Back to Top

15 February 2011

MiLeNia | Adakah Bloggers SaYanG aKaN DuNia AnDa?

Salam semuanya,



Aku merupakan peminat majalah MiLeNia . MiLeNia adalah sumber isu semasaku selain internet, buku dan lain-lain majalah. Salah satu isu yang ada dalam koleksi aku ialah isu "Alangkah baiknya guna produk mesra alam".

Fenomena sekarang kita melihat pencemaran alam sekitar begitu menyedihkan. Jika ia berlaku secara berterusan boleh menyebabkan kemusnahan atau malapetaka yang dasyat. Wallahualam. Hari ini juga, ramai yang memandang remeh akan isu ini kerana berasa tindakan mereka mencemarkan alam tidak mendatangkan kesan serta-merta. Jika kita melihat fenomena sekarang seperti berlakunya banjir, tanah runtuh dan sebagainya adalah kesan daripada pencemaran alam sekitar.

Marilah kita sama-sama mengurangi pencemaran alam dengan mengambil langkah yang drastik demi untuk menyelamatkan dunia kita. Tahukah Anda?
  1. Dua botol plastik yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga untuk menghidupkan mentol lampu 120-watt selama enam jam.
  2. 70 peratus tenaga dapat dikurangkan dengan mengitar semula kertas berbanding dengan membuatnya daripada bahan mentah.
  3. Sebanyak 70 peratus sampah yang dibuang boleh dikitar semula.
  4. Tenaga yang tidak dilepaskan dari tong sampah biasa setiap tahun boleh menghidupkan televisyen selama 5000 jam.
  5. Secara puratanya, 20 peratus daripada wang yang kita gunakan untuk membeli barang ialah bayaran untuk pembungkusanya yang akhirnya menjadi sampah.
  6. 60 peratus sampah dari tong sampah biasa boleh digunakan untuk membuat baja.
  7. 75 peratus bahagian kenderaan boleh dikitar semula.

Apabila sampah dikitar semula, ia akan menjadi produk yang baru, ia tidak akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah atau mesin pembakar. Jadi, penggunaan ruang tanah dapat dijimatkan dan dapat mengurangkan pencemaran udara. Oleh yang demikian, sama-samalah kita mengorak langkah untuk mengitar semula barangan terpakai bagi menyelamatkan bumi kita. Chewah! semangat betul.... Heheheq.

Fizalinolie Sayangkan Dunia ini.

No comments:

Post a Comment