Wednesday, February 23, 2011

BUAH YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN

Salam semuanya,


Hehehe... pembukaaan bicara. Mulakan hari anda dengan senyuman... Entri aku pepagi ni bertajuk buah yang tidak boleh dimakan? ada ker buah yang tidak boleh dimakan? Mestilah adakan... kan... Namun, apa yang ingin aku ceritakan di sini adalah mengenai keturunan keluargaku dan apakah kaitannya dengan buah yang tidak boleh dimakan seperti yang aku janjikan di dalam entri sebelumnya... Janji mesti ditepati. Hehehe... Tapi sebelum aku ceritakan seterusnya... Ingin aku menyatakan buah yang tidak boleh sama sekali keluarga kami makan ialah buah kundur. Mengapa?... Sebelum aku menceritakan mengapa kami sekeluarga dilarang sama sekali makan buah kundur... Jom kita rehat duluuu.... Jangannnn! Kita lihat dulu apa kebaikan buah kundur... Mesti semua nak tahu kan... Walaupun diri hamba ini dilarang daripada makan Encik Kundur, tetapi akan hamba sajikan kebaikan buah kundur kepada anda.... Hehehe.

Google Image


Di Malaysia buah kundur di kenali juga dengan beligu. Orang Jawa mengenalinya dengan nama beligo atau belonceng. Nama Inggeris untuk kundur ialah wax gourd, white gourd dan ash gourd. Perkataan gourd merujuk kepada pelbagai jenis buah dalam famili Cucurbitaceae seperti peria (bitter gourd), labu (musky gourd), labu air (bottle gourd) dan sebagainya. Perkataan wax white dan ash merujuk debu putih yang terdapat pada kulit buah kundur. Wah! hebat sungguh nama Encik Kundur pada zaman sekarang yer.... Hehehe.

Untuk pengetahuan semua jugak, di kalangan orang cina, isi buah kundur biasa dibuat manisan atau acar manis. Buah kundur didapati mengandungi 97% air dan sedikit garam galian serta vitamin, kanji, alkaloid jenis cucurbitine, resin asid, protien jenis myosin dan vitellin, seta gula. Sebenarnya buah kundur sesuai di makan untuk menghilangkan dahaga dan perangsang buang air kecil. Daun muda, kudup bunga dan buah muda pula boleh di masak. Pada masa dahulu, lapisan luar kulit buah kundur digunakan untuk membuat lilin.

Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk untuk tujuan yang sama. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan. Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai ubat untuk merangsang buang air kecil dan air besar, penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa. Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buah untuk penyakit luka. Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak. Tengok... Betapa hebatnya penangan Encik Kundur.

Tapi, malangnya keluarga aku dilarang sama sekali untuk memakan buah kundur kerana dikhuatiri akan menjadi gila setelah memakan buah kundur sebab nenek cakap ada saudara terdekat moyang aku dulu yang setelah makan buah kundur... terus menjadi gila... Wallahualam.... Atau tak pun memang dia telah dianugerahkan sakit tersebut... kebetulan makan buah kundur terus menjadi penyebab... Aku kurang percaya dengan pendapat itu, namun dek kerana tradisi keluarga dilarang memakan buah kundur dan lagipun tidak pernah merasa buah kundur... Jadi tak mengapalah... Tak makan pun takpe... Hehehe, macam bunyi merajuk jer... Tak... bukan merajuk... Habis tu kenapa? Sebab ada  banyak lagi buah lain yang sedap dan boleh dimakan... Seperti di sini

1 comment :

v said...

nenek saya selalu buat air kundur terutamanya bila saya kurang sihat (macam sekarang)...terima kasih memberi info ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...