Back to Top

13 February 2011

SokSek | Tanggal 9 Februari 2011

Tanggal 9 Februari 2011 merupakan tarikh yang amat menyedihkan bagi kami sekeluarga, angah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku bagaikan tidak percaya, namun hakikatnya, Allah lebih menyayangi angah. Namun satu kepelikan bagi aku selama 10 hari terlantar di hospital, doktor mengesahkan bahawa dia tidak menghidapi sebarang penyakit. Oleh yang demikian, mak dan ayah telah cuba memohon bantuan seorang ustaz untuk berubat secara tradisional. Walaubagaimana pun, ustaz tersebut telah memberitahu bahawa angah terkena santau dan angah berada di tahap kritikal dan tidak boleh diubati lagi. Hanya berserah kepada Allah dan tanggal 9 Februari 2011, angah pergi buat selama-lamanya. Di sini saya ingin berkongsi apakah ciri-ciri seseorang itu terkena santau iaitu :-

Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah.
Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Magrib dan malam Jumaat.
Sakit dan sesak nafas terutama waktu Magrib.
Lenguh seluruh anggota badan.
Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
Mimpi binatang buas seperti ular dan buaya.

Kesannya kalau kita terlambat mengetahui ia akan membawa maut dengan izin Allah. Namun kami redha dengan pemergian angah. Allah lebih menyayangi angah. Semoga angah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin....  

p/s : Sekiranya terdapat ciri-ciri tersebut, berubatlah. Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya kita berserah kepada Allah.

1 comment:

  1. Berhati-hatilah dengan ilmu santau, berubat sebelum terlambat.. Namun kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya =(

    ReplyDelete