! Panjang giler entri aku malam ni… Hurmmm, Nantilah ek! kalau nak tahu tip meluahkan perasaan seterusnya… Nak wat air susu jap... Haus...

Hola, Selamat petang semua, pasti ada yang baru sampai kerumah time ginikan... Hurmmm, entri aku kali ini berkaitan gegar blogger baru yan...

Hola,

Selamat petang semua, pasti ada yang baru sampai kerumah time ginikan... Hurmmm, entri aku kali ini berkaitan gegar blogger baru yang dianjurkan oleh Abg Ben kita... Aku pun tak nak ketinggalan memeriahkan dunia blogging masa kini... So jom kita pakat ramai-ramai join segmen Abg Ben...

Tu diaaa... gambar yang aku culik daripada blog Abg Ben... Hurmmm, ada macam artis tak? Hehehe. 

Kenapa Aku pilih gambar ni?
Bagi aku gambar ini sungguh bermakna kerana setiap segmen Abg Ben mesti ada gambar ni... Hapa lagi aku culik jerlah gambar ni... Minta maaf yer Abg Ben... Hehehe.

Kenapa Aku jadi blogger?
Hurmmm, pada mulanya aku buat blog atas dasar suka-suka, duit dan ikut kengkawan... Namun, sejak akhir-akhir ini, setelah banyak faktor baru aku menyedari betapa seronoknya dunia blog apabila kita berkongsi ilmu dan berkawan walaupun di dunia cyber... Pasal duit, biarlah... Kalau rezeki kita, tak kan ke mana jugakkan... Hehehe... So, now kenapa aku menjadi blogger adalah kerana ingin mencari seramai kawan yang mungkin, berkongsi ilmu dengan cara yang santai... Bak kata Abg Ben... hehehe.

Blog yang wajib aku singgah!
Hurmmm... Yang ni susah sikit nak dijawab, pasai apa... Kalau aku berkesempatan, aku akan singgah di semua blog yang singgah di blog aku.... Huhuhu, larat ker... Kalau macam Abg Ben... Mak Aiii, naik kematu jari weii menaip... hehehe....

Orait.... Itu saja coretan aku... Thanks kepada yang sudi membaca... Nak mandi jap... dah petang dah ni... Hehehe.

Hola, Hari Isnin datang lagi... Pasti ramai yang sibuk ketika ini untuk bersiap-siap pergi kerja bukan... Apa-apa pun selamat pagi semua, ...

Hola,

Hari Isnin datang lagi... Pasti ramai yang sibuk ketika ini untuk bersiap-siap pergi kerja bukan... Apa-apa pun selamat pagi semua, mulakan hari anda dengan senyuman... Buat yang memandu tu, hati-hati dijalan raya, yang jalan kaki tu jangan lupa sediakan payung sebelum hujan... Yang nak pergi kuliah tu pulak.... Hurmm, jangan tak pergi pulak... Dannn... Kepada yang dok rumah tu, hati-hati buat kerja rumah dan selamat bersantai... Hehehe... Panjang beno dedikasi pagi ni yer...

Apa-apa pun, entri ringkas dari saya... Nak cerita kisah semalam... Baunya tangan.... Hoho. Tu yang tak suka potong ikan, daging atau ayam pasti tangan berbau... betul tak?... Kadang-kadang tu cuci dengan sabun pun masih gak berbau... 

Hurmmm, semalam saya cakaplah ngan mak mertua saya ... " Malasnyer nak potong ikan, mesti berbau tangan lepas ni " Hehehe... Saja jer nak gurau ngan mak mertua... karang dia pikir saya ni pemalas lak... Tapi dia memang sporting giler... Dia pun jawablah " Jangan malas-malas nanti sayang awak tak makan kalau tinggal berdua"... Hehehe. Sinis tu... Jawapan penuh bermakna weiii... Pastu, dia bagitau lagi " Haaa... Kalau nak hilangkan bau tangan guna petua asam jawa "

Katanya... Elakkan tangan berbau dengan mengambil segenggam asam jawa dan gosokkan pada seluruh tapak tangan. kemudian, bilas dengan air bersih. Pastu, kalau nak lagi wangi... Baru cuci dengan sabun... Mak aii, siap bagi petua lagi tu.... 

Cayalah mak mertua saya... Sayang sangat-sangat kat dia... Tak pernah merungut... Kalau saya sibuk sesangat sampai tak sempat nak wat kerja rumah... Pasti dia yang akan buat tanpa sebarang runggutan atau bebelan... Malah kekadang tu, siap panggil lagi ajak makan... 

Ya Allah! tetiba jer terharu... Sesungguhnya saya amat-amat bersyukur kepada Allah dikurniakan seorang suami yang baik dan keluarga suami yang dapat menerima diri ini dalam keluarga mereka... Mak aii... Tetiba jer terharu... Ya Allah...

Tak nak cerita pasal tu... Kang, ganggu mood pulak... Hehehe, Apa-apa pun senangkan macam mana nak buang bau tangan setelah memotong ikan, ayam atau daging.... Entri ringkas konon... Tapi, panjang berjela-jela... Kihkih.... Selamat mencuba...

Have a nice day!


Hola, Selamat malam semua... Entri pendek untuk santapan minda.... Ngomelan : Hehehe, ni nak memudahkan Adik Faiz kita belajar... Sebelum...

Hola,

Selamat malam semua... Entri pendek untuk santapan minda....

Ngomelan : Hehehe, ni nak memudahkan Adik Faiz kita belajar... Sebelum ni dia kata susah untuk belajar bahasa Sarawak... Hurmm, starting malam ni saya akan translate satu-satu bahasa Melayu Sarawak kepada Bahasa Melayu Baku.



Hola, Hurmm... Sambil minum susu makan sandwich tuna... Aku berjalan-jalan di alam maya... Then, singgah satu blog orang ni, si Eday Faz .....

Hola,

Hurmm... Sambil minum susu makan sandwich tuna... Aku berjalan-jalan di alam maya... Then, singgah satu blog orang ni, si Eday Faz... Orangnyer sungguh berfikiran terbuka dan best untuk dijadikan kawan, mudah menerima pendapat orang lain... Kalau tak caya, terjahlah blog dia dan berkenalan... Hurmmm, jangan memilih kawan tau, tengok follower orang tu sikit, dah kita tak nak berkawan, apa kes?... 

Mungkin ada sesuatu yang kita boleh pelajari daripada setiap kawan kita... Kita bukanlah insan yang sempurna... Saling melengkapi itulah sebaiknya... Bak kata org ikutlah resmi padi " semakin berisi, semakin tunduk " semakin berilmu, semakin berakhlak.... Hehehe, ubah sikit, takpekan...

Sori yer Eday Faz... Print screen ur blog header

Tapi kan... Rata-rata blog lelaki yang aku singgah mesti color hitam... Kenapa ek? Aku ada jawapannya... Hehehe.

Sebab senang jer... Lelaki sukakan warna hitam... Betul tak?. Cuba tengok pakaian mereka... Kebanyakkan baju lelaki berwarna hitam... Betul tak? malah dari segi pemilihan aksesori pun mereka suka akan warna hitam... Mengikut kajian beberapa buah negara membangun, 75% dari barangan peribadi lelaki adalah daripada warna hitam. 

Manakala dari perspektif pemikiran wanita, hitam itu "menakutkan"... May I'm right... Manakala bagi lelaki pula hitam itu "menawan". Hal ini bagi memudahkan penggunaan pakaian tersebut berulang kali tanpa ada yang sedari. Inilah baru dikatakan berjimat... Hehehe, betul atau tidak... Wallahualam...

Ngomelan : Tapi suamiku tak suka hitam... Namun, bagiku, hitam itu menawan...

Hola, Hari Ahad yang sungguh mendamaikan... Hurmmm, tapi tidak bagi aku... Yelah! sakit weii, semalam jatuh gara-gara kucing... Wah! kucing...

Hola,

Hari Ahad yang sungguh mendamaikan... Hurmmm, tapi tidak bagi aku... Yelah! sakit weii, semalam jatuh gara-gara kucing... Wah! kucing pulak dipersalahkan yer... Hehehe, tapi sekarang dah oklah sikit, dah kena urut...


Nak dijadikan cerita, malam tadi eart hour kan... Kitaorang lak bukan eart hour... tapi, blackout sabotaj kot... Hehehe, yelah... dari kul 7:30 malam sampai lah pukul 10 lebih baru ada electrik... Apa citer? Citernya, aku jatuh terbongkang sebab salah sendiri, dah tahu gelap nak gak jalan kat luar rumah... Aku jalan kat luar rumah bukannya apa... Nak ambil angin malam yang sejuk lagi mendamaikan....


Kat luar rumah kami ada ruang tempat duduk yang lantainya dihiasi batu mamar... kekadang tu bahaya gak kat situ sebab batu mamarnya jenis yang licin... Aku pulak terlupa, yang selipar aku guna tu licin... dah takde bunga, lupa nak buang... Dulu pun, pernah gak jatuh... time tu nak sidai pakaian... Nasib baik tak ada orang tengok... semalam hampeh!!! adik ipar aku lak tengok... Malunya... Ni semua salah kucing... Gara-gara nak ambil kucinglah aku jatuh...

Malas nak pikir, nak wat breakfast kejap... lapar!!!

Pesanan : Hurmm, Jangan mudah menyalahkan sesuatu apabila kita ditempa sesuatu, fikirkan dulu punca kenapa perkara tersebut berlaku... okeh!!! Have a nice day...

Sumber Gambar : Google Image

Hola, Malam yang gelap membuatkan aku teringat dengan apa yang emak aku katakan petang tadi... Tetiba jer aku membayangkan... Apalah nasib ...

Hola,

Malam yang gelap membuatkan aku teringat dengan apa yang emak aku katakan petang tadi... Tetiba jer aku membayangkan... Apalah nasib kawan aku diperlakukan sebegitu....

Petang tadi, aku menelefon emak di kampung... Biasalah, selang 2 hari mesti call family kat kampung bertanyakan khabar... Pastu pulak, mak kalau dah berbual dengan aku pasti ada jer cerita dia... Nak2 RM10 lah kredit aku habis dibuatnya... Hehehe, tapi takpe... Demi mak aku tak kisah... 

Apa yang membuatkan aku sedih ialah... Mak aku bagitau yang kawan sama sekolah aku dulu dah bercerai dengan suaminya... Tak perlulah aku sebut nama dia yer... Tak silap dia dah 4 tahun kawin... 


Kenapa perkahwinan harus berakhir dengan penceraian ??? Dimanakah konsep perkongsian hidup yang dijanjikan sebelum ini?

Bagi aku, apabila namanya berkongsi, perlu pasangan itu memahami bahagian yang sedikit untuk dimiliki dan dinikmati. Apabila namanya berkongsi hidup, bermakna saling memberi dan menerima. Samalah macam orang berkongsi perniagaan, kena tanggung risiko untuk rugi. Jika untung sama-samalah kaya, jika rugi sama-samalah cuba bangkit lagi... Tak boleh salah menyalah sebab namanya pun berkongsi.


Berkongsi itu maknanya saling sama berusaha, saling percaya mempercayai dan saling melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya.


Apabila namanya berkahwin, ia adalah perkongsian hidup. Berkongsi hidup maknanya sama-sama menikmati apa-apa yang nikmat dan sama-sama menahan sakit pada apa-apa yang menyakitkan....


Ni tak, dah macam artis pulak... Ada masalah sikit, cerai... Gaduh sikit, bercerai... Apa kes? Wah marah ni...


Ngomelan : Perghh! tetiba jer aku naik angin yer... Tapi... Betul apa? Kenapa sebelum kawin tak nak fikir... Pembohong betul... Dulu kata kaulah jantung hatiku, kaulah ratu hatiku... Bila dah cerai... Mana jantung? Mana Ratu?


Sumber Gambar : Google Image