Back to Top

28 February 2011

GARA-GARA COKLAT

7:29:00 PM 2 Comments
Hola,


Fiza harap you all sihat-sihat selalu ya. Maklum lah... sekarang cuaca tak menentu... kalau di Sarawak cuaca memang tak boleh nak dijangka. Pagi-pagi elok je cuaca cerah... Tiba-tiba tengah hari dah... Mula hujan hingga ke petang. Lebih membimbangkan... Sekarang ni macam-macam penyakit boleh wujud dengan cuaca yang tak menentu... So you all kenalah prihatin dengan persekitaran dan pandai-pandailah jaga kesihatan diri yer... Hehehe. 

Oppps... Jauh bebeno menyimpang aih... Hehehe, Sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit info... Saya suka mencari dan membaca pelbagai bahan ilmiah tak kira secara online ataupun cetak... terutamanya, pasal benda-benda kesukaan suami, ibu, ayah dan adik-adik saya... Saya saaaayang keluarga saya... Wah! tetiba jerk angkat bakul sendiri dengan melalut pulak yer... Macam orang lain tak sayangkan keluarga... Huhuhu, takpe... Hidup ini mesti ceria... Betul tak...

Baiklah! nak dijadikan cerita... Suami saya cukup gemar makan coklat... You all macam mana? mesti ramai yang suka makan coklat kan... Betul tak? Tapi ada gak yang tak nak makan coklat... Betul kan... kan, sebab gara-gara makan coklat mereka kata berat badan akan naik... 


Hmmm... Kalau nak tahu, belum tentu coklat adalah penyebabnya! Ini kerana menurut hasil pembacaan saya dari sebuah Majalah Remaja... Hehehe. Dah kawin pun still baca majalah Remaja... Macam tak nak ngaku diri dah tua... huahhuahhuahhh... 


Opppsss... Berbalik kepada cerita kita... Menurut apa yang diperkatakan dalam majalah tersebut... Coklat dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Antaranya, coklat kaya dengan flavonoid dan antioksida yang boleh membuatkan kita awet muda... Wah! pasti ramai yang teruja kan... Awet muda gitu... Hehehe... 

Kalau you all nak tau lagi... coklat juga baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan kadar kolestrol jahat... Huhuhuhu... Macam mana ramai yang kata coklat boleh menggemukkan?... 

Bukan itu saja... Coklat gak boleh meningkatkan imunisasi... Hebatkan... Penangan coklat... Errmmm... Maknanyer yang membuatkan seseorang itu gemuk adalah kandungan gula dan lemaknya... So, dalam Majalah Remaja gak bagitau.... Kalau keliru dan tak tahu nak pilih coklat yang mana lebih baik.... Pilihlah dark chocolate! seperti di bawah... Perempuan yang taksub dengan coklat... Hehehe... Jangan terliur sudahh...


Haaaa... Lepas ni jangan lak kata... gara-gara coklatlah saya gemuk... Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan kegemukkan... Tetapi, Kalau ada disiplin yang tinggi... Masalah kegemukkan pun dapat diselesaikan... tinggal hanya " Hendak seribu daya, Tak nak seribu dalih". Errrmmm... ada banyak tau cara nak kurangkan berat badan... Contohnya... Alah, malas lah nak cerita... You all layanlah sendiri kat sini. Laaaayaaann... Bak kata Fafau... Hehehe.

39 ORANG ISTERI

6:50:00 AM 1 Comments
Hai semuanya,

Satu berita yang mencuri perhatian saya pada pagi ini... Huhuhu... Berita yang mengisahkan seorang lelaki bernama Ziona Chana yang mempunyai 39 orang isteri,  94 orang anak, 14 orang menantu dan 33 orang cucu... Mak ai... Ramainya keturunan Encik Ziona Chana ni yer... Hebat bukan... Bukan itu sahaja, malah mereka jugak tinggal bersama di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 buah bilik di Wilayah Mizoram, India... Wuiiii... 100 buah bilik... Macam hotel lah pulak...



Wah! tengok tu gambar... Ramai betul mereka... Macam mana ergkk mereka duduk serumah ... Macam mana dengan makan mereka? Tempat tidur mereka? Aktiviti harian mereka?... Errmm, nak tahu?... Mestilah nak tahu kan... Kalau korang nak tahu... Penyediaan makan malam mereka memerlukan 30 ekor ayam... 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk di masak... Mak ai... Boleh bukak kedai makan kalau gitu gaya nyer... Huhuhu... apa tak nyer, 110 kilogram beras... banyakkkk tu... Kemudian, urusan mengemas rumah pulak... Encik Ziona Chana ni ada seorang setiausaha yang akan uruskan... Hahaha... Isteri tua dialah yang akan bertindak membahagikan tugas kepada isteri yang lain... Macam mana tu ergkk... Mereka tak gaduh ker?... 


Pelik-pelik... Macam mana Encik Ziona Chana ni boleh berkahwin sehingga 39 orang isteri... Ermmm... Susah gak nak difikirkan... Ilmu apalah yang dia pakai... Sampai boleh kawin 39 orang isteri... Sedangkan lelaki kat Malaysia ni... Jangankan 4... Nak kawin 2 pun susah... mau nyer kena bunuh dengan isteri pertama adalah... Hehehe... Just joking.... Tapi betullah kan, Kat Malaysia ni susah nak kawin dua... Ramai yang tak nak dimadukan... Siapa nak berkongsi kasih... Betul tak?...

Kemudian, berbalik kepada cerita kita pasal Encik Ziona Chana ni... Kalau korang nak tahu... Dia adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan... Errmmm... Patut pun kawin ramai... Rupanya seorang pemimpin yang mempunyai fahaman sedemikian rupa... Kemudian, Dia juga turut memberitahu kepada sidang akhbar bahawa dia tidak akan berhenti untuk mencari seberapa ramai isteri walau jauh sekalipun seperti Amerika Syarikat... Mak aii... Nak tambah lagi isteri... Hebat-hebat... 

Sebenarnya Encik Ziona Chana dan keluarganya mengamalkan konsep kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain... Itulah yang diperkatakan oleh salah seorang isterinya... Ya Allah... Macam-macamlah yang berlaku di dunia ni... Apa-apa pun itulah Kejadian Allah yang maha berkuasa... Wallahualam... 

Hanya Allah sahaja yang mampu melakukan segala-galanya di dunia ini... 


Macam-macam kan perkara pelik yang berlaku sekarang ni... termasuklah seperti di sini... Hurmmm... Itulah tanda-tanda di penghujung zaman... Wallahualam.

27 February 2011

LIKE ON FACEBOOK ???

2:28:00 PM 0 Comments

Hai semuanya, 

Apa yang yang anda tahu tentang gambar di atas?... Wah! Kenapa ek…  Mesti semua orang tahu apa yang ditunjukkan di dalam gambar di atas bukan… Hehehe. Sepertimana yang kita ketahui butang like pada facebook adalah digunakan untuk menyatakan maklum balas daripada kita… yang suka akan sesuatu status yang diletakkan oleh si empunya sesuatu facebook… Betul tak? dan sudah pasti ramai yang mengetahui kegunaannya bukan… Namun apa yang menjadi persoalan saya… Kenapa dan Apakah maksud status like yang sebenar-benarnya…

Kenapa, apabila seseorang mengadu sakit… memaki hamun seseorang… membenci seseorang… di wall facebook mereka… perlukah kita meng ‘like’kannya? Cuba kita sama-sama fikirkan… Apakah makna like yang dimaksudkan oleh si peng’like’??? Saya menjadi Pelik bin hairan… Malah, saya teringat akan satu wall kepunyaan kawan adik saya  suatu ketika dulu yang statusnya menyatakan kawan mereka telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya, ramai kawan-kawan telah meng’like’ status tersebut…  Sepertinya mereka suka akan kejadian itu... Kemudian,  kisah kematian Achik Spin dulu pun begitu... beribu-ribu orang meng’like’ status tersebut… Apakah maknanya, simpati atau suka? Jadi…  Perlukah saya like kan bersama… Jika perlu… Tolong like kan entri ini… hikhiksss… Gurau jelah… 
                                                                                         
Hehehe... Sama-samalah kita fikirkan...

PENGHARGAAN

6:29:00 AM 0 Comments

Hai semuanya,

Tahukah anda... Untuk menghargai seseorang terlalu banyak cara yang boleh kita gunakan samada kita mahu memberi sebuah senyuman, ucapan terima kasih, pelukan, ciuman ataupun memberi sesuatu hadiah. Penghargaan kepada seseorang amat penting supaya seseorang yang menerima penghargaan itu berasa gembira dan dihargai... 


Chewah! Taklah... Tapi betulkan... Kan. Sebenarnya saya ingin melahirkan perasaan gembira saya... kerana Cik Rieya telah membuat satu bentuk penghargaan kepada saya seperti di atas... Perhargaan kepada pengikut yang ke-100... Terima kasih... cik Rieya... Kalau anda hendak mengenali dia... kliklah di sini . Mungkin ada yang beranggapan ia sesuatu yang kecil tetapi besar bagi saya... Sekiranya kita menghargai pemberian orang... Betul tak... Tak sangkakan... Hehehe... 

Oh yappp... Mulai hari ini juga, saya tidak lagi menggunakan kata ganti nama aku dalam entri seterusnya... InsyaAllah. Nak tahu kenapa... Semalam, adik saya telah membaca blog saya dan terus menegur penggunaan kata ganti nama iaitu aku yang saya gunakan... bersifat kasar katanya... Ye ke? Entahlah... Tapi terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Walaubagaimana pun, saya telah memilih untuk tidak menggunakan kata ganti nama aku lagi dalam entri seterusnya... InsyaAllah... Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada teman blogger yang tersinggung dengan penggunaan kata ganti nama aku dalam entri sebelum ini... Tiada manusia yang sempurna di dunia ini... Yang penting kita sanggup belajar dan menerima pandangan orang lain... Jangan jadi Mr. Right and Mrs. Right always... Hehehe... 

26 February 2011

SELESAIKAN MASALAH

6:17:00 AM 0 Comments
Hai semuanya,


Pepagi lagi dah sebut pasal masalah... Hidup siapa tiada masalahkan... Termasuklah aku... Namun, entri kali ini aku ingin berkongsi bagaimana untuk menyelesaikan masalah hidup dengan lebih baik... Aku bukanlah seorang pakar motivasi, tetapi ingin berkongsi ilmu yang baik walaupun sedikit... Ini adalah ilmu hasil perkongsian aku dan suamiku... yang kami amalkan. Alhamdulillah... dan semoga perkongsian ilmu ini... walaupun sedikit tetapi berguna untuk kita semua... InsyaAllah.



Pertama : Fokus Pada satu masalah

Jika kita mempunyai beberapa masalah, selesaikan masalah tersebut satu per satu... Elakkan daripada menyelesaikan masalah sekaligus kerana ia akan membuatkan kita semakin tertekan... Teringat aku ketika tahun pertama di Unimas... Aku ada banyak masalah, di mana beberapa kursus terutamanya subjek yang melibatkan matematik tambahan terpaksa repeat, sehinggakan aku hampir-hampir nak berhenti belajar... Namun kekuatan cinta aku dan suamiku... Akhirnya aku tidak mengambil keputusan yang salah... Thanks sayang... Suamiku banyak membantu... Ayat yang selalu keluar dari mulut dia apabila aku ada masalah ialah... Tarik nafas panjang-panjang... Hembusss... Tenangkan fikiran... Ingat! tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan... Step by step... Itulah kata-kata suamiku yang menjadi pendorong sehinggalah sekarang... Alhamdulillah. 

Kedua : Usah takut dan khuatir
Bagi aku... tiada siapa di dunia ini yang tidak takut dan khuatir, terutamanya apabila berdepan dengan masalah... Betul tak? Tetapi aku ingin berkongsi apa yang aku selalu amalkan iaitu sentiasa ingat "Setiap masalah ada penyelesaian... bezanya cepat atau lambat ". Sentiasa bertenang... dan yang paling penting ambil wudhuk dan lakukan solat... Akhir sekali berdoa kepada Allah... supaya diberikan ketenangan... Percayalah, inilah yang aku amalkan untuk menghilangkan rasa takut dan khuatir... Alhamdulillah... Ia memberikan kesan yang positif dalam diriku... 



Ketiga : Elak bawa masalah ketika tidur
Errrmm... Ini memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, pasti... Kita akan memikirkan sesuatu masalah tersebut sehinggalah waktu hendak tidur... Betul tak? Apabila kita membawa masalah tersebut hingga waktu tidur... Alamatnya kita tidak dapat melelapkan mata... Betul tak? Tapi seboleh-bolehnya, cuba kita elakkan, kerana berfikir di bawah sedar membuatkan kita gelisah dan tidur menjadi tidak nyenyak.... dan ia tidak baik untuk kesihatan. 

Keempat : Pendengar Yang Baik
Agak susahkan untuk menjadi pendengar yang baik... Betul tak? Sebaiknya, belajarlah mendengar pendapat orang lain... Mungkin kita dapat memperolehi banyak perkara berguna demi kebahagiaan hidup kita... Kalau aku... Aku tidak suka memendam masalah... Setiap kali ada masalah... Orang pertama tempat aku meluah   ialah ibu, ayah dan suamiku... Alhamdulillah mereka supporter yang bagus...


Kelima : Sentiasa Bersyukur
Ini adalah perkara yang amat penting bagiku... Sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas apa yang diperolehi... Bukan perkara positif sahaja tetapi perkara negatif... Percayalah, setiap masalah yang kita alami ada hikmah disebaliknya dan ada sesuatu yang kita boleh pelajari... Allah tidak zalim kepada hambaNya, sebaliknya menguji sejauh mana kekuatan iman kita terhadapNya... Betul tak? Fikir-fikirkanlah...

Wallahualam... Ada banyak cara untuk menyelesaikan masalah... Namun, ini hanya sekadar perkongsian ilmu yang sedikit untuk kita sama-sama beringat... Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan... Tinggal.. Hanya kita yang menentukan bagaimana untuk kita menyelesaikan urusan kehidupan kita... Buatlah pilihan yang terbaik...

Gambar : Google

24 February 2011

PANDANGAN BLOGGER TERHEBAT! TERIMA KASIH

6:49:00 AM 0 Comments


Hai semuanya,

Entri aku pepagi ni mengenai pandangan blogger terhebat
Terima Kasih...

Tentang apa?
Tentang.....

Kelemahan dan keburukan blog ini
Kelajuan blog ini
Apa kemahuan blogger daripada blog ini
Kekemasan blog ini
 Ilmu yang dikongsi dan sewaktu dengannya

Wahai blogger terhebat, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya
Hehehe.... 
Siapa?


Kamulah... blogger terhebat
Hebat memberi pandangan
Hebat berkongsi ilmu walaupun di alam maya... 

Wahai blogger terhebat sekalian, aku ingin belajar daripada kamu semua
Sesungguhnya menuntut ilmu itu, tak kira.... yang tua belajar dengan yang muda dan yang muda belajar dengan yang tua
Sesungguhnya juga belajar itu adalah kunci pencarian
kebahagiaan yang hakiki di dunia ini
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini
Hanya...
Jalan untuk memperbaiki diri adalah dengan mencari ilmu dan mempraktikkannya
Hanya tinggal untuk memilih... ilmu yang baik ataupun yang buruk
Pilihan ditangan kita... Kita yang menentukan
Renung-renungkanlah, fikir-fikirkanlah

Maka, sebagai blogger terhebat... Apa pandangan anda terhadap blog ini?
Jangan takut memberi pendapat kerana setiap insan mempunyai hak untuk bersuara

Wahai blogger terhebat, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog ini

23 February 2011

NAFAS TERHENTI KETIKA TIDUR

6:51:00 PM 0 Comments
Hai semua....


Malam menjelang tiba dan aku terfikir untuk membuat satu entri yang berkaitan dengan tidur iaitu berdengkur, dan apakah kaitannya dengan nafas yang terhenti ketika tidur. Info ini aku perolehi hasil keseluruhan pembacaanku daripada Majalah Wanita, Hehehe, sesiapa yang tak berkesempatan nak beli Majalah Wanita tu... datanglah sini... Hehehe,  InsyaAllah, aku akan sajikan info yang menarik di sini di masa akan datang, sesungguhnya berkongsi ilmu itu adalah amalan baik... Ewah! Ewah!, siap promote lagi. Hehehe, tak habis-habiss.. 



Baiklah, nak dijadikan cerita, nak tanya... Semua tahu tak, apa itu berdengkur? Pasti semua tahu kan... kan... dan ada tak yang berdengkur ketika tidur? Pasti adakan... Sebab, berdengkur bukan hanya dialami oleh golongan lelaki sahaja tau, wanita pun tak kecuali... Tetapi, untuk pengetahuan semua, ia lazim dihadapi oleh golongan lelaki yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan akan bertambah teruk apabila usia meningkat... Lihat... Dengkur semakin teruk apabila usia semakin meningkat.


Kemudian, apa yang dikatakan dengan nafas terhenti ketika tidur atau lebih dikenali sebagai Apnea adalah mereka yang menghadapi masa tidur yang selalunya tidak bernafas dengan sempurna dan akibatnya mereka tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Otak akan mengejutkan pengidap Apnea seketika agar terus bernafas. Akan tetapi kesan sampingannya adalah tidur yang terganggu dan tidak berkualiti.... Wah! risau gak dengar kan... 

Hehehe, jangan risau... Di sini terdapat beberapa kaedah rawatan untuk menyelesaikan dengkuran iaitu:-

Rawatan pertama ialah Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) iaitu bekalan udara bertekanan tinggi dipam secara berterusan melalui saluran dalam hidung melalui topeng pernafasan. Apabila aras CPAP telah ditetapkan... pesakit akan berterusan menggunakan CPAP di rumah supaya pola tidur kembali normal.

Rawatan kedua pula ialah Bilevel Positive Airway Pressure (BIPAP) iaitu menggunakan topeng pernafasan yang diletakkan dihidung untuk membolehkan kawalan tekanan udara tinggi ketika menyedut dan rendah ketika menghembus nafas.

Rawatan yang ketiga pula ialah Mouthguards iaitu rawatan menggunakan penjaga mulut yang kebiasaannya diperbuat daripada plastik untuk mengekang rahang atau lidah bagi memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka.

Manakala rawatan yang terakhir adalah mengambil ubat-ubatan seperti theophylline, omino-phaylline atau caffeine yang mana untuk menggalakkan pernafasan... Wah! susah gak kan nak merawat dengkur ni... 

Begitulah cerita disebalik dengkur dan kaitannya dengan nafas terhenti ketika tidur... Mesti ada yang ingat tajuk entri aku kali ini berkaitan dengan kematian... Betul tak...

Apa-apa pun, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan demi untuk insan tersayang.

Hurrmm... Ada lagi tau... Kalau korang nak tahu lagi pasal cerita berkaitan dengan tidur... Jom! klik di sini.

FACEBOOK VS FACEBLOG?

9:40:00 AM 0 Comments

Salam semuanya,

"Jom ramai-ramai kita pakat join faceblog. Tujuan faceblog diwujud ialah atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh Malaysia dan dunia amnya. marilah kita bersatu dan berkerjasama dalam membantu rakan-rakan blogger kita di seluruh Malaysia.  Seperti facebook, ia juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara para blogger di seluruh Malaysia selaras dengan tema yang kami gunakan iaitu seakan-akan tema facebook. sertailah kami dan bersama kita memeriahkan dunia blog Malaysia. Terima kasih"


BUAH YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN

7:10:00 AM 1 Comments
Salam semuanya,


Hehehe... pembukaaan bicara. Mulakan hari anda dengan senyuman... Entri aku pepagi ni bertajuk buah yang tidak boleh dimakan? ada ker buah yang tidak boleh dimakan? Mestilah adakan... kan... Namun, apa yang ingin aku ceritakan di sini adalah mengenai keturunan keluargaku dan apakah kaitannya dengan buah yang tidak boleh dimakan seperti yang aku janjikan di dalam entri sebelumnya... Janji mesti ditepati. Hehehe... Tapi sebelum aku ceritakan seterusnya... Ingin aku menyatakan buah yang tidak boleh sama sekali keluarga kami makan ialah buah kundur. Mengapa?... Sebelum aku menceritakan mengapa kami sekeluarga dilarang sama sekali makan buah kundur... Jom kita rehat duluuu.... Jangannnn! Kita lihat dulu apa kebaikan buah kundur... Mesti semua nak tahu kan... Walaupun diri hamba ini dilarang daripada makan Encik Kundur, tetapi akan hamba sajikan kebaikan buah kundur kepada anda.... Hehehe.

Google Image


Di Malaysia buah kundur di kenali juga dengan beligu. Orang Jawa mengenalinya dengan nama beligo atau belonceng. Nama Inggeris untuk kundur ialah wax gourd, white gourd dan ash gourd. Perkataan gourd merujuk kepada pelbagai jenis buah dalam famili Cucurbitaceae seperti peria (bitter gourd), labu (musky gourd), labu air (bottle gourd) dan sebagainya. Perkataan wax white dan ash merujuk debu putih yang terdapat pada kulit buah kundur. Wah! hebat sungguh nama Encik Kundur pada zaman sekarang yer.... Hehehe.

Untuk pengetahuan semua jugak, di kalangan orang cina, isi buah kundur biasa dibuat manisan atau acar manis. Buah kundur didapati mengandungi 97% air dan sedikit garam galian serta vitamin, kanji, alkaloid jenis cucurbitine, resin asid, protien jenis myosin dan vitellin, seta gula. Sebenarnya buah kundur sesuai di makan untuk menghilangkan dahaga dan perangsang buang air kecil. Daun muda, kudup bunga dan buah muda pula boleh di masak. Pada masa dahulu, lapisan luar kulit buah kundur digunakan untuk membuat lilin.

Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk untuk tujuan yang sama. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan. Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai ubat untuk merangsang buang air kecil dan air besar, penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa. Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buah untuk penyakit luka. Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak. Tengok... Betapa hebatnya penangan Encik Kundur.

Tapi, malangnya keluarga aku dilarang sama sekali untuk memakan buah kundur kerana dikhuatiri akan menjadi gila setelah memakan buah kundur sebab nenek cakap ada saudara terdekat moyang aku dulu yang setelah makan buah kundur... terus menjadi gila... Wallahualam.... Atau tak pun memang dia telah dianugerahkan sakit tersebut... kebetulan makan buah kundur terus menjadi penyebab... Aku kurang percaya dengan pendapat itu, namun dek kerana tradisi keluarga dilarang memakan buah kundur dan lagipun tidak pernah merasa buah kundur... Jadi tak mengapalah... Tak makan pun takpe... Hehehe, macam bunyi merajuk jer... Tak... bukan merajuk... Habis tu kenapa? Sebab ada  banyak lagi buah lain yang sedap dan boleh dimakan... Seperti di sini

22 February 2011

Tip Bakar Kalori tanpa bersenam

8:19:00 PM 0 Comments
Google Image

Hai semuanya,


Hehehe.... Bakar Kalori tanpa bersenam tetapi sebaliknya dengan Ketawa, itulah tip untuk bakar kalori yang akan aku coretkan. Errmmm... Melalui hasil pembacaan aku daripada Majalah Wanita... Hehehe, majalah kesukaan aku... Siap bagitau lagi... Hehehe. Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, ketawa terbahak-bahak dapat membantu kita membakar lebih banyak kalori... Kebiasaannye, kita akan tertawa terbahak-bahak ketika menonton cerita berunsur komedi... Betul tak? 

Berbalik kepada kajian tersebut, seramai 45 orang telah diberi menonton filem komedi selama 90 minit. Kemudian, kadar denyutan nadi dan nilai kalori yang terbakar diukur untuk melihat kesahihannya. 


Ternyata, tertawa terbahak-bahak meningkatkan kadar denyutan nadi dan nilai kalori yang terbakar sehingga mencapai 20 peratus jika dibandingkan dengan kumpulan lain yang menonton dengan tenang... Hehehe, tapiii... nanti orang labelkan kita sebagai seorang yang kurang sopan apabila ketawa terbahak-bahak terutamanya perempuan... Macammana tu? 


Ermm... Nampak gayanye, kita kena menonton sorang-soranglah jawabnya kalau nak bakarkan kalori.... Hehehe. Apakah jadahnye gelak sorang-sorang... Tapi, kalau nak kurangkan lemak dalam badan apa salahnye kita mencuba. Ermm... Patutlah aku susah nak tambah berat badan, aku selalu gelak terutamanya apabila suamiku membuat lawak... Hehehe.... Nampak gayanye aku terpaksa senyum kambing jer lah kalau tengok cerita lawak atau suamiku buat lawak... Taklah lemak aku terbakar...Boleh ke gitu... Hehehe.... Tapi kalau tak nak gelak pun boleh guna cara di sini 

Apa-apa pun, tidak salah kita mencuba untuk kearah kebaikan. 

Papaja Fruta

6:53:00 AM 0 Comments
Salam Semuanya,


Selamat pagi semua... Hehehe. Pasti ada yang masih tidur ketika inikan... Apa-apa pun, mulakan hari anda dengan senyuman... Entri aku pepagi ini adalah mengenai Papaja Fruta dalam bahasa Albanian yang bermaksud buah betik. Cantikkan nama buah betik dalam bahasa Albanian... Macam nama orang... I like it... Aku suka makan buah betik... Hehehe, Kalau kawasan Kota Samarahan, Sarawak... harganya cuma RM1 sekilogram... murahkan... kan... Bagi aku buah betik memang sedap... lebih-lebih lagi kalau dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jus.... Seeedappp... macam dalam gambar kat bawah... Hehe, gambar tu aku ambil dari google... Gunalah google, kalau nak cepat... macam-macam ada... yang baik, yang buruk... semuanya ada... pilihan terletak ditangan kita untuk menggunakan internet sebaik mungkin... Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.... Cis! terselit gak kata-kata hikmah aku... Hehehe. Saja jer pepagi ni, nak kasi mata segar...


Nak dijadikan cerita... Entri aku kali ini berkaitan dengan kebaikan buah betik... Hahaha, aku buat entri pasal buah ni pun sebab aku adalah antara manusia di muka bumi ini yang gemar makan buah....Tetapi ada satu jenis buah yang kami sekeluarga tak boleh makan... Hehehe. Lepas ni aku ceritakan di lain entri... Tungguuu... Aku nak bercerita dulu pasai cik betik ni.... Cik betik ini bukan sahaja sedap tapi berkhasiaat... Khasiatnya ialah ia mengandungi vitamin C yang amat banyak iaitu dua kali ganda dari kandungan buah limau malah ia menjadi pendinding daripada serangan penyakit hempedu... Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji Papaja Fruta dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar... Wah! hebatkan penangan cik betik... Kalau yang tak suka makan buah tu... Cuba-cubalah berjinak dengan memakan buah-buahan... banyak kelebihannya tau. Taaapi... Ada ke yang tak suka makan buah betik? Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil... Hehehe...

Sama-samalah kita amalkan memakan buah betik. Sesungguhnya cik betik amatlah berkhasiat.

Hurmmm... Bagi yang nak tahu buah apa yang kami sekeluarga tak boleh makan... Jom! Klik di sini.

21 February 2011

Suamiku Bodoh!!! Adakah benar?

2:06:00 PM 0 Comments

Salam semuanya,

Huhu... Walaupun masih dalam mood kegembiraan dan kesedihan.... Selain keluarga dan suami, hanya blog sahaja tempat aku berkongsi cerita.... Hehehe. Orait, Entri aku kali ini berkaitan dengan photo encik abang di atas. Pertama sekali, apakah pendapat anda tentang photo di atas? Apa yang anda fikirkan?...

Ermm... Suamiku Bodoh!... dan apakah kaitannya dengan photo di atas? Huhu... Bagi aku suamiku tak bodoh... hehehe... Sebab dia seorang cikgu... Cis! Riaklah pulak... Astagfirulahalazim...Juzzz Joking, Bagi aku orang sekeliling yang bodoh... Yelah! Pantang melihat suami orang lain turut membantu isteri membuat kerja rumah... Mulalah, jiran-jiran mengata... Queen control lah, suami penakutlah... Macam-macam dilabelkan kepada seorang suami yang ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah.... itulah kaitan photo tersebut dengan entri aku kali ini adakah sang suami bodoh dek kerana menolong isteri atau orang luar yang bodoh. Oppps... Tetapi queen control dan suami takut kepada isteri memang wujud... Betul tak? huhu...

Namun, pada pandangan aku sang suami tak bodoh sebenarnya apabila mengambil keputusan untuk membantu isteri membuat kerja rumah... Untuk mencipta sebuah keluarga yang bahagia... kita seharusnya mengamalkan konsep bekerjasama membuat kerja rumah.... Sang suami seharusnya mempunyai perasaan kasihan terhadap isteri yang mempunyai banyak pekerjaan dalam kehidupan... Betapa hebatnya seorang isteri... 

Errmmm... Fikir-fikirkanlah wahai sang suami.... 

Alhamdulillah! Ya Allah...

12:51:00 PM 0 Comments

Salam semuanya,


Entri aku kali ini ingin berkongsi kegembiraan dalam kesedihan... Tanggal 9 Februari 2011, Angah pergi meninggalkan kami... Buat selama-lamanya... Kami sekeluarga redha dengan ketentuanNya.. Angah, hari ini, mak dan abah terharu walaupun masih bersedih... achik dapat keputusan yang cemerlang dalam STPM... InsyaAllah.. akan menjejakkan kaki ke universiti... Alhamdulillah... Ya! Allah... Sesungguhnya engkau mengurangkan kesedihan kami sekeluarga dengan memberi sedikit rezeki kegembiraan kepada kami... Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah...

Ya... Allah, tempatkan angah ditempat orang-orang yang beriman ya Allah....

20 February 2011

SYOKNYERBLOGGING. KOMUNITI BLOGGER MASA KINI

3:17:00 AM 0 Comments
Salam semuanya,


Hehehe… Semalam aku ajak adik-adikku berbual...  dan kami secara tidak sengaja berbual pasal blog sehingga timbullah topik mengenai Forum Syoknyerblogging yang mengadakan pertandingan untuk para blogger. Apa yang hanya perlu dibuat adalah menulis sebuah entri bebas yang mengandungi perkataan  syoknyerblogging dan juga ayat komuniti blogger masa kini. Nak dijadikan cerita, kami pun bersepakat berkongsi idea untuk membuat satu coretan mengenai syoknyerblogging di dunia komuniti blogger masa kini.

Maka wujudlah sebuah cerita…


Alkisah…. Hehehe, kisahnya lima orang sahabat yang terdiri daripada budak Melayu, budak cina, budak Sarawak, budak Sabahan dan budak India.

Begiini ceritanyer….

Syoknyerblogging… Aku berkata-kata
E..ya… bah, syok ni blog walking ke blog orang bah…
Auklah, ramie kawan aku kinek tok mun kau nak tau, sebab ya… aku madah… syoknyerblogging (Yelah, kalau kau nak tahu… sekarang kawan aku semakin bertambah… tulah aku kata syoknyerblogging
Ya lol... 我的朋友越來越多( kawan aku pun semakin bertambah… Cish! Google translate)… Hehehe...
वाहयह आलेख आपको बताता है क्या
Wah! Kamu semua ini bercerita pasal apa? ( hindi translate… encik google lah punya… Hehehe)

4 orang sahabatnya serentak menjawab... Pasallll.... Komuniti blogger masa kini yang semakin syoknyerblogging tak kira kaum dan jugak agama... Hehehe

Begitulah kisah syoknyerblogging... Di mana-mana dok bercerita pasal komuniti blogger masa kini tak kira di rumah... Di kedai...Di pejabat, di sekolah atau di mana-mana sahaja... Tetapi walaupun sibuk berblog, kehidupan kita juga hendaklah terurus... Jangan terlalu leka berblog walking sahaja sampai makan tak kenyang, tidur tak lena... Mandi tak basah... Sudahhh... Hehehe, macam orang bercintalah pulak... Ewah!... Ewah!, itulah dia panahan cinta syoknyerblogging di dunia komuniti blogger masa kini...