Salam sa lahat, Wah! mencurah-curah idea nak wat entri lebih-lebih lagi ada perkara yang berlaku secara kebetulan hari ini. tadi aku maka...

Fokus | Cerita di sebalik makanan

/
0 Comments
Salam sa lahat,


Wah! mencurah-curah idea nak wat entri lebih-lebih lagi ada perkara yang berlaku secara kebetulan hari ini. tadi aku makan sate ayam 5 cucuk pastu tengok tv kejap. Kemudian, tetiba jer boring dan aku pun bukak majalah iSIHAT lama, keluaran bulan September 2010. Dipendekkan cerita baca punyer baca adalah cerita di sebalik makanan iaitu senarai makanan dan Jumlah kalorinya. Alamaakkkk... Nak dijadikan cerita, entri kali ini berkisarkan tentang Makanan dan Jumlah Kalorinya iaitu seperti berikut :-

Sate Ayam(secucuk) : 35 kalori
Nasi Impit(8 kiub sederhana) : 75 kalori
Mee Goreng Mamak(1 Pinggan) : 660 kalori
Mee/Bihun Goreng(1 Pinggan) : 510 kalori
Nasi Briyani Berayam (1 Pinggan) : 880 kalori
Teh Tarik(1 cawan ) : 83 kalori
Nasi Lemak( 1 Pinggan) : 644 kalori
Ikan Kembung Goreng(seekor) : 140 kalori
Ayam Kari Kuah(seketul) : 250 kalori
Ayam Goreng(sepotong) : 255 kalori
Telur Goreng(sebiji) : 110 kalori
Pau Ayam(sebiji) : 203 kalori
Kek Keju(sepotong) : 400 kalori

Waduh! banyaknya kalori, tadi aku makan 5 cucuk sate bermakna 175 kalori telah diambil. Itu adalah antara makanan yang mempunyai kalori yang boleh membuatkan kita menternak lemak. Hahaha, saya buat entri ini sebagai peringatan kepada diri yang suka makan dan juga sebagai panduan rakan bloggers sekalian.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: