Back to Top

19 February 2011

SokSek | Ya Allah!! Apa sudah jadi?

Salam semuanya,



Ya Allah… Ya Tuhanku, kenapakah manusia semakin kejam? Ke manakah sifat kasih sayang mereka?... Menitis air mataku apabila membaca berita seorang bapa yang didakwa membunuh bayi perempuan berusia 10 hari dengan menanam bayi itu dalam lubang yang baru digali di belakang rumah… berita Mutakhir  myMetro… Apakah mereka tiada perasaan simpati? Apakah salah bayi tersebut… sehingga sanggup memutuskan nyawanya…

Kenapakah ini semua terjadi… Malah pelakon yang dianggap role model juga sanggup mengugut untuk membunuh rakannya… berita utama myMetro. Seorang pelakon drama popular ditahan polis semalam selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu.

Pelakon lelaki berusia 43 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet. Menurut sumber polis, pelakon terbabit bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, Isnin lalu.

Aku sedih memikirkan keadaan dunia sekarang…  Anda pulak bagaimana?.. . Entahlah, semakin berilmu dan maju, manusia sepertinya semakin jahil… adakah itu tanda –tanda khiamat… Ya Allah! Jauhkan keluargaku daripada perkara sebegini… jauhkan umatmu daripada perkara sebegini… Ya Allah! Bukakan lah pintu hati mereka untuk bertaubat ya Allah…

Ya Allah! Kenapakah semua ini terjadi? Terpampang berita di Utusan Malaysia tentang beberapa siri bantahan anti-rejim di timur Libya mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa di Benghazi dan tujuh di Derna, lapor laman web akhbar Oea, semalam. 20 orang dikebumikan di Benghazi, bandar raya kedua terbesar di negara itu, di mana jumlah kematian sebelum ini yang dinyatakan oleh sumber perubatan di bandar raya itu ialah 14 orang.

Dunia kian musnah? Aku sedih… kemanakah sifat kasih sayang di hati manusia? Kenapa? Mengapa semua ini terjadi? Apakah punca nya… Astagfirullahalazim… Ya! Allah… Entri aku pagi ini amat menyentuh hati kecilku… sebab aku amat sayang akan keluargaku… Jauhkan kami dari semua ini ya Allah…

Kenapakah Semua ini terjadi? Mengapaaaa……


No comments:

Post a Comment