16 February 2011

Oppps 1 | Kecewa cinta

Salam semuanya, 


Hoho... Ada siapa yang kecewa dek bercinta? Hehehe... Tipulah kalau takde kan. Jadi, dipendekkan cerita. Ngeh... Ngeh... Ngeh. Entri aku kali ini berkaitan dengan kecewa bercinta... Hahaha, tapi jangan terus merana. Cheewah!


Kata orang, bila bercinta semuanya indah. Siang, malam, pagi dan petang asyik terbayangkan wajah si dia sahaja. Ada betul? Ya, tepat sekali. Namun harus kita ingat, tidak semua percintaan bakal dilalui dengan hari-hari yang indah. Wah! berbunga-bunga bahasa. Kekadang, setiap pertemuan itu sering disusuli dengan perpisahan. Ha! inilah yang kita takuti, tak kira lelaki ataupun perempuan kerana ada yang terlalu taksub bercinta dan sayang akan pasangan sehingga seperti orang yang hilang arah dah pedoman. Ermmm... Susah jugak ya kalau jadi macam ni. Untuk itu, aku ingin berkongsi beberapa tip bagaimana untuk terus melupakan si dia kerana dikecewakan... Hahaha. entri ini istimewa bagi aku, tip ini diberikan oleh suamiku tercinta di kala merawat hati yang luka suatu ketika dulu. Aku amat mencintai dirimu sayang... hehehe. Jiwanglah pulak.Cish! berbalik kepada tip bagaimana jangan terus merana dek kecewa bercinta, pertama kita hendaklah belajar menerima hakikat bahawa si dia kini bukan lagi menjadi milik kita. Setiap pertemuaan pasti ada perpisahan, mungkin si dia bukan jodoh kita. Ingat! setiap menusia dijadikan berpasangan. Allah pasti akan menemukan kita dengan jodoh kita. 


Kedua, melarikan diri. Memang melarikan diri tidak menyelesaikan masalah, tetapi melarikan diri yang aku maksudkan ialah cuba pergi ke sesuatu tempat yang boleh memberi ketenangan pada diri. InsyaAllah, cara ini sikit sebanyak membantu.

Kemudian, luahkanlah perasaan kepada seseorang yang boleh dipercayai. Cara ini juga berkesan. Mungkin si pendengar tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan, kita akan dapat menghilangkan tekanan yang ada.

Seterusnya, buang benda-benda yang boleh mengingatkan kita kepada si dia dan akhir sekali berdoa dan bertawakal kepada Allah. Ini adalah kaedah yang terbaik dan penawar bagi segala-galanya. Berdoalah kepada Allah agar cepat-cepat dipertemukan jodoh yang lebih baik. Waaahhhh! jadi doktor sakit cinta lah pulak. Aku berkongsi  tip ini sekadar sebagai cara aku menyayangi insan-insan lain dengan sama-sama beringat.

Kehidupan penuh dengan cabaran, tetapi kita harus membuat pilihan yang terbaik agar berjaya di dunia dan juga di akhirat.

"Gagal sekali, tidak bererti gagal selama-lamanya". Jangan serik bercinta tau... Hehehe... Jomm bercinta... Nak tahu... Klik di sini... Hehehe.

2 comments:

  1. hanya boleh merayu pada Allah di saat di duga begitu..aduh..memg memula rasa bagai di hempap batu atas dada (masalah family)..
    masa bercinta, akak nora sempoi je..hahaha

    follow u..

    ReplyDelete