14 February 2011

SokSek | Baru nak bermula !

Salam semuanya,

Hari ini merupakan hari kedua aku mengadaptasi kreativitiku menghiasi blog yang tidak seberapa ini. Hehehe.

Entahlah, pening gak nak hias sebab otak dah berkarat dan dah lama jugak tak belajar tentang kod html dan css. Nasib baik ada google, boleh gak cari. Wawawah... akhirnya nampak gak hasil. Walaupun ringkas tapi 2 hari beb belajar untuk buat. hehehe, berhasil menambah ilmu pengetahuan. 


Lepas tu pulak, mulalah berkunjung ke beberapa buah blog untuk mengetahui bagaimana nak memulakannya. Hahaha.. Banyak gak blog yang ada tip untuk membuat blog aku terjah. Terima kasih diucapkan kepada bloggers yang sudi berkongsi ilmu. .Wah, hebat-hebat belaka bloggers. Aku merasakan diriku seperti ketinggalan zaman. Hehehe, bukan ketinggalan zaman, tapi dulu belum berminat dengan dunia blog. Entah! tak tau kenapa sekarang boleh pulak gatal nak buat blog. Tak salahkan? Hehehe. Bagi aku sesuatu ilmu yang baik patut kita pelajari. bak kata bijak pandai "Belajarlah kamu hingga ke liang lahad". Tapi, belajar pun kena tengok gak... Bukan semua ilmu boleh kita pelajari terutamanya ilmu yang boleh menjuruskan kita ke arah keburukan. Wallahualam..

Tujuan aku membuat blog adalah untuk mengisi masa lapang aku, berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman sebagai panduan hidup, InsyaAllah. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, namun kita mempunyai akal untuk berfikir dan memilih yang terbaik untuk diri. Setiap pilihan yang ada pada kita, hanya kita sendiri yang menentukan. Pendek kata, sama-sama kita memeriahkan dunia blog dengan ilmu yang baik. 

Syabas! fizalinolie.

No comments:

Post a Comment