Back to Top

26 February 2011

SELESAIKAN MASALAH

Hai semuanya,


Pepagi lagi dah sebut pasal masalah... Hidup siapa tiada masalahkan... Termasuklah aku... Namun, entri kali ini aku ingin berkongsi bagaimana untuk menyelesaikan masalah hidup dengan lebih baik... Aku bukanlah seorang pakar motivasi, tetapi ingin berkongsi ilmu yang baik walaupun sedikit... Ini adalah ilmu hasil perkongsian aku dan suamiku... yang kami amalkan. Alhamdulillah... dan semoga perkongsian ilmu ini... walaupun sedikit tetapi berguna untuk kita semua... InsyaAllah.



Pertama : Fokus Pada satu masalah

Jika kita mempunyai beberapa masalah, selesaikan masalah tersebut satu per satu... Elakkan daripada menyelesaikan masalah sekaligus kerana ia akan membuatkan kita semakin tertekan... Teringat aku ketika tahun pertama di Unimas... Aku ada banyak masalah, di mana beberapa kursus terutamanya subjek yang melibatkan matematik tambahan terpaksa repeat, sehinggakan aku hampir-hampir nak berhenti belajar... Namun kekuatan cinta aku dan suamiku... Akhirnya aku tidak mengambil keputusan yang salah... Thanks sayang... Suamiku banyak membantu... Ayat yang selalu keluar dari mulut dia apabila aku ada masalah ialah... Tarik nafas panjang-panjang... Hembusss... Tenangkan fikiran... Ingat! tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan... Step by step... Itulah kata-kata suamiku yang menjadi pendorong sehinggalah sekarang... Alhamdulillah. 

Kedua : Usah takut dan khuatir
Bagi aku... tiada siapa di dunia ini yang tidak takut dan khuatir, terutamanya apabila berdepan dengan masalah... Betul tak? Tetapi aku ingin berkongsi apa yang aku selalu amalkan iaitu sentiasa ingat "Setiap masalah ada penyelesaian... bezanya cepat atau lambat ". Sentiasa bertenang... dan yang paling penting ambil wudhuk dan lakukan solat... Akhir sekali berdoa kepada Allah... supaya diberikan ketenangan... Percayalah, inilah yang aku amalkan untuk menghilangkan rasa takut dan khuatir... Alhamdulillah... Ia memberikan kesan yang positif dalam diriku... 



Ketiga : Elak bawa masalah ketika tidur
Errrmm... Ini memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, pasti... Kita akan memikirkan sesuatu masalah tersebut sehinggalah waktu hendak tidur... Betul tak? Apabila kita membawa masalah tersebut hingga waktu tidur... Alamatnya kita tidak dapat melelapkan mata... Betul tak? Tapi seboleh-bolehnya, cuba kita elakkan, kerana berfikir di bawah sedar membuatkan kita gelisah dan tidur menjadi tidak nyenyak.... dan ia tidak baik untuk kesihatan. 

Keempat : Pendengar Yang Baik
Agak susahkan untuk menjadi pendengar yang baik... Betul tak? Sebaiknya, belajarlah mendengar pendapat orang lain... Mungkin kita dapat memperolehi banyak perkara berguna demi kebahagiaan hidup kita... Kalau aku... Aku tidak suka memendam masalah... Setiap kali ada masalah... Orang pertama tempat aku meluah   ialah ibu, ayah dan suamiku... Alhamdulillah mereka supporter yang bagus...


Kelima : Sentiasa Bersyukur
Ini adalah perkara yang amat penting bagiku... Sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas apa yang diperolehi... Bukan perkara positif sahaja tetapi perkara negatif... Percayalah, setiap masalah yang kita alami ada hikmah disebaliknya dan ada sesuatu yang kita boleh pelajari... Allah tidak zalim kepada hambaNya, sebaliknya menguji sejauh mana kekuatan iman kita terhadapNya... Betul tak? Fikir-fikirkanlah...

Wallahualam... Ada banyak cara untuk menyelesaikan masalah... Namun, ini hanya sekadar perkongsian ilmu yang sedikit untuk kita sama-sama beringat... Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan... Tinggal.. Hanya kita yang menentukan bagaimana untuk kita menyelesaikan urusan kehidupan kita... Buatlah pilihan yang terbaik...

Gambar : Google

No comments:

Post a Comment