Back to Top

23 February 2011

NAFAS TERHENTI KETIKA TIDUR

Hai semua....


Malam menjelang tiba dan aku terfikir untuk membuat satu entri yang berkaitan dengan tidur iaitu berdengkur, dan apakah kaitannya dengan nafas yang terhenti ketika tidur. Info ini aku perolehi hasil keseluruhan pembacaanku daripada Majalah Wanita, Hehehe, sesiapa yang tak berkesempatan nak beli Majalah Wanita tu... datanglah sini... Hehehe,  InsyaAllah, aku akan sajikan info yang menarik di sini di masa akan datang, sesungguhnya berkongsi ilmu itu adalah amalan baik... Ewah! Ewah!, siap promote lagi. Hehehe, tak habis-habiss.. 



Baiklah, nak dijadikan cerita, nak tanya... Semua tahu tak, apa itu berdengkur? Pasti semua tahu kan... kan... dan ada tak yang berdengkur ketika tidur? Pasti adakan... Sebab, berdengkur bukan hanya dialami oleh golongan lelaki sahaja tau, wanita pun tak kecuali... Tetapi, untuk pengetahuan semua, ia lazim dihadapi oleh golongan lelaki yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan akan bertambah teruk apabila usia meningkat... Lihat... Dengkur semakin teruk apabila usia semakin meningkat.


Kemudian, apa yang dikatakan dengan nafas terhenti ketika tidur atau lebih dikenali sebagai Apnea adalah mereka yang menghadapi masa tidur yang selalunya tidak bernafas dengan sempurna dan akibatnya mereka tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Otak akan mengejutkan pengidap Apnea seketika agar terus bernafas. Akan tetapi kesan sampingannya adalah tidur yang terganggu dan tidak berkualiti.... Wah! risau gak dengar kan... 

Hehehe, jangan risau... Di sini terdapat beberapa kaedah rawatan untuk menyelesaikan dengkuran iaitu:-

Rawatan pertama ialah Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) iaitu bekalan udara bertekanan tinggi dipam secara berterusan melalui saluran dalam hidung melalui topeng pernafasan. Apabila aras CPAP telah ditetapkan... pesakit akan berterusan menggunakan CPAP di rumah supaya pola tidur kembali normal.

Rawatan kedua pula ialah Bilevel Positive Airway Pressure (BIPAP) iaitu menggunakan topeng pernafasan yang diletakkan dihidung untuk membolehkan kawalan tekanan udara tinggi ketika menyedut dan rendah ketika menghembus nafas.

Rawatan yang ketiga pula ialah Mouthguards iaitu rawatan menggunakan penjaga mulut yang kebiasaannya diperbuat daripada plastik untuk mengekang rahang atau lidah bagi memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka.

Manakala rawatan yang terakhir adalah mengambil ubat-ubatan seperti theophylline, omino-phaylline atau caffeine yang mana untuk menggalakkan pernafasan... Wah! susah gak kan nak merawat dengkur ni... 

Begitulah cerita disebalik dengkur dan kaitannya dengan nafas terhenti ketika tidur... Mesti ada yang ingat tajuk entri aku kali ini berkaitan dengan kematian... Betul tak...

Apa-apa pun, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan demi untuk insan tersayang.

Hurrmm... Ada lagi tau... Kalau korang nak tahu lagi pasal cerita berkaitan dengan tidur... Jom! klik di sini.

No comments:

Post a Comment